Kau Belajar Di China?

16 1 0

   Bila jumpa kawan-kawan, cikgu-cikgu, juniors; bila tanya,

A: "Belajar mana sekarang?"

B: "Erm, dekat Beijing. Ambik course bahasa Mandarin."

A: "Eh, macam mana boleh dapat sana?"

B: "Erm, macam ni ceritanya..."

Ceritanya macam ni. Lepas SPM, banyak sangat masa terluang dan masa-masa tu kadang terisi dengan pencarian maklumat tentang pendidikan di Malaysia yang tercinta, serta tempat-tempat lain (overseas). Boleh dikatakan, masa itu saya dah macam pengkaji sistem pendidikan Malaysia dan dunia *eleh* Memang semua benda nak kaji. Buka website itu, website ini. Universiti sana, sini. Macam-macam lah.

Lagi teringin nak ke Timur Tengah. Ha, memang saya teringin sangat nak belajar dekat sana. Serius! Memang teringin sebab bayangkanlah dari form 1 lagi kot, saya memang bercita-cita nak jadi salah seorang penuntut ilmu di salah sebuah universiti di sana.

Bayangkanlah setiap kali jatuhnya saya, walaupun hampir give-up; saya mesti teringat mak, abah dan MESIR! Haa nampak tak betapa tekadnya saya nak belajar dekat sana. Kenapa Mesir? Kenapa Timur Tengah? Mungkin kerana bahasa Arab?


MESIR

Pagi, petang, siang, malam saya cari maklumat. Sampailah satu hari ini, saya isi borang permohonan nak belajar dekat Mesir (bawah KPM). Result SPM saya bukan straight A. Cukup-cukup makan, alhamdulillah. Permohonan belajar saya melepasi syarat; dan masa itu dapatlah course Pergigian dekat Mesir; hanya tinggal settle semua maklumat diri dan ada lah kena isi beberapa borang (tapi!)

Ketika itu, permohonan under KPM itu self-sponsored. Gigih juga saya tanya students sana, baca blog dsb; cara-cara nak mendapatkan bantuan kewangan selain 100% self-sponsored. Banyak juga caranya tapi selepas bagitahu mak dengan abah, jawapannya "Tidak."

Saya tidaklah meraskana bagai ada halilintar yang menyambar jantung saya sebab terkejut dengan jawapan mereka itu. Saya sendiri dapat agak yang parents macam tak bagi. Sedih juga sebab ya lah, memang teringin nak belajar dekat sana. Dah lama simpan dalam hati ni tuptup, nak buat macam mana; dah tak ada rezeki. Nak tak nak, kena terima keputusan ini seadanya.


IPG

Ok, cerita pasal IPG ni, saya ada cerita panjang lebar dekat post lain. Boleh klik dan baca dekat links yang diberikan. Zaman sekarang nak mohon IPG pun, bukan sebarangan saja terpilih. Kena duduki Ujian INSAK, kemudian UKCG (Ujian Kecergasan) dan jika melepasi kedua-dua ujian tersebut maka anda layak menghadapi Temuduga Lisan. Ha, jadi ketika itulah anda harus kuat fizikal dan mental. Ada rezeki, Tuhan beri; InshaAllah.

Selain dari Mesir, saya turut memohon IPG, Asasi dan Matrikulasi. Masa minggu keputusan asasi keluar; saya dapat tawaran untuk belajar di ASPer (Asasi Sains Pertanian UPM). Wuish gembira juga tersengih sorang saya. Mak abah pun pelik bila dengar nama asasi ini tapi saya terang sebaik-baiknya lah; tak ada peliknya lah pasal asasi ni, UPM kot. Ceh. Minggu pendaftaran UPM agak awal; seminggu awal daripada hari pendaftaran di Matrik. Manakala keputusan IPG keluar seminggu selepas tarikh pendaftaran Matrik.

Bukan senang-senang saya nak buat keputusan. Sangat runsing dan saya sendiri masih dalam keadaan yang samar-samar. Selain daripada berserah kepada Allah; saya pun ada berbincang dengan mak abah. Bukan senang ya untuk putuskan keputusan akhir ini. Lepas berbincang, saya ambil keputusan untuk sambung belajar ke Matrikulasi. Jadi, saya pun settle kan segala borang untuk urusan pendaftaran matrik.



MATRIKULASI

Cakap pasal matrik, dua bulan saja saya sempat duduk di sana. Banyak kenangan juga dekat matrik ini. Bergantung kepada diri masing-masing untuk membawa diri dekat matrik. Jangan ingat matrik ini tempat biasa-biasa saja. Engko tak tahu betapa ramainya budak straight A dan engko pun kena bertungkus lumus nak dapatkan 4 flat. Ikut lah, saya pun ada persepsi saya sendiri dan anda pun mesti ada persepsi yang tersendiri juga; jadi pandai-pandailah membawa diri. Okay, next!

"Eh saya still lagi tak paham macam mana boleh terlepas dekat Beijing tuh? Kena mohon apa-apa ke?"

Program kami di Beijing dinamakan PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR KE CHINA UNTUK PEMBELAJARAN BAHASA MANDARIN DALAM KALANGAN PENUTUR JATI KE ARAH 1 MALAYSIA yang ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bukan itu sahaja, selepas tamat 5 tahun belajar di China, kami juga perlu menghadiri Kursus Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) selama setahun setengah serta perlu melalui proses temuduga untuk ditempatkan di mana-mana sekolah di Malaysia. InshaaAllah. Itu cerita secara ringkasnya.

Program ini tidak tersenarai dalam permohonan ketika mengisi borang permohonan IPG. Cara pemilihan untuk ke Beijing pun saya sendiri tidak tahu.

Jadi, semua ini bertanggung kepada rezeki, andai Allah izin, Allah bagi. Yang pasti, kami semua menghadapi temeduga untuk kemasukan ke IPG, cerita selanjutnya tentang bagaimana kami dipilih, saya sendiri tidak tahu.


Made in ChinaRead this story for FREE!