Bab 9

981 49 7

ISLAH meluruskan badannya. Selesa akhirnya dapat baring buat seketika. Penat pusing sana sini melayan kerenah adiknya tak hilang lagi saat telefon bimbitnya menjerit minta dijawab.

Islah menjeling sekilas melihat siapakah gerangan yang menelefon. Melihat nombor yang tak dikenali tertera si skrin telefonnya, Islah membiarkan sehinggalah panggilan kali ketiga barulah Islah mencapai telefonnya.

"Assalamualaikum," sapa Islah lemah.

"Waalaikumussalam. Sayang dah makan?"

Buntang mata Islah mendengar suara ditalian sebelah. Terus dia terduduk akibat terkejut.

"Awak salah nombor ni." Islah masih cuba mengimbangi perasaan terkejutnya. Dalam hati berdoa yang semua ni hanya mimpi akibat terlalu letih. Namun sia-sia. Kedengaran ketawa kecil dihujung talian.

"Saya tak salah nombor pun. Memang saya tengah call sayang saya ni."

"Saya tak kenal awak siapa." Islah terus mematikan telefonnya. Dia kenal benar dengan suara itu. Suara yang satu ketika dulu sering dirinduinya. Entah mengapa membuak kemarahannya buat insan itu.

'Mana pulalah dia dapat nombor aku. Ya Allah, KAU jauhkanlah aku dari sebarang perkara yang tak diingini.'

Lamunan Islah mati saat Anisa menegurnya.

"Kak, Arwisy ajak ambil angin kat tepi pantai." 

Islah merebahkan semula badannya.

"Awak pergilah dengan dia. Akak nak hilangkan sakit badan dulu. Nanti akak datang"

Anisa akur lantas meninggalkan Islah sendirian melayan perasaan. Islah mencapai telefon bimbitnya. Terasa sunyi tanpa panggilan dan juga Whatsapp dari Zaidi. Mungkin Zaidi dah mengalah untuk memujuknya.

Islah membuka galeri dalam telefonnya. Dibeleknya satu persatu gambar mereka berdua. Semuanya kelihatan indah. Indah dan bahagia. Senyuman manis terukir di bibir masing-masing. Yang terpancar di wajah mereka saat itu hanyalah bahagia. Seperti anak muda yang baru mengenal erti cinta. 

Pintu bilik Islah di ketuk bertalu-talu. Islah melangkah malas menuju ke pintu.

"Kenapa tak bawa kunci, akak baru nak lelap sekejap," ngomel Islah saat membuka pintu.

Susuk tubuh yang berada dihadapan pintu biliknya ketika itu benar-benar membuatkannya terkejut. 

"Hai sayang."

Sapaan yang disulami senyuman manis. Islah menutup kembali pintu biliknya, namun tindakkannya dihalang. Sekuat hati Islah cuba untuk merapatkan pintu bilik sehingga akhirnya dia jatuh terduduk.

"Apa kau nak?" jerkah Islah seraya cuba bangun untuk menghalang susuk tubuh itu masuk ke dalam biliknya.

"Aku nak kaulah. Takkan tu pun tak faham lagi."

Islah merengus marah.

"Lebih baik kau keluar sekarang sebelum aku jerit!" gertak Islah. Namun gertakannya ternyata sia-sia. Hanya ketawa yang dihamburkan.

"Jeritlah sebab aku akan pastikan laki kau tahu pasal ni. Aku akan cakap kau ajak aku masuk bilik kau masa adik dan awek adik kau ambil angin."

Zamani ketawa gembira. Gembira melihat perubahan wajah Islah. Lama dirisik khabar Islah. Sejak pertemuan singkat di Pantai Klebang kelmarin, dia mengintip segala pergerakkan Islah dan dari situ dia tahu Isah dan suaminya sedang mengalami krisis. Apatah lagi mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

"Keluarlah Zamani. Jangan buat aku macam ni. Antara kita dah tak ada apa-apa lagi. Aku dah lama maafkan kau dan kalau aku ada buat salah, aku minta maaf. Sekarang ni aku minta sangat supaya kau keluar. Lagi pun aku sekarang dah jadi isteri orang."

Zamani ketawa membuatkan Islah bertambah takut. Apatah lagi kedudukkan biliknya yang terletak dihujung sekali.

"Oh isteri orang. Hmmmm... pelikkan. Cakap isteri orang tapi aku tengok kau stay dekat rumah abah kau lagi. Adalah sekali aku nampak kau balik rumah laki kau. Tapikan betul ke laki kau? Ke kau jadi pemuas?"

Kata-kata Zamani benar-benar membuatkan Islah hilang sabar. Sudahlah suaminya sendiri tuduh dirinya macam-macam. Ni jantan lain pula yang buat tomahan membabi buta.

"Sebelum aku call polis, lebih baik kau berambus!"

Islah segera membuka telefonnya untuk mendail nombor balai polis yang berhampiran tapi sayangnya tindakkan Zamani merampas dan mencampak telefon bimbit Islah benar-benar tidak di duganya.

Zamani merentap tangan Islah lantas menarik Islah menjauhi pintu. Namun belum sempat Zamani menutup pintu bilik Islah, dia di hadiahkan dengan sebiji penumbuk dimukanya.

"Jantan keparat. Kau ingat kau siapa?" sergah Zaidi.

Islah terkedu. Kecut perutnya melihat Zaidi berada di situ.

Entah bala apa pula yang datang kali ni. Entah sumpah seranah dan cemuhan apa pula yang bakal dia terima dari Zaidi kali ni.

Islah menangis. Menyesal tidak turut serta bersama Arwisy. Kalaulah dia tak ikutkan perasaan pasti perkara ni takkan jadi.

"Sudah!" jerit Islah bagi menghentikan pergaduhan antara Zaidi dan Zamani.

"Zamani, sebelum aku ambil tindakan undang-undang lebih baik kau berambus. Jangan kacau hidup aku lagi"

"Aku keluar tapi jangan ingat kau boleh lepas," ugut Zamani sebelum berlalu pergi.

Islah terduduk mendengar kata-kata Zamani. Dia menangis semahunya. Bukan ini kemahuannya. Tapi mengapa ini yang harus dihadapinya? 

Zaidi menghampiri Islah. Cuba memujuk Islah yang semakin menjadi-jadi tangisannya. Drangkulnya tubuh Islah ke dalam dakapannya. Langsung tiada sebarang bantahan. Malahan tangisan Islah semakin menjadi-jadi.

"Shhhhh... dah tu. Jangan nangis. Abang ada dekat sisi sayang." Zaidi memujuk. Pujukkan yang diharapkan dapat menenangkan hati Islah.

Asalnya Zaidi ingin mengajak Islah makan, namun selang beberapa pintu sebelum tiba ke bilik penginapan Islah dilihatnya seorang lelaki sedang mengetuk pintu. Pada asalnya timbul perasaan curiga. Adakah benar selama ini Islah mencuranginya seperti tomahan yang dilemparkan sehingga Islah tergamak untuk bertindak keluar dari rumah mereka. Namun apabila mendengar Islah menghalau lelaki itu membuatkan Zaidi sedikit lega. Kini dia melihat Islah dalam keadaan begini menyebabkannya menjadi semakin bersalah.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now