Juara Dusta 3

1K 11 0

2017

Danny mula bekerja di Miri selepas tahun baru cina. Dia kerja selama 2 minggu dan cuti 2 minggu juga . So, dia akan balik ke Kuching selama 2 minggu.

Biasanya dia balik hari rabu, sampai je pukul 10 malam dia balik rumah dulu then dia akan jumpa aku dalam pukul 11 atau 12 tengah malam. Kadang kami keluar jalan-jalan, lepak minum or dia masuk bilik aku. Masa ni aku dah pindah rumah sewa lebih dekat dengan rumah dia.

Untuk makluman, aku dengan Danny ni tak pernah dating pergi mall bersama or tengok wayang macam relationship goals korang. Kalau siang kami selalu jumpa di taman sebab dia nak teman aku jogging, kadang keluar minum pun kat tempat tak banyak orang. Dalam sepanjang dua tahun bercinta , kurang 10 kali jumpa waktu SIANG. Sebab tu kawan aku, kakak dan adik aku fikir aku bercinta dengan hantu. Hahaha.

Bukan aku tak pernah persoalkan kenapa, bukan aku tak pernah curiga. Bukan aku terlalu percaya dia 100%. Aku dah kerap bergaduh dengan Danny benda yang sama.

Bila aku persoalkan, dia pula yang ungkit benda lama. Sebab aku sayang.. aku mengalah. Ini kesilapan terbesar aku. Tapi... Serius , dia memang baik semasa kami bercinta. Dia banyak tolong aku, pendengar yang baik.  Dia kerap video call aku masa dia di laut. Dia akan call bila takde line internet. Tengah aku buat kerja pun dia ajak aku video call. Kawan-kawan aku selalu kacau aku tengah video call. Diorang akan ikut sekali...

Kami selalu berkongsi semua cerita. Aku tak pernah bosan bila berchat or call dia setiap hari.. cuma aku geram bila aku dah siap beritahu dia yang aku tengah buat kerja, memandu , atau tengah borak dengan kawan.. pasti dia akan call sampai aku jawab call. Tapi... Kalau aku yang call masa dia di Kuching, kadang kala sangat susah dia nak jawab.

Macam aku pernah cakap.. Danny selalu stalk aku. Kalau dia di Miri, dia akan minta kawan dia datang stalk aku. Weyyyy, aku jadi takut tau tak. Kadang, kalau aku cakap aku lepak dengan adik aku or kawan aku.. dia akan datang sama ada perhati dari jauh atau dia duduk lepak sekali. Aku tak kisah tapi kawan aku pula yang tak selesa kan.. tapi dia jenis yang peramah. Dia boleh sesuaikan diri dan bercakap dengan kawan-kawan aku.

Sebenarnya, aku nak stop jadi bitch ni tapi bila aku sakit hati dengan Danny... haaaa keluarlah tanduk aku. Bulan Oct 2017 , aku jumpa Judd buat pertama kali. Dia belanja aku tiket flight ke Johor. Dia bawa aku stay hotel dekat dengan beach. Aku lupa pula nama tempat tu tapi memang best.

Jujur, aku suka Judd (bitch ko eh...) Tapi sebab dia Muslim, aku kena fikir juga tentang family aku terutama ayah aku. Judd memang tunggu aku sejak 2012 lagi. Aku yang selalu mengaku dengan dia yang aku curang. Bila aku mengaku aku curang, dia akan terus call aku. Marah aku, hina aku. Aku diam jela dah memang salah aku. Walaupun aku bitch sekali pun, aku akan mengaku aku curang dengan bf aku or skandal aku, kecuali si Danny je aku tak mengaku aku curang cuma aku beritahu semua siapa ex aku.

Judd belanja aku macam-macam. Aku tipu Judd cakap hp aku rosak. Aku cakap yang sama dengan Danny. So, kedua-dua pun percaya. Haha. Masa aku jumpa Judd, Danny masih di Miri. Aku balik ke Kuching pagi rabu, malam tu pula Danny balik Kuching dan terus jumpa aku. Dia sanggup beri aku hp dia yang lain sebab nak aku contact dia tapi aku menolak.

Korang boleh fikir tak... Danny betul-betul sayang aku atau tak? Korang dapat agak dia ada orang lain ke?  Dia akan sedaya upaya call aku sampai aku jawab call, dia akan chat aku setiap hari tak kira siang malam kecuali dia kerja or dia sibuk or dia main game. Dia akan pergi rumah aku kalau aku merajuk . Dia akan pergi tempat aku lepak, jogging. Aku tak boleh terima cara perpisahan kami... Aku kecewa cara dia tinggalkan aku. Aku fikir aku yang good player tapi Danny lagi hebat.

2018

Aku berazam tahun 2018, aku nak fokus dengan Danny . Aku kurang melayan Judd lagi walaupun dia kerap chat aku. Yang lain ntah kemana. Aku stop chat sesiapa tapi Daler muncul semula. Dia putus dengan gf dia. Dia chat ajak aku jumpa bulan Feb. Aku setuju jumpa atas dasar kawan. Kami hiking satu tempat di Kuching. Danny di Miri dan aku tak cerita aku jumpa Daler. Daler tahu aku bercinta dengan Danny.

I'm a bitch (Complete)Where stories live. Discover now