Bab 12

1K 46 6

Naddy : Beb lama kot aku tak dengar story kau. Really miss u. Call me back okey. Susah bebenor le nak call kau ni.

Islah tersenyum kecil membaca kiriman whatsapp yang diterima dari satu-satunya sahabat baiknya.

"Hei whats up?" Soal Islah sebaik panggilannya di jawab.

"Assalamualaikum my teddy." Ketawa Islah mendengar sapaan Nad.

"Waalaikumussalam my bunny."

"Rindu kau beb. Awat tetiba menyepi ni?"

"Hahaha. Rindu ke? Tak de apa. Just spend time dengan ayah. Baru lepas ambil Arwisy."

"Really? I can feel something wrong here."

Islah diam. Pandai Betul Naddy meneka. Walau jauh dimata tapi dihati mereka sentiasa dekat.

"Really miss u beb. Kalaulah kau ada kat sini." Sayu suara Islah.

"Come visit me here. Kau mesti suka kundasang. Best place for vacation. Also best for honeymoon." Usikkan Naddy mengundang sedu dihati Islah.

Mengingati Naddy membuatkan Islah tahu mana tempat ingin dituju. Dia segera menahan teksi dan menuju ke KLIA.

Islah : working today?

Islah melihat jam dipergelangan tangannya. 5.26 petang. Tangannya ligat membuka web penerbangan dan menempah tiket penerbangan ke Kota Kinabalu yang paling awal.

Tiket paling awal jam 9.30 malam. Maknanya dia kena bermalam di Kota Kinabalu sebaik tiba di sana. Tak mungkin dia terus menuju ke Kundasang malam itu juga.

Naddy : yeah. Working.

Islah : sudi tak jadi tour guide aku?

Naddy : what? Are you kidding me?

Islah : my flight on 9.30 pm.

Naddy : Not funny okey!

Islah ketawa membaca whatsapp Naddy.

Islah : up yo you. See you at your resort tomorrow.

Islah merenung telefon bimbitnya. 78 missed called dan 30 whatsapp dari Zaidi.

Sebaik tiba di KLIA, Islah menerima panggilan dari ayahnya.

"Assalamualaikum ayah." Islah segera mencari tempat untuk duduk. Lebih selesa untuk dia bercakap dengan Pak Iman.

"Kamu kat mana? Zaidi ada sini. Lebam muka kena tumbuk dengan Arwisy." Kedengaran risau suara Pak Iman.

"Ayah boleh tanya Zaidi apa yang berlaku. Tengok sama ada bercanggah atau tak cerita dia dengan Islah.

Islah dah nekad nak bercerai. Islah dah tak tahan hidup dengan suami yang memandang rendah maruah dan harga diri Islah.

Islah cuma minta masa sebelum Islah filekan cerai kat mahkamah. Islah tak nak buat keputusan dalam keadaan tengah marah walaupun Islah cakap Islah tekad."

Pak Iman menghela nafas panjang. Runsing dengan masalah yang dihadapi Islah. Terasa berat untuk anaknya pikul hingga buat keputusan melarikan diri demi mencari jawapan yang pasti.

"Kamu kat mana sekarang?" Soal Pak Iman.

"Islah dekat KLIA. Tapi mana Islah nak pergi, Islah terpaksa rahsiakan. Ayah jangan risau ye. Islah akan call ayah. Islah janji akan jawab call ayah. Islah tak nak Zaidi cari Islah."

"Islah tahukan apa Islah buat ni berdosa? Keluar tanpa izin suami?"

"Islah tau. Tapi ayah nak Islah buat macam mana? Terus jadi alat untuk dimaki, dihina ke? Ayah nak Islah biarkan maruah dan harga diri Islah terus dipijak-pijak ke?" Sebak suara Islah.

Bergenang airmata Islah dengan kata-kata Pak Iman yang seakan menyokong Zaidi.

"Shhhh... Jangan nangis sayang. Islah jaga diri baik-baik ye. Jangan lupa selalu call ayah."

Islah terus mematikan talian. Dia berlalu menuju ke tandas dan menangis semahunya.

♡♡♡

"Ayah nak tahu apa sebenarnya yang berlaku." Tegas kata-kata Pak Iman.

Zaidi tertunduk. Menyesal tak sudah. Arwisy memandangnya serius.

"Kau nak kena penumbuk aku lagi?" Jerkah Arwisy. Hilang hormatnya ketika itu.

"Ayah tak pernah ajar anak ayah kurang ajar." Tegur Pak Iman atas sikap biadab Arwisy.

"Maaf ayah." Tertunduk Arwisy. Niatnya demi melindungi Islah.

"Malam tu Di pakat dengan Arwisy nak buat surprise kat Islah. Di tau Arwisy tak tahu mengenai masalah kami.

Tapi plan kami tak berjaya bila Islah buat keputusan untuk datang kemudian. Di pergi ke bilik Islah nak ajak Islah makan malam."

Zaidi meraup mukanya. Mengimbas kembali apa yang berlaku malam tu. Tapi dia sendiri tak tahu mengapa hatinya masih ragu.

"Di nampak ada lelaki depan bilik Islah. Di nampak Islah halau dia. Tapi dia tolak pintu dan masuk dalam bilik Islah.

Di pergi tolong Islah. Di bawa Islah ke bilik Di walaupun Di tahu masa tu Islah tak rela. Tapi demi mengelak dari Arwisy tahu masalah kami, Islah ikut juga."

Kata-kata Zaidi terhenti. Tertunduk dia seketika sebelum menyambung kembali ceritanya.

"Di tanya Islah siapa lelaki tu. Islah cakap kekasih lama dia. Sebelum dia kenal Di lagi. Dan Di tanya dia cinta kembali berputik ke?

Islah tak boleh terima kata-kata Di. Islah keluar dari bilik. Di ikut dia sampai ke pantai sebab risaukan dia. Tapi bila Islah sedar Di ikut dia, Islah datang pada Di dan cakap dia nekad nak filekan cerai."

Zaidi meraut rambutnya ke belakang. Fikirannya runsing. Dia sayangkan Islah terlalu sayang tapi dalam masa yang sama hatinya penuh curiga dengan Islah.

"Ayah tak cakap anak-anak ayah ni baik-baik belaka. Tapi ayah dah cuba bagi didikkan agama yang secukupnya untuk anak-anak ayah walaupun Islah tak sempurna sebagai seorang muslimah.

Ayah juga yakin Islah tak pernah curang dengan kamu. Kehilangan anak yang dikandungkan masih perit untuk dia lupakan.

Sepanjang Islah kat sini, ayah selalu dengar dia mohon Allah swt kuatkan hati dia. Mohon dipertemukan dengan anak yang tak sempat melihat dunia. Ayah tau betapa peritnya dia rasa.

Kamu lebih tahu situasi sebenar. Kamu lebih tahu apa yang berlaku. Kamu boleh nilai sendiri. Ayah nak tanya pernah tak dia melawan kamu? Pernah tak dia ingkar kata-kata kamu?"

Zaidi tertunduk mendengar kata-kata Pak Iman. Sungguh Islah tak pernah ingkar. Tak pernah melawan.

"Kamu baliklah. Jangan sesekali kamu cari Islah selagi hati dia tak tenang. Ayah mohon jangan kamu tambah lagi kelukaan dihati Islah. Ayah serahkan dia pada kamu untuk dijaga dan disayangi sepenuh hati bukan untuk disakiti.

Sungguh ayah tak mahu campur urusan rumahtangga kamu tapi kamu sendiri sebagai suami tak mempertahankan maruah dan harga diri isteri kamu.

Ayah terpaksa campur tangan demi maruah dan hargai diri anak ayah. Baliklah. Apa pun keputusan Islah nanti, harap kamu terima dengan terbuka."

Pak Iman terus berlalu masuk ke dalam biliknya sebaik menghabiskan kata-kata. Zaidi tergaman. Tak pernah Pak Iman bersikap begitu.

"Apa-apa jadi kat akak. Nahas kau, aku kerjakan. Apa tunggu lagi? Baliklah." Jerkah Arwisy.

Zaidi bangun meninggalkan rumah mertuanya. Terasa dirinya tak berguna lagi.

Namun dia nekad, nekad untuk mencari Islah. Nekad untuk memujuk Islah supaya tak tuntut cerai di mahkamah. Tetapi bagaimana? Dimana harus dia mulakan?

Fikirannya buntu melihat kereta Islah yang elok terletak di depan rumah Pak Iman lebih menyukarkan pencariannya. Dimana Islah?

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now