Makan Apa?

2 1 0

Mudah tak nak dapat makanan halal sana? Yeah acap kali saya ditanya dengan soalan yang begini. Jawapan saya mudah saja, jawapannya ialah "Mudah, InshaAllah."

Ye lah kan, kami tinggal di tempat orang. Mungkin ada yang fikir kami tak berapa convenient nak makan di sini. Jadi, apa yang kami makan di Beijing sana? Haa meh sini lah saya cerita sikit.

Saya pun mula-mula rasa takut, ye lah kan, tempat baru, berdebar rasanya. Jadi, dengan bantuan seniors, saya pun mendapat tahu beberapa tempat makan yang boleh dimakan makanannya. Sekitar kawasan universiti ada restoran halal. Dalam kawasan universiti sebelah timur pun ada sebuah kantin halal. Selalunya, jelas dipamerkan logo halal sama ada dalam bahasa Jawi ataupun dia tulis 清真 (qingzhen); yang turut bermaksud halal.

Tambahan pula, sebuah tempat yang bernama Niujie ada menyediakan daging-daging halal. Tiada masalah InshaAllah. Selain daripada makan luar, kami pun memasak di asrama. Daripada zero to chef ewah, tapi itulah hakikatnya. Lama-lama nanti pandailah masak. Pasar pun dekat saja dengan asrama. Jalan kaki boleh, nak naik basikal pun boleh. Nak cari ayam halal pun mudah. Haa mudah belaka InshaAllah.

KFC, Pizza Hut, McD di Beijing tidak halal. Balik Malaysia, InshaAllah akan makan KFC juga. He Laoshi (Cikgu He) pernah cakap KFC di Malaysia sedap giler berbanding di Beijing, ewah. Haa memang betul lah, makanan dekat Malaysia sedap weh!

Made in ChinaRead this story for FREE!