Juara Dusta 1

1.5K 14 0

Lepas aku kenal skeleton, aku buat keputusan stop guna wechat. Takut pula kenal laki psycho macam dia. Hehe.

Pada 30/7/16... (Wah masih ingat kau kan), aku terjumpa seorang lelaki yang pernah buat aku suka dia. Dia adalah Danny. Aku kenal dia sejak 2012, masa tu aku dengan Daler lagi tapi sekejap je. Aku pun tak ingat kenapa kami tiba-tiba last contact. Yang aku ingat, last aku hantar gambar dengan dia masa aku tengah pegang kueh donut. Haha.

Selepas bertahun, aku terjumpa dia di shopping mall dalam kedai H&M. Masa tu aku dengan kawan aku,Ninie. Aku pergi ke arah kawasan dekat dengan fitting room, aku ternampak seorang laki jarak dalam berapa meter je sambil membelakangkan aku. Entah kenapa gaya dia mencuri perhatian aku. Dia guna baju kemeja dan seluar jeans aras lutut. Tattoo! Yes, aku tahu tattoo tu. Tattoo dibahagian betis kanan dia. "Itu... Dia ke?"

Danny dengan seorang perempuan berambut perang. Danny tiba-tiba pusing ke belakang. Aku pun spontan lari. Then, aku lari arah Ninie, aku cerita ringkas je dengan dia. Ninie toleh ke belakang.

"Dia pergi kaunter." Ninie beritahu aku sambil matanya masih ke arah Danny. Aku jeling sekejap. Korang nak tahu.. masa tu juga Danny pandang aku! Aku cepat-cepat lari ke arah accessories. Aku sembunyi dekat sana dalam berapa minit. "Ko dah kenapa?? Bukan dia kenal ko kan. Alaaa..mesti dia dah pergi!" aku cakap sorang diri. Aku berkira nak keluar dari bahagian accessories, aku pusing kebelakang dan tak seharusnya aku bertemu dengan dirimu didunia ini... (Sorry ternyanyi lagu baby pian hehe)

Korang nak tahu depan aku siapa? Danny!!!! Oiiii aku dah la gelabah, aku cuba lari tapi dia pulak muncul. Aku sempat fikir nak senyum ke? Nak bertanya khabar ke? Mata kami berdua yang main peranan. Mata Danny membulat tekejut tengok aku. Aku pula ketap bibir tapi mata aku senyum. Hmm betul ke aku cakap ni? Cuba korang buat. Hehe . Aku terus jalan tak menoleh lagi. Stress doh main kejar-kejar dalam mall. Serious, walaupun aku bitch dan aku suka curang tapi aku tahu siapa yang aku betul-betul suka.

Habis dah babak ala-ala romantik kat kedai tapi hati aku masih berdebar. Malam tu, aku dapat WhatsApp dari Danny. Pelik tak macam mana dia dapat WhatsApp aku? Hehe.

Sebenarnya, ada je kami contact dalam tahun 2014 dan 2015.  Status dia wish birthday aku masih kat wall Facebook. Setahun sekali sekala je chat dan aku yang gatal minta no WhatsApp dia . Chat kami banyak kat Facebook tapi lepas aku tengok status dia in relationship with someone, aku terus delete semua conversation kami kat Facebook , no handphone dia pun aku delete. Entah kenapa aku cemburu. Eh ada perasaan pula ko bitch??

Ok, kembali pada tahun 2016 . Dia chat aku..

Danny: hi...
Aku: aku seen je... Biar bluetick...
Danny: busy ke?
Aku: hi..
Danny: kau ke kat h&m tadi?
Aku: ye, aku la.. kau dengan gf kau ke tadi? (Aku jealous dah masa ni)
Danny: eh tak, itu kakak aku.
Aku: erm... Yalatu.
Danny: Tak caya ke? Hmm aku ganggu kau ke? Macam tak nak chat je.
Aku: ntah. Susah nak caya . Tak ganggu tapi takut melayan bf orang. (Cehhhh ko punya ayat bitch)
Danny: hmm suka hatilah kalau tak caya. Dia memang kakak aku. Kami cari hadiah birthday mak aku hari ini.
Aku: oh birthday mak kau? Happy birthday to her.

Jadi, aku masih ingat tarikh 30/07/16 sampai ke hari ini sebab masa tu birthday mak dia. Alaa, pasal mak-mak ni hati aku jadi lembut. Dulu mak Bahenol pun buat aku terima si Bahenol.

Aku chat semula dengan Danny di WhatsApp cuma tak rapat lagi. Birthday dia 9 Ogos, tapi aku rasa aku tak wish kot. Aku lupa. Dia yang tiba-tiba contact aku masa birthday aku 20 Ogos . Sebab kakak dia sama birthday dengan aku. Masa tu dia di KL sambut birthday kakak  dia. Kakak dia tinggal di KL.

Aku pun reply biasa-biasa je. Ada la rasa gembira sebab dia wish birthday aku sejak 2014 sampai 2018. Tahun ni? Masih ada ke? Harap takde...

Kami mula jumpa 28/08/16 lepas aku balik sambut birthday anak sepupu aku. Entahlah kenapa perempuan ingat semua benda atau tarikh penting. Korang yang perempuan macam aku juga ke?

Dia ambik aku kat rumah dalam pukul 10 malam. Sejak dua tahun kami jumpa balik, memang pukul 10 or 11 malam kami akan jumpa. Mungkin dia fikir aku hantu kot hahaha. Lepasni aku cerita kenapa ye..

Kami lepak kat waterfront atau pusing bandar. Aku cerita pasal skeleton hahah ye pasal lowered tuuu. Danny cakap, lelaki biasanya tak kisah kalau perempuan cakap macam tu. Huhu so aku tak tahulah Jeff tu spesis apa..

Muncul lagi perasaan aku yang dulu tapi takkan aku nak cakap kan?? So, aku tunggu dia. Dia pun layan aku macam kawan. Dalam bulan 10, kami mula gurau yang nakal-nakal. Kami kissing! Aku yang kacau dia dulu tapi dia pula terlebih. Stop dekat traffic light dan dia tarik kepala aku. Terus kiss! Aku terkejut oi. Aku tak balas kiss dia tapi tak tolak juga hahaah tapi tu bukan french kiss.

"Nakal lagi kan? Haaaa orang kiss bibir pandai pula diam." Dia senyum jeling aku. Aku sengih je.

"Kiss macam tu je ke?" Ok, yang ni aku buat kesilapan besar.

"Oh, kau cabar aku. Tunggu. Tunggu stop traffic light." Aku pukul lembut bahu dia, aku cakap aku gurau je. Rasanya , hampir semua traffic light warna merah masa kami mula-mula keluar dulu hahaha.

Sampai satu traffic light merah, aku terus tutup mulut . Dia tarik tangan aku . Dia geletek pinggang aku. Terlepas tangan aku sebab itu kelemahan aku. Aku tak boleh geli!

Danny terus tarik kepala aku dan dia mula jilat bibir aku. (Aku taip sekarang pun aku tengah rindu dia😭) Dia kucup lembut bibir aku dan perlahan aku balas. Kami french kiss! Hahaha  asal je stop kat traffic light, kami akan kissing. Aku rindu saat tu.

Ok, sampai sini dulu untuk bahagian ni.  Tengah kerja sekarang ni takut ternangis pula sambil taip kisah lama. Still baru belaku juga. Hmm kisah ini agak panjang, jadi aku letak nombor kat belakang tapi takde la sampai no 10 hehe. Please stay dengan aku sampai pengujung cerita. Kalau korang macam kisah aku dengan Danny, (bukan bitch) tapi kisah cinta hampir sama... Aku harap korang sabar, be strong..

I'm a bitch (Complete)Where stories live. Discover now