Bab 13

993 50 10

"Hai selamat datang ke Mewangi Resort. Saya Ratna. Boleh saya bantu?" Senyum manis menyapa Islah sebaik tiba di kaunter pendaftaran.

"Saya ada buat Tempahan atas nama Nur Islah Binti Ahmad Iman."

"Sekejap ye cik. Saya semak."

Islah senyum. Dia perhatikan sekeliling resort tersebut. Cantik sungguh mendamaikan. Patutlah Naddy tak nak kembali ke semenanjung. Naddy memang sukakan kedamaian.

"Cik Islah, ini kunci bilik cik. Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?"

"Cik Naddy kerja tak hari ni?" Soal Islah.

"Cik kenal dengan Cik Naddy? Dia ada meeting."

"Okey tak apa. Saya kawan sekolah dia. Saya dah bagitahu nak datang tapi nampak gayanya dia tak percaya. Boleh tak awak tolong saya, bagitau dia yang dia ada tetamu istimewa?"

"In shaa Allah."

"Terima kasih Ratna." Islah terus berlalu ke biliknya.

Usai membersihkan diri, Islah terus menghubungi Pak Iman.

"Hello kak." Sapa Arwisy.

"Hello sayang. Ayah mana?"

"Ayah merajuk dengan akak sebab akak lari." Islah mengeluh mendengar kata-kata Arwisy.

"Akak bukan lari. Akak cuma perlukan masa untuk bertenang."

"Akak tak patut rahsiakan semua dari Arwisy. Ayah dah cerita semuanya malam tadi. Tergamak Abang Zaidi tuduh akak macam tu."

Islah mengeluh. Dalam hati berdoa agar tiada sepalit pun rasa benci keluarganya pada Zaidi.

"Nanti bagitahu ayah akak dah selamat sampai ke destinasi akak ye."

"Akak kat mana ni?"

"Jepun!" Jawab Islah mengusik.

"Alahai lu sembang bikin gua bimbang la sisto."

Ketawa Islah mendengar kata-kata Arwisy.

"Akak dekat sorang lagi insan yang selalu ambil berat dan sayangkan akak. Sama macam ayah dan adik."

"Kak Naddy!" Jerit Arwisy gembira.

"Betul ke tak ni kak?" Islah ketawa.

"Simpan rahsia okey. Kalau tak, akak tak nak bagitahu apa-apa lagi."

"Baik bos. Jaga diri ye kak. Kirim salam peluk cium dekat Kak Naddy."

"Hamboi. Gatal kau sampai peluk cium. Akak je kau boleh peluk cium." Ketawa gembira Islah.

"Arwisy nak akak sentiasa gembira. Jaga diri tau. Nanti adik bagitahu ayah."

"Tolong jaga ayah baik-baik." Pesan Islah sebelum menamatkan talian.

Anda menerima satu kiriman whatsapp dari nombor yang tak dikenali.

Islah segera buka kiriman tersebut.

Sampai hujung dunia pun aku akan cari kau. Selagi aku tak dapat kau, aku takkan berhenti.

Islah mendengus. Tak habis lagi Zamani ni. Ingatkan dah selesai. Telefonnya di letakkan di meja tepi katil.

Islah baru terlena saat pintu biliknya diketuk. Terpisat-pisat dia bangkit dari katil. Sebaik melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu biliknya, Islah tersenyum bahgia.

Satu pelukkan di terima Islah sebaik sahaja pintu di buka. Hampir menitik airmata Islah ketika itu.

"Teddy!" Jerkah Naddy.

"Hye bunny!" Mereka sama-sama ketawa.

"Dua tahun tau. Kau makin kurus." Tegur Naddy.

"Dan kau makin montel." Usik Islah.

"Eh yeke?" Soal Naddy sambil mengungkitkan sebelah keningnya.

"Beb tak kelakar tau apa kau buat ni. Out of blue."

"Aku rindu kau macam nak mati tau tak? Dua tahun kau tak balik semenanjung. Aku tak de kawan nak lepak." Sayu suara Islah ketika itu.

Naddy perasan perubahan wajah Islah. Segera menarik Islah duduk.

"Apahal?"

"Teman aku lunch." Islah mengubah topik.

"Okey pergilah siap. Tapi kita makan kat cafe sini je ye. Aku belanja. Malam ni aku bawa kau makan kat luar."

Islah segera bersiap dan membontot Naddy menuju ke cafe. Buat seketika Islah melupakan masalahnya.

Usai memesan makanan, mereka bersembang.

"Kau ingat tak Melinda?"

"Gila tak ingat. Supermodel sekolah sangat." Ketawa Islah mengingati zaman sekolahnya.

"Tahun lepas aku terserempak dia dengan Zamani dekat sini."

Islah tergaman mendengar nama Zamani.

"Zamani ada tanya aku pasal kau. Aku cakap aku dah lama gila tak jumpa kau. Tapi Melinda mengamuk sakan bila Zamani cakap dia rindu kau."

Islah mengeluh. Terasa kecilnya dunia.

"Yang aku tahu Melinda dan Zamani dah bertunang tapi last two week Melinda datang sini jumpa aku. Katanya Zamani putuskan pertunangan diorang sebab kau."

Islah tergamam. Laju jantungnya berdegup.

"Melinda cakap Zamani cinta nak mati dekat kau. Bertahun Melinda tawan hati Zamani. Diorang bertunang pun atas kehendak keluarga Zamani.

Dia bagitahu aku sekarang ni Zamani tengah ligat kejar kau. Dia memang tak sangka orang tu kau. Ingat tak hari aku whatsapp kau masa kau cakap kau dekat rumah ayah tu?

Masa tulah aku rasa ada benda tak kena dengan kau. Ada benda kau sorok dari aku. Sebab pagi tu Melinda datang jumpa aku bagitahu dia putus tunang. By the way, Melinda pun ada dekat sini. Dah dua hari atas urusan kerja. Just in case kau terserempak dengan dia.

Aku risau dia maki kau. Sebab dia salahkan kau jadi punca dia putus tunang. Tapi aku dah explane cakap kau dah kahwin. Kan bagus kalau kau datang dengan Zaidi."

Berdenyut kepala Islah. Datang ke sini kononnya nak lupakan seketika masalah yang timbul tapi yang jadi sebaliknya.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now