Bab 10

1K 47 6

ARWISY bergegas ke bilik Islah sebaik mendapat berita apa yang berlaku. Anisa berlari anak mengejar Arwisy yang semakin jauh meninggalkannya di belakang.

"Akak..." sapa Arwisy lembut sebaik menghampiri Islah yang kaku bersama air mata.

Melihat Arwisy di depannya, Islah segera memeluk Arwisy.

"Akak nak balik dik," Rayu Islah. Arwisy memandang Zaidi.

Sepatutnya Islah sama-sama ke pantai bagi membolehkan Zaidi membuat kejutan buatnya. Namun yang jadi sebaliknya pula.

Zaidi menghampiri Islah. Diraihnya tangan Islah.

"Esok abang bawa sayang balik okey," pujuk Zaidi. Islah hanya mampu mengiakan saja.

"Nak ke bilik abang atau nak stay dengan Anisa?" soal Zaidi.

"Akak pergilah. Nisa okey je tidur sorang." Tak mampu Islah menolak saat mendengar kata-kata Anisa. Arwisy tak perlu tahu masalah dia dan Zaidi. Kalau tak, mau lebam muka Zaidi kena belasah.

Zaidi mengambil beberapa barang keperluan Islah dan juga pakaian Islah. Yang selebihnya dibiarkan di situ.

"Esok abang datang ambil. Malam ni bagi kak Islah tenang dulu." Zaidi terus berlalu keluar diikuti Islah.

Longlai langkahnya mengikut Zaidi. Walau apa pun, Islah tetap bersyukur kerana Zaidi ada ketika itu. Dia tak mampu membayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya Zaidi tak muncul.

'Gila. Kau betul-betul psiko Zamani. Kenapa mesti kau muncul semula lepas aku buang kau dari ingatan aku? Selepas aku mulakan hidup baru untuk cari kebahagiaan aku.'

"Masuklah."

Islah tersedar dari lamunan. Seperti orang bengong, dia melangkah masuk ke bilik penginapan Zaidi. Cuma selang beberapa pintu dari biliknya.

"Sejak bila?" soal Islah memecahkan keheningan sunyi sepi bilik itu setelah hampir sepuluh minit Zaidi merenungnya.

Renungan yang Islah sendiri tak mampu nak tafsirkan. Saat itu kepalanya langsung tak mampu berfikir.

"Dua hari sebelum sayang sampai," jawab Zaidi hambar. Sehambar perasaannya ketika tu.

"Siapa tadi?" soal Zaidi sebaik melihat Islah kembali tenggelam dengan dunianya sendiri.

"Huh?" Islah bingung. Zaidi merengus. Sepanjang dia mengenali Islah sehinggalah mereka berumahtangga, Zaidi tak pernah jumpa lelaki itu. Tidak juga pada hari pernikahan mereka. Zaidi pasti tentang itu.

"Abang tanya siapa lelaki tadi?" Soal Zaidi kembali sedikit meninggi suaranya. Islah terkejut. Dia merenung Zaidi sedalamnya.

"Saya pernah bercinta dengan dia dulu dan setelah hampir dua tahun berpisah dengan dia, saya kenal dengan awak."

Hanya itu yang mampu Islah katanya. Diharapnya jawapan itu memuaskan hati Zaidi. Namun....

"Sekarang ni cinta berputik balik ke?"

Islah membuntangkan biji matanya. Memandang Zaidi dengan pandangan yang berapi.

"Awak sangka apa yang berlaku tadi? Saya tengah bermadu kasih?"

Islah melangkah keluar dari bilik Zaidi dengan hati yang panas. Sungguh tak disangkanya Zaidi muncul dan sungguh tak disangkanya lepas berkali-kali mengharapkan kemaafan, namun benda yang sama juga masih berulang.

Islah nekad. Walau sesayang mana sekali pun dia dengan Zaidi, mungkin bukan jodoh mereka.

"Islah, abang minta maaf." Segera Zaidi meraih tangan Islah. Islah tunduk.

"Awak terlalu baik untuk perempuan jalang macam saya." Lantas Islah merentap tangannya dan melangkah keluar.

Bersama linangan air mata Islah melangkah menuju ke persisiran pantai. Tak dipedulikan lagi apa yang mungkin akan berlaku padanya selepas peristiwa tadi.

'Sayangnya cinta kau penuh dengan rasa sangsi. Penuh dengan syakwasangka. Ye... aku mampu buat seperti apa yang kau fikirkan tapi aku belum bodoh untuk merendahkan maruah aku.'

Islah menyusuri pergigian pantai bersama linangan air mata. Perasaan rindu dan kecewa bergabung menjadi satu.

Zaidi mengekori dari belakang demi memastikan keselamatan Islah. Ingin dihampiri tetapi takut Islah semakin menjauh.

Terasa dirinya diekori, Islah berpaling. Dia menghampiri Zaidi.

"Saya minta maaf. Saya fikir menjauhkan diri dari awak boleh buat awak berfikir semakin waras. Tapi sangkaan saya meleset sama sekali. Saya akan failkan cerai di mahkamah. Kita tak boleh hidup bersama andai terus ada rasa sangsi dan curiga dalam diri awak. Apatah lagi awak kerap menghamburkan kata-kata yang merendah-rendahkan maruah dan harga diri saya sebagai seorang isteri. Saya dah tak mampu nak hadap semua ni lagi."

Zaidi tersentak. Dia memandang Islah yang seakan tenang di hadapannya saat itu.

"Dah mati ke rasa sayang pada abang? Dah hilang ke rasa cinta pada abang?" Soal Zaidi hiba. Islah menghela nafas panjang.

"Mungkin ini yang terbaik buat kita. Saya minta maaf." Islah berlalu meninggalkan Zaidi.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now