Juara Dusta 2

1.1K 9 1

Setelah aku jumpa kembali Danny, cikgu Farhi pula ingin jumpa aku. Ingat tak aku cakap aku gaduh dengan Danny masa aku stay dengan Farhi?

Sebelum tu, aku ada beritahu Danny aku akan jumpa kawan laki. Aku tak tipu dia. Aku cuba jujur dengan Danny. Stay dengan Farhi malam tu adalah keputusan aku last minute.

Danny banyak soal sapa laki yang aku nak jumpa tu. Aku jawab jela tapi aku tak cakap aku kenal Farhi dari Tagged. Aku geram kenapa la si Farhi tu nak sangat datang..

Lepas aku dan Farhi tengok wayang , kami lepak kejap dekat mamak. Start dah Danny cari aku. Dia call banyak kali, chat pun berpuluh-puluh kali di WhatsApp. Aku dah tak sedap hati. Aku tak boleh buat Danny macam tu kan? Tahap Danny ni lain dari skeleton. Tahap psycho Danny lagi dashyat. Dia datang stalk aku. Dia cakap dia nampak aku siap tahu aku pakai apa tapi aku langsung tak nampak dia.

Danny marah aku, dia tuduh aku curang dengan dia. Jap, aku bukan gf kau lagi la... Dan kau diam bila aku tanya kau suka aku...

Aku dah takde mood lagi dengan Farhi. Aku nak balik tapi Farhi pujuk aku. Danny call tapi aku takut nak jawab. Aku jenis diamkan diri kalau orang marah aku sebab aku memang salah. Buat apa nak fight kan? So, aku punya bangang.. aku tutup pulak hp. Makin teruklah marah Danny,kan?

So, next day tu.. aku buka hp, aku diam baca semua WhatsApp dia. Aku tak puas hati bila dia cakap aku tipu dia padahal memang aku tipu tapi tak semua.

Aku: Kenapa kau marah aku macam tu sekali? Kau bukan bf aku pun nak marah aku keluar dengan sapa.

Danny:Kalau aku keluar dengan perempuan lain, kau marah tak?

Aku:kau tak boleh!

Danny:oh, jadi kau boleh? Aku sangka kau jumpa laki tu je. Yang kau tidur hotel sekali dengan dia tu apa? Siap tutup hp? Korang buat apa?!

Aku: aku tak buat apa la dengan dia . ( Ok, ni bohong.)

Danny: kau tipu! Aku tak sangka kau perempuan macam ni. Aku kecewa dengan kau! (Eleh dia punya ayat marah kita.. nanti la korang tau dia lagi la juara dusta!)

Aku: Kita bukan couple pun. Kau tak cakap pun kau suka aku. Kau tak halang pun masa aku cakap nak keluar jumpa kawan aku. Kau suka aku atau tak ni?

Danny: aku suka kau! Aku bukan tak nak cakap sekarang. Aku tunggu christmas nanti.

Aku:....

Lepas kejadian kami bergaduh, dia tak nak layan aku. Aku pujuk dia. Aku pergi rumah dia. Aku ajak dia jumpa. Itulah kesilapan terbesar aku. Dimana aku merayu kembali hubungan kami. Kalaulah waktu tu aku tak pujuk, aku biarkan dia pergi dan aku tak perduli dia lagi seperti mana aku buat dengan lelaki lain, mungkin hari ini aku tak disakiti oleh Danny.

Dia beri aku peluang kedua dan kami bercinta. Aku cuba buang semua lelaki lain dalam kehidupan aku. Aku blocked Farhi dan Judd. Aku stop contact Daler. Danny masih seperti selalu, chat dan call setiap hari. Kami memang kerap chat dan call, kalau aku lambat chat, dia akan call aku. Setiap malam dia akan call aku. Lepas balik dari jumpa pun dia call. Sweet kan? Korang rasa dia sayang aku ke?

Suatu hari, dia cakap family dia pergi holiday. Dia ajak aku datang ke rumah dia. Aku on je sebab aku nak jumpa kucing dia. Nama kucing dia Cotty. Aku jumpa Cotty dan kami tengok movie di rumah Danny. Kissing kat sofa tapi tak lebih ok. Hahaha

Next day, dia ajak lagi pergi rumah dia. Aku pun ok je. Pukul 2 pagi,aku dah mula mengantuk. Dia suruh aku tidur kat sofa. Dia ambik selimut untuk aku. Mulanya kepala aku atas paha dia. Dia usap lembut rambut aku. Dia cium lembut tangan aku. (Wey, sedih pula nak ingat benda macam ni) . Aku ketawa bila tangan dia tersentuh leher aku. Jadi dia minta aku tukar posisi. Dia suruh kaki aku pula kat paha dia. Aku terlelap dan tersedar semula bila aku rasa badan Danny atas badan aku. Dia cium lembut dahi aku.

I'm a bitch (Complete)Where stories live. Discover now