EMBUN - BAHAGIAN 4

2.1K 63 5
                                    

"Kau jadi tak nak ikut kami?"

"Aku tak fikir lagi la bab tu.."

"Alaa.. Tak payah fikir-fikir. Kau ikut ja kita orang. Ini saja peluang kita nak spend time sesama."

Liyana mengangguk laju tanda mengiyakan kata-kata sofea. Tangan sahabatnya ditarik lantas digenggam.

"Pleaseee...." Rayu liyana dengan suara yang manja. Sempat dikerdipkan kelopak matanya berkali-kali tanda memujuk.

"Aku tak berani janji. Lagi pula mak abah aku tak tahu lagi tentang ni." Balas qaseh.

Serta merta liyana menolak tangan qaseh kasar. Wajahnya cemberut. Dia menyilang kedua belah tangannya ke dada sambil matanya dihala memandang ke arah lain.

Qaseh menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ahh.. sudah!! Merajuk pula minah ni..

"Weh.. janganlah merajuk. Aku lemah sikit bab pujuk memujuk ni.." Kata qaseh. Dia mencuit lengan liyana berkali-kali namun liyana masih tetap seperti tadi.

Qaseh mengeluh. Dia akhirnya menarik gelas yang berisi air milo ais lalu disedut air itu. Kemudian qaseh menarik beg galas miliknya dan dikeluarkan telefon bimbit. Skrin telefon ditatapnya tanpa langsung menghiraukan tentang liyana dan sofea yang masih berada di situ.

10 minit berlalu..

Suasana di kedai makan itu semakin riuh dengan suara para pengunjung. Qaseh tetap seperti tadi. Masih lagi menatap skrin telefon melayan laman Instagram miliknya. Liyana dan sofea saling menukar pandangan. Liyana memuncung bibirnya ke arah qaseh dan terus dibalas dengan gelengan kepala dari sofea.

"Weh qaseh!!" Panggil liyana.

"Hmm.. ada apa?" Balas qaseh ringkas.

"Ada apa kau tanya? Kita orang ni dah macam tunggul kat sini tahu tak?!" Marah liyana pula. Qaseh mengukir senyuman sinis.

"Padanlah! Siapa suruh merajuk." Bidas qaseh. Berubah terus wajah liyana. Sofea menekup mulut menahan ketawa. Kan dah kena. Itulah.. pandai sangat cari pasal dengan qaseh. Merajuk konon! Kau fikir qaseh nak pujuk. Erm... mimpi sajalah.

"Yalah! Yalah! Aku tak merajuk. So.. macam mana? Jadi tak?" Sekali lagi diajukan soalan yang sama. Qaseh mengangkat pandangannya dari menatap skrin telefon.

Kedua bahunya diangkat tanda tidak tahu. Tidak lama selepas itu senyuman meleret di bibir sambil kepalanya diangguk.

"Yess!!" Tersenyum lebar liyana dengan reaksi qaseh itu. Sofea mengangkat tangannya tinggi begitu juga liyana. Mereka saling berbalas tepukan.

"Pukul berapa bertolak?" Soal qaseh ingin tahu.

"8 pagi."

....

"Kita dah sampai". Ujar liyana ringkas dan serentak dengan itu kereta yang dipandunya berhenti.

Qaseh melihat sekeliling. Terpaku seketika dia dengan suasana di situ. Tenang dan sangat mendamaikan. Liyana dan sofea sudah pun keluar dari kereta. Hanya tinggal qaseh sahaja yang masih lagi terpaku di dalam kereta. Liyana mengetuk cermin kereta. Isyarat tangan diberi agar qaseh keluar dari situ.

"Inilah kampung aku!" Ujar liyana girang sambil kedua belah tangannya didepa.

"Cantiklah kampung kau.." Puji sofea. Liyana hanya senyum. Kembang semangkuk dirinya saat itu apabila menerima pujian dari sofea.

"Well.. Tengoklah siapa penduduknya. Aku!" Balas liyana megah. Sofea mencebik bibir tanda menyampah. Menyesal pula puji liyana sebentar tadi. Sudahlah liyana terkenal dengan sikapnya yang pantang dipuji itu.

EMBUN (ON GOING)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang