Dia berdiri di depan pintu bilik Afif dan menarik nafas.

You can do it, Irwina!

Knock! Knock!

Pintu dibuka namun dibuka oleh pekerja housekeeping. Irwina kerut dahi.

Eh tapi boleh jadi dia panggil housekeeping untuk bersihkan bilik dia...

"Iya, cari siapa?" soal pekerja itu.

"Saya cari orang yang stay di bilik ni." kata Irwina.

"Oh dia sudah check out tadi malam." Jawapan pekerja itu buat Irwina menyirap.

"Ok thank you." Irwina memaksa senyum kemudian dia berjalan pergi. Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Afif.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..."

Irwina rasa bertambah tinggi darahnya sebab nak marah.

Wait till you come back Afif! I WILL KILL YOU!

***

Seminggu kemudian

D'book Cafe

Irwina mengelap meja semasa pintu cafe dibuka. Irwina terus berdiri tegak untuk menyambut pelanggan yang masuk.

"Selamat dat..." kata-katanya mati.

"What's that? I feel bad. You don't finished your greeting for me." kata Jun Wei.

"Haha I'm sorry. I was just so shocked to see you." Irwina kemudian berjalan ke kaunter.

"As usual?" soal Irwina. Jun Wei mengangguk. Irwina menekan order Jun Wei.

"So how's the deal? Do you able to seal it?" soal Irwina. Beberapa hari lepas, Jun Wei kata dia akan ke Korea untuk menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat besar di sana.

"Of course I can seal it. I'm Koh Jun Wei lah." Jun Wei senyum. Irwina ketawa kecil. Jun Wei memandang Irwina.

"Malam ni you free tak?" soal Jun Wei.

"Free. Kenapa?" Irwina memandang Jun Wei.

"You promised me a dinner. Tak ingat?"

"Ya Allah I totally forgot about it. I'm sorry. Ok let's have dinner together tonight." Kata Irwina.

"Oh finally I get to have dinner with the one I love." Jun Wei senyum gembira. Irwina senyum nipis.

"Here's your order." Irwina menghulurkan pesanan Jun Wei.

"Nanti I text you the place." Kata Jun Wei bersama senyuman lebar kemudian dia keluar dari cafe itu.

Irwina mengeluh kecil sebaik Jun Wei hilang dari pandangannya.

Will he smile like that again after this?

***

KLIA Airport

"Apa jadual saya untuk hari ni?" soal Afif sebaik mereka sampai di lapangan terbang. Hariz membuka tab dan melihat jadual Afif.

"Jadual bos untuk hari ni dah habis." Kata Hariz.

"Great. I'm going straight to D'book Cafe so just drop my suitcase at my home." Kata Afif kemudian terus dia masuk ke kereta dan mengarahkan pemandu untuk memandu ke D'Book Cafe.

Kereta diparkir dan dia melihat wajahnya di cermin. Dia masih memakai kemeja biru dan slack hitam. Rambutnya disisir kemas.

"Bos dah handsome dah. Don't worry." Kata pemandu. Afif senyum kecil.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now