MENGHANTAR MANUSKRIP

Start from the beginning
                                    

Banyak rumah penerbitan menetapkan hal yang disebut sebagai 'in-house style' atau genre penerbitan. Pastikan hal yang satu ini kerana adalah canggung sekiranya Penerbitan Kisah Cinta tiba tiba menerbitkan novel berbentuk seksualiti dan akademik. Namun jangan terkejut jika ada rumah penerbitan yang menerbitkan apa sahaja genre asalkan sedap dibaca. Selalunya mereka meminta kamu membaca terdahulu paling tidak dua atau tiga buku buku terbitan mereka.

SOALAN YANG PERLU DITANYA:

1. Kenapa naskah kamu harus diterbitkan?

2. Kenali genre kamu dan kesesuaian rumah penerbitan termasuk reputasi mereka selama ini.

3. Syarat syarat yang sudah ditetapkan. Lain syarikat mungkin lain caranya

4. Kesabaran setelah menghantar manuskrip? Kita tidak mahu tampil ghairah terlalu.

5. Hasrat peribadi terhadap buku diuruskan bersama penerbit? Cover, dedikasi dan nama pena mungkin?

6. Bagaimana kalau manuskrip kamu ditolak? Tolak mentah pula tu...

6 persoalan di atas membabitkan bolak balik antara penulis dan penerbit. Apatah lagi sebagai penulis pemula, kamu harus tahu bagaimana mendapatkan konsultasi atau dukungan dari teman teman penulis sedia ada. Identiti manuskrip harus dikenali, kuat memberi sebab kenapa manuskrip kamu itu penting, banyak membaca untuk kenal genre pilihan mereka, mematuhi syarat syarat dan beretika apabila menghantar emel atau editan manuskrip. Harus ingat, penolakan terhadap manuskrip tidak melibatkan kualiti manuskrip semata mata... ia mungkin salah sasaran dan perlu dibaiki. Bukankah sama seperti dalam segmen hidup yang lain, ia ditangani cermat, berhemah dan tanpa ghairah terburu buru.

PENGALAMAN PERIBADI SEBAGAI PENULIS:

Tanpa rasa malu novel debut saya dihantar dengan mengabaikan syarat syarat di atas. Situasi ini banyak mengajar saya tentang dunia penerbitan. Bahasa mudahnya manuskrip saya tunggang langgang, berserabut. Pihak penerbitan membimbing saya untuk menyusun kembali penulisan, memperlihatkan banyak kelemahan apabila menyusun serta memilih ayat. Manuskrip dihantar tanpa sebarang panduan seperti di atas. Tambah merumitkan apabila masuk bab editan yang agak kacau bilau. Namun diselesaikan dengan baik atas ikhsan editor Fixi Hani Suraya. Buku tersebut menjadi bestseller.

Buku ke 2 bersama penerbit lain diminta sendiri oleh penerbit. Oleh kerana isi buku semi akademik tersebut penting, saya memberikan syarat syarat longgar sahaja. Apa yang penting isinya sampai pada pembaca (suasana dunia Mak Nyah ketika itu agak tenat dengan pelbagai isu) dan saya mahu menempatkan diri dalam dunia penulisan. Penerbitan tersebut sudah ditutup. Buku Mak Nyah masuk dua cetakan.

Nama semakin kukuh, jadi apabila penerbit besar dan berkaliber meminta manuskrip baharu secara peribadi melalui mesej di facebook, saya jadi lebih berhati hati. Saya mahu jadi penulis yang memudahkan pihak penerbitan. Maka lahirlah Lebih Duka Dari Suka terbitan Gerakbudaya Malaysia. Suntingan oleh Hani Suraya dan pengantar oleh Dina Zaman. Ini babak penting dalam dunia penulisan saya secara peribadi.

Bertolak dari kejadian pertama bersama Fixi, saya sudah mula berhati hati apabila menghasilkan manuskrip. Tidak mahu terburu buru dan cuba memenuhi syarat syarat tertentu. Font, bold, condong, tanda kutip, ejaan dan tatabahasa lebih terkawal di pihak saya sehinggalah terhasilnya 5 karya bersama mereka. Saya tidak mahu menyusahkan para editor lagi atau mungkin lebih pada menghormati kerjaya sebagai penulis dan paling penting menghargai pembaca yang sudah sudi.

Setelah itu saya mula menilai buku buku rumah penerbitan Indie dan arus perdana. Memberi reviu yang agak berani pada karya karya terpilih. Tahap prihatin rumah penerbitan sebenarnya  tetaplah sama, mereka yang dikatakan indie mungkin lebih bebas hanya dari beberapa sudut. Isi, isu, tatabahasa dan berberapa hal lain.

Untuk pengetahuan kamu, font pilihan saya secara peribadi masih dalam kadar 14 – 16 roman kerana rabun. Saya kira itu tidak menjadi masalah.

Regina Ibrahim

Artis Holistik Penang.

21/02/19

Nashkah yang ke 4 bersama fixi (tidak termasuk antologi gabungan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nashkah yang ke 4 bersama fixi (tidak termasuk antologi gabungan

MENULISWhere stories live. Discover now