Bermula dengan tersalah orang, aku dan Ramli semakin rapat. Namun tak da la rapat macam kekasih ke ape. Hanya sekadar kawan. Takda lah sampai tiap-tiap hari nak ber PM pun. Kadang-kadang je. Kalau dia ada post picture atau status yang menarik, pasti aku akan menegurnya. Begitulah juga jika sebaliknya.
Kini aku memangilnya sebagai Ram je. Ram merupakan seorang usahawan kain yang berjaya di KL. Pernah juga dia menawar untuk menghadiahkan kain untuk dibuat baju kepada ku, namun ku tolak tawaran itu dengan lembut. Ye la. Aku taknak la pulak termakan budi. Cukup lah dia sekadar menjadi teman di media sosial sahaja.
Kehadiran Ram tidak mengubah apa-apa dalam perjalanan hidup ku. Namun semuanya berubah setelah aku memuat naik status berbunyi 'Feeling Shock!!' di wall ku.
"Ting!" PM dari Ram masuk beberapa minit kemudian.
"Nape babe?" Soal Ram.
"Takda ape la.."
"Tapi terperanjat sangat.."
"Sedih gak.." Balas ku.
"If You don't mind, you always can share with me babe.." isi pesanan Ram seterusnya.
"This is personal.."
"Malu la nak cerita.." type ku pula.
"Nak malu apenya, kita kan kawan.."
"Mana la tau.. I boleh tolong ke.. leh advice ke..."
"But if to personal, I respect your privacy babe.." balas Ram yang kelihatan benar-benar ikhlas mendengar masalah ku.
Aku akhirnya beralah dengan keikhlasan Ram. Akhirnya aku menceritakan tentang masalah ku. Sebenarnya aku sudah pun berkahwin bersama suami ku lebih dari 5 tahun. Kini aku dan suami ku sudah pun berumur 28 tahun namun kami masih belum lagi dikurniakan rezeki cahaya mata. 2 tahun lepas, kami akhinya berjaya membeli sebuah rumah di kuantan. Hari itu ak benar-benar terkejut setelah mendapat surat dari bank yang suami ku tidak membayar rumah itu lebih dari 4 bulan.
Sejurus selesai meneliti kandungan surat itu, aku segera cuba mendapatkan penjelasan dari suami ku. Selepas itu baru lah ku tahu yang sebenarnya dia sudah hampir 6 bulan tidak bekerja kerana syarikatnya sedang melakukan penstukturan semula. Duit pampasan yang diterimanya sudah pun habis. Bukan sahaja duit rumah yang tertunggak. Kereta, bil api, bil air, semua sangkut. Hanya bil telephone sahaja tidak tertunggak kerana aku yang membayarnya selama ini. Dia merahsiakan hal ini dari aku kerana dia percaya yang dia bakal mendapat kerja lain dalam masa terdekat setelah dia kehilangan pekerjaannya. Namun ternyata dia salah, kerana walaupun sudah hampir setengah tahun bergelar pengangur, dia tetap msih tidak diterima oleh syarikat lain lagi.
Aku rungsing. Sekiranya hal ini dibiarkan melarat, pasti rumah kami bakal dirampas bank. Suami ku merancang untuk bekerja sebagai budak KFC je dalam masa terdekat ini sementara tak dapat keje yang sesuai lagi. Namun cadangannya itu bukannlah jalan penyelesaian kepada masalah kami sekarang. Kepala ku pening untuk memikirkan bil-bil tertunggak itu! Kalau dapat selesaikan pun, bagaimana pula masa depan? Gaji ku sendirian tak mungkin cukup untuk membayar komitmen bulanan rumah dan kereta ku.
Ku ceritakan semua masala ku itu pada Ram. Aku benar-benar buntu ketika itu. Namun tanpa disangka, Ram mengatakan dia ada jalan untuk aku menyelesaikan masalah yang sedangku hadapi sekarang. Dia menasihatkan aku supaya tenang dan tidak panic lagi.
"Huh macam mana?" Soal ku pada Ram.
"Rilex.."
"Sabtu ni, I pergi kuantan.."
"Kte jumpa kat sana nak?"
"Nanti I akan bagi tahu caranya bagaimana.." tertera di PM Ram kepada ku.
"OK Ram.."
"Thanks tau sebab sudi bantu I"
"I betul-betul buntu ni.." PM ku pada Ram kembali.
"No Wories.."
"Kita kan kawan.."
"Chilled ea.. "
"Jangan stress-stress.." Balasnya kepada ku.
"OK.."
"Kite jumpa nanti ea.." Aku mengakhirkan chat ku pada hari itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sisi Gelap Wanita Berhijab
FantasyHijab hanyalah busana untuk menutup aurat..tidak lebih daripada itu.. sesuai dibaca untuk yang berumur 21 tahun keatas sahaja kerana mengandungi adengan yang melampau..