• A S T : 3 7 •

1.9K 139 34


    " YA ALLAH, Rosee! "

Aku tersenyum manis tatkala mendengar suara ibuku itu. Tahu sangat yang dia mesti rindukan aku, hehe. Aku pun mestilah rindukan ibu aku. Siapa je yang tak rindu ibu dia, kan? Almaklum, aku ni pun jarang-jarang dapat balik Malaysia. Jadi selalunya kita orang jumpa dalam Skype jelah.

Sebelum aku keluar, aku pandang Carl yang sudah siap-sedia berkaca mata hitam. Pemegang pada pintu kereta Buggati Divo itu aku pegang sebentar dan wajah Carl yang kekal beku itu aku pandang.

   " Grazie for this ride. You said that you have a marriage event too, right? Mi dispiace ( I'm sorry ) for taking your time. God bless yo— "

   " Nope, you're not taking my time. I take your time actually. So, let's go, Rosalie. I'm sure you don't want to be late. " potong Carl sambil keluar dari kereta. Suit pada tubuhnya dibetulkan dan dia melangkah menuju ke arahku. Gigit bibir aku jadinya.

   Tadi kata ada majlis lain nak pergi? Ni sibuk sini dah kenapa?

Pintu kereta dibukakannya untukku dan dia mengenyitkan matanya sambil tersenyum herot. Ceh, ingat sweet? Sempat aku jeling dia sebelum aku keluar dari perut kereta milik Carl itu dengan berhati-hati. Kemudian, pintu kereta itu ditutupnya.

   Aku? Huh, tak ada kuasa nak tunggu dia! Dia yang nak menyibuk, so pandai-pandailah dia menyibuk. Cari jalan dan semuanya sendiri. Tetamu tak diundang! Entah apa yang ibu aku dan saudara-mara lain kata kalau nampak aku berdua je dengan Carl tadi, haih!

   " Assalamualaikum, bu. " tangan ibuku yang sudah dimakan usia aku sambut dan salam. Carl menyusul kemudiannya, turut menyalami ibuku yang sedang berdiri di tepi pintu. Terintai-intai ibuku memandang Carl. Bukan setakat tu je, tersenyum-senyum juga!

   See?

   Ughh, suck my life!

   " Waalaikumussalam. Rose, ada boyfriend tak bagi tahu ibupun. Kenalkanlah ibu dekat boyfriend kamu ni, handsome orangnya... " ibuku memandang aku dan Carl silih berganti.

Aku ketap bibir. Ha, sudah! Lagi geram rasanya apabila melihat dia yang sedang tersenyum herot. Meluapp je rasa ni! Tahu betul aku yang dia faham kata-kata ibu aku tu.

   " Errr— "

   " My name is Carlo Leonardo, auntie. You can call me Carl instead. Nice to meet you. I hope you wouldn't be angry since I took your daughter along with me recently. " Carl kenalkan dirinya kepada ibuku dengan suara maskulinnya. Aku mencebik.

   " Cakap jelah Melayu.... Dah dekat Malaysia tu buatlah macam dekat Malaysia... " kataku perlahan sambil menguis-nguis kuku, buat-buat selamba. Terus ibu aku menjeling tajam. Tasha yang berada di sebelah ibuku pula sudah tergelak kecil. Nampak je pandangan tajam aku, terus Tasha tekup mulutnya.

  Tak lawak, okay!

Ibu menjemput aku dan Carl masuk ke dalam rumah dan aku menyalami makcik-makcik dan tetamu perempuan yang ada di dalam rumah tersebut. Sedang sibuk ibu menemu-bual Carl, aku sembang sebentar dengan Tasha. Merajuk katanya. Yang ajaibnya, merajuk dia terus hilang apabila aku kata nak belanja chocolate CadBurry kegeraman dia.

   Tasha... Heh!

   " Sha, aku nak jumpa abang Nas dengan isteri dia jap. " pintaku kepada Tasha.

   " Pergilah. Kau nak aku teman kau tak? " Tasha memandang aku yang dah mula bangun. Kepala aku gelengkan.

   " It's okay, no need. Nanti tak sempat. " balasku.

   " Okay, "

Dia senyum nipis. Aku juga senyum kepadanya. Sebelum itu, aku menuju ke arah ibu dan Carl yang sedang berbual bersama dengan ibu kepada isteri abang Nas, Puan Suhana yang baru sahaja ikut sembang. Nak pesan kepada mamat beku tu agar tak merayap-rayap! Nanti dia merayap sini sana, mesti ada je yang bertanya.

Maklumlah diakan popular ( sangatt ) . Kalau ada yang tak kenal dia pun, lelaki yang ada rupa macam dia senang dapat perhatian. Dengan gaya dia yang berada dan smart, siapa je yang tak tertarik untuk lihat? Tambahan lagi kalau dapat dekat makcik-makcik dan anak cucu cicitnya yang suka membawang.

   Fuh, habis hidup!

Kalau dia pandai cover tak apa lagi. Tapi kalau jadi macam dekat Turki hari tu macam mana? Selamba badak dia je mengaku yang dia boyfriend aku. Oh God, semoga segala malapetaka ini dijauhkan!

   Serammm!

   " Bu, Rose nak cakap dengan CarI sekejap. " aku mencelah selepas ibuku habis berkata-kata kepada Carl dan Puan Suhana. Serentak dengan itu, ketiga-tiganya, Carl, ibu dan Puan Suhana memandang aku yang sedang duduk bersimpuh di sebelah ibuku.

   " Rindulah tu.. " sakat ibuku.

   " Maklumlah boyfriend limited edition... " Puan Suhana menambah. Terus aku tayang muka tak puas hati. Ini fitnah!

   " Mana adaa! No. Way. Rose nak cakap something important dengan Carl. Just a minute.. " balasku, membela diri. Tak adanya nak rindu-rindu!

   " Rindu pun important juga... " tiba-tiba abang ketiga aku, Rael Aiden mencelah.

   " Shut up, you merda! " aku membalas. Geram je rasa! Ni ada yang lebam nanti baru tahu! Diorang yang lain apa lagi? Gelak teruks!

   " Carl, pergilah dulu. Nanti tak dapat jumpa meroyan pula Rose ni, meroyan kerinduan. " Ibuku senyum mengusik.

   " Ibu! Ish, tak ada rindu-rindu! Geli! Carl, let's go! "

Carl bangun dan mengikuti aku ke belakang atau kata lainnya, dapur. Setibanya di dapur, aku berhenti di tepi meja makan dan Carl berhenti di hadapan aku. Aku pandang wajah dia, dia pandang wajah aku. Tiba-tiba, aku rasa membahang pula lihat pandangan dia tu.

   " Why silent? Or... It's true that you miss me, hurmm? " dia senyum . Terkedu aku, ditambahkan lagi dengan senyuman dia tu.

   Tulah kau, tiba-tiba senyap je kenapa, Rose?

   " Never and ever! "

   " Really? I guess it's a lie... "

   " Let me remind you, Carlo Leonardo. Do not go anywhere without me with you. Duduk je kat bawah. Lagipun ni bukan majlis kahwin awak pun. Awak tu tetamu tak diundang. And one more thing, do not do bullshit things like declair me as your girlfriend or otherwise. If I got you did something damn like that, you're a dead meat, understand? " serius wajahku ketika berkata-kata.

Tapi yang geramnya, muka dia langsung tak kesah. Selamba je, seolah-olah tahan senyum sebelum dia dengan mengejut mendekati aku perlahan-laham sehingga aku tersandar pada peti ais. Dia menunduk, dan wajah bekunya didekatkan dengan wajahku lalu cermin matanya diturunkan sedikit.

   " Va bene, mia signorina ( Alright, my lady ).  " dan dia senyum herot. Apabila dia mengambil jarak semula dariku, baru nafas dapat ditarik. Dia kembali ke ruang hadapan semula sambil tergeleng-geleng kepalanya. Bahu pula terhinjut-hinjut.

   WHAT?!

   Dia gelak?!

   Dasar mamat beku kuang ajaq!

•°•°•°•
Chap 37, done
Sorry lambat update.
Btw, don't forget to voteee.

Amo Sole Te [ I Love Only You ]Where stories live. Discover now