BAB 11

1K 43 1

Sebaik tiba di Kuala Lumpur, Islah menyerahkan kunci keretanya kepada Arwisy.

"Tolong jaga elok-elok. Cakap dekat ayah, akak perlukan masa untuk bersendirian."

Arwisy terpinga. Zaidi menghilang entah kemana.

"Awak, akak awak menangis ni."

Masih terngiang kat telinga Arwisy saat Anisa menelefonnya malam tadi. Bergegas dia ke bilik mereka.

Pelik. Seingatnya Islah bersama Zaidi. Kenapa pula Islah ke bilik Anisa sambil menangis.

"Arwisy dah agak mesti ada yang tak kena antara akak dengan abang tapi akak sorok dari Arwisy kan? Akak ingat Arwisy budak kecil lagi ke? Tak boleh nak nilai semuanya?"

Bentakkan Arwisy membuatkan tangisan Islah semakin menjadi-jadi.

"Awak ni. Akak tengah sedih yang awak tambah lagi dah kenapa?" Marah Anisa seraya memeluk Islah.

"Kau takkan faham dik. Sebab kau belum berkahwin. Maruah suami tu tanggungjawab akak. Akak kena jaga. Bukan sebarangan akak boleh canang cerita pasal masalah rumahtangga akak walaupun pada adik akak sendiri.

Sok lusa kalau kau dah kahwin, kau suka ke isteri kau mengadu kat family dia kalau ada masalah? Kau suka ke orang lain masuk campur hal rumahtangga kau?

Sekarang pun kau tak suka orang campur urusan kau kan?"

Arwisy terdiam. Ada logiknya kata-kata Islah. Selama ni pun Islah jarang berkongsi masalahnya.

"Akak nak pergi mana?" Soal Arwisy menahan Islah dari pergi.

"Akak tak tahu lagi. Akak cuma perlukan masa untuk tenangkan hati akak sebelum akak betul-betul buat keputusan. Akak tak nak tersalah langkah dan akhirnya akak yang kecewa."

"Arwisy nak ikut!" Tegas kata-katanya.

Islah menghela nafas panjang. Dihampirinya adik kesayangannya itu. Tangan Arwisy digenggam erat.

"Akak tau kau adik yang baik. Akak bersyukur ada kau sebagai adik akak. Akak tau kau sangat melindungi akak. Sama macam akak jaga kau selama ni.

Tapi kena ingat, bukan 24 jam sehari kau boleh lindungi akak. Bukan 24 jam sehari kau boleh sentiasa ada kat sisi akak.

Kau pun ada kehidupan kau sendiri. Jika kau memilih, pilihlah yang terbaik dan jika kau terpilih, kau buatlah yang terbaik.

Ingat pesan akak, hidup ni bukan hanya berkisahkan diri kita semata tetapi berkisahkan orang sekeliling kita sama."

Islah melepaskan genggaman tangannya lantas memeluk Arwisy.

"Hargai dan jangan sesekali menyakiti. Akak pergi dulu. Sampai tempat akak tuju, akak akan hubungi kau."

Islah berlalu meninggalkan Arwisy dan Anisa. Arwisy hanya memandang Islah sehingga hilang dari pandangan matanya.

"Jangan paksa akak awak. Biar dia tenang dulu." Pujuk Anisa. Dia nampak betapa kuatnya kasih sayang Arwisy pada Islah.

"Emosi dia tak stabil. Saya risau dia sendiri."

"Saya yakin akak awak kuat. Tengok macam mana dia tersenyum. Awak memang nampak dia macam ada masalah tapi awak sendiri tak pasti, kan?

Kalau tak sebab akak awak menangis malam tadi. Rasanya sampai sekarang pun awak tak dapat teka apa sebenarnya masalah akak awak."

Arwisy diam. Ada benarnya kata Anisa.

"Jom saya hantar awak balik."

Arwisy segera memandu menuju ke rumah Anisa.

Tet.. tet.. tet..

Sampaikan salam akak pada parents Nisa. Mohon maaf dari pihak akak kerana tak dapat hantar Nisa balik.

"Siapa?" Soal Arwisy. Matanya masih memberi tumpuan pada pemanduannya.

"Kak Islah. Dia minta maaf tak dapat hantar saya balik. Lepas tu suruh sampaikan salam pada mak dan ayah."

"Mana pun akak pergi, saya harap dia baik-baik je. Apalah saya nak bagitahu ayah nanti."

"Awak bagitahulah benda betul. Lagi satu, jangan awak ikut kepala angin awak pergi cari abang ipar awak tu pula ye."

Sempat Anisa memesan. Seolah dapat menduga tindakkan Arwisy.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now