Juara Dusta 4

906 8 0

23/11/18 malam terakhir Danny jumpa aku. Dia terus jumpa aku lepas balik dari Miri. Dia selalu bekalkan aku movie terbaru, kami berdua selalu tengok movie dalam bilik aku. Dia masuk tanpa pengetahuan kakak dan adik aku. Hehe

Malam tu, nafsu Danny sangat berbeza. Aku cakap penat tapi still dia nak main. Dia peluk aku, dia cakap dia sayang aku. Aku balas je la macam biasa, aku sayang dia juga. Lepastu dia cerita dia pergi rumah kawan dia kahwin keesokan hari, jadi dia akan sibuk sepanjang hari tu la. Aku ok je.

Sepanjang aku bercinta dengan dia, jarang aku nak sibuk tahu siapa kawan dia tapi malam tu aku gigih nak tahu. Aku cakap dia banyak berahsia dengan aku tapi dia bijak jawab setiap soalan aku. Hmm

Next day tu memang dia susah untuk dihubungi, cakap tolong kemas la apa la.. sampai tengah malam pun aku susah nak call tak dijawab. Siapa tak merajuk kan? Perasaan aku dah lain , aku rasa tak sedap hati. Aku tutup mobile data sebelum tidur dan silent hp.

Pagi 25/11/18, aku terima missed call 20 kali, chat berpuluh kali termasuk voice chat. Aku dengar voice chat dalam pukul 2 am dia cakap dia mabuk. Aku just balas, "Morning baby" je.

Disebabkan aku geram dengan dia, dia call aku tak jawab. Aku ajak adik aku tengok wayang untuk hilangkan rasa marah aku terhadap Danny. Marah sekali pun, aku tetap bagitau dia yang aku nak pergi mana...

Danny: tengok ngan sapa?
Aku: sorang.
Danny: serious sorang? Nak ikut baby
Aku: hmm nak ikut? Bukan tak pernah ikut ke?
Danny: yala kalau baby sorang nak teman la. Sorry pasal malam tadi. Marah ke? Dari tadi tak jawab call.
Aku: takpe dah biasa sorang.. siapa je tak marah kalau  orang tak jawab call. Tengok dengan laki lain sekarang ( ok.. aku provoke dia)
Danny: laki mana??? Jawab call sekarang.

Dia terus call. Aku jawab sambil ketawa.

"Gurau jela... Baby ngan adik" Aku cuba tak bergaduh dengan dia sebab aku tahu dia masih pening lagi. Lepas aku explain, dia ok. Tapi...  Aku tak tahu kenapa line hp aku tiba-tiba hilang. Masa tu juga si Danny makin kerap call aku sedangkan dia baru je dah call dalam 20 minit yang lalu. Aku stress doh.

Tiba-tiba dia chat...

Danny: kenapa susah sangat nak angkat call??
Aku: sabar la, line hilang bila baby call.
Danny: cakap jela tak nak jawab call.
Aku: aik marah? Tau pula marah, orang call semalam baby tak jawab pun.
Danny: semalam aku sibuk. Dah la kalau malas sangat nak layan aku, baik tak payah call lagi! (Ini buat aku marah)
Aku: sibuk sehingga langsung tak tengok hp? Dari pagi hingga malam kau hilang semalam! Ok, kalau kau nak pergi, pergilah. Mungkin itu yang kau nak kan.
Danny: kau yang nak semua ni. Aku call sekarang kau tak nak jawab, aku tak call kau marah pula. Kau nak aku buat apa?? Aku tahu kau ada orang lain!

Bermulalah pergaduhan kami pasal orang lain yang tiada berkaitan. Aku tak fokus tengok wayang sebab aku teringat dia tuduh aku macam-macam. Habis je wayang, aku tengok berjela chat dia marah aku. Malam tu dia dah tak call or chat lagi seperti biasa.

Next day,aku try pujuk dia. Aku rindu dia. Aku setiap hari lalu kawasan rumah dia. Pergi or balik kerja. So, dulu kalau dia ada di Kuching, aku pasti akan call Danny lepas lalu rumah dia tapi pagi tu dia tak jawab call. Aku bagi dia cool dulu. Aku cerita dengan kawan-kawan aku. Diorang bagi nasihat supaya aku tak paksa Danny. Bagi Danny ruang dahulu. Korang nak tau... Pagi tu dia terus ambik flight ke KL. Sepatutnya dia masih cuti seminggu lebih. Aku menyesal tak pergi rumah dia malam sebelum tu. Aku langsung tak sempat jumpa dia.

Danny berubah. Dia lambat reply chat aku. Aku call tak jawab.  Dia seolah-olah dah buang aku dalam hidup dia.

Aku nangis setiap hari, aku chat dia setiap hari, call sampai dia jawab tapi kadang menghampakan. Masa tu berat aku turun 4kg. Aku takde selera makan dan aku salahkan diri aku 100%.

Tiba masa dia balik ke Miri, dia mula chat aku  dan jawab call aku tapi 05/12/18, dia ajak aku break. Dia cakap takde guna teruskan hubungan kami. Dia sayang tapi susah nak teruskan sebab kami sering gaduh benda yang sama. Logik ke alasan dia?

Aku fikir mungkin aku terlalu memaksa dia. So aku cakap aku taknak putus, aku nak dia fikir semula. Aku minta dia jumpa aku 19/12/18 masa dia balik bercuti tapi dia cakap dia tetap tak nak jumpa. Keputusan dia tetap sama ,takkan berubah..

Sepanjang tempoh itu juga aku hantar berbagai chat or gambar kami . Berpuluh-puluh kali aku chat even aku tahu dia takkan reply. Dia cakap masa tu line internet kat kapal problem. Susah nak chat. Memang dia susah nak tengok semua chat aku, kadang ambik masa sehari baru seen WhatsApp. Aku chat juga kat Facebook messenger. Kami dulu selalu guna Facebook kalau nak video call. Aku screen shot semua ayat-ayat dia. Aku dah macam orang gila. Kawan-kawan aku semua risau dengan keadaan aku masa tu.

Aku rancang nak pergi ke Miri 19/12/18. Aku nak cari dia. Tapi kat mana? Aku tak tahu rumah sewa dia. Aku tak dapat cari kawan dia. Aku tak tahuuuu. Jadi aku batalkan niat. (Nasib... Kalau aku pergi, memang aku claim kat dia ahahah)

Malam 15/12/18.. tarikh yang paling tidak dapat aku lupa. Malam tu aku bercadang tidur rumah Ninie. Aku memang ada masalah tidur sepanjang tempoh kami berpisah. Jadi, aku stay rumah Ninie. Aku voice chat Danny, bagitau dia. Dia dah tak online selama dua hari, chat aku masih satu tick saja. Aku dah tak sedap hati . Seminggu sebelum tu memang aku rasa berdebar je tapi malam tu, aku rasa tak selesa. Rasa something berlaku.

Dan benarlah sesuatu tak dijangka berlaku..... Daler tiba-tiba chat aku. Masa tu aku tengah berborak dengan Ninie, dah pakai baju tidur dah...

Daler: siapa nama bf kau?
Aku: kenapa?
Daler: ish, jawab jelaaaa.
Aku: Danny
Daler: kenapa la kau bodoh sangat ? Kenapa kau tak pilih aku dulu?
Aku: kenapa ni? Tiber jeee. Cakaplah cepat. Kenapa kau nak tahu?
Daler: dia tak chat kau sekarang kan?
Aku: a'ah. Oiiii jangan buat aku macam ni... Aku tengah tak sedap hati ni. Cepatlah cakap.
Daler: dia kahwin malam ni!
Aku: kau tipu aku kan?? Buktikan!

Tangan aku bergetar baca chat Daler. Aku pandang Ninie

"Nie, Daler cakap Danny kahwin malam ni". Aku terus nangis.

"Tak mungkin. Salah orang kot." Ninie cuba tenangkan aku. Kemudian, Daler hantar screenshot dari ig kakak Daler gambar Danny dengan sorang perempuan atas stage.

Terpampang nama Danny dan perempuan tu dibelakang stage. Aku menangis masa tu.. aku meraung aku tak sangka dia kahwin! Sepatutnya dia di kapal, dia di Miri. Perkiraan aku tak pernah salah tapi kenapa dia di Kuching??

Ninie peluk aku. Kami menangis sama-sama. Ninie faham perasaan aku sebab dia pernah alami keadaan yang sama.

Aku minta Daler tanya kakak Daler dimana majlis mereka. Oh ya, kakak Daler bff kakak Danny. Kecik kan dunia ni? Lepas aku tahu tempat...

"Nie, jom pergi sana." Aku pandang Ninie dengan air mata masih mengalir. Ninie pandang aku dengan rasa tak percaya...

"Sekarang ke? Kau nak buat apa?" Riak wajahnya risau.

"Aku nak tengok depan-depan, nie." aku lihat jam, 11 lebih. Masih ada masa!

Korang rasa aku serang tak? Jeng jeng jeng... Lepasni sambung...

I'm a bitch (Complete)Where stories live. Discover now