Kisah Raudah 3

70.7K 236 12
                                    

Selepas waktu pejabat, aku terus menuju ke Hilton KL. Sepeti dijanjikan, aku menungu wanita yang telah ku tempah melalui Ramesh di restorennya. Aku sampai awal 15 minit dari yang dijanjikan, jadi aku hanya memesan jus oren buat ku basahkan tekak. Ketika ini hati ku semakin berdebar-debar. Duit sudah pun ku bank in kan pada accaunt Ramesh. Tidak pernah kubayangkan untuk melakukan dosa besar ini, namun rasa tidak puas hati ku pada takdir jodoh ku membuatkan aku nekad.

Tak sampai 3 kali aku sedut straw pada air minumanku, suara lembut memberi salam dari belakang. Ku toleh ke belakang, terlihat seorang wanita berpurdah berdiri dibelakang ku. Hanya matanya kelihatan. Kelihatan begitu putih sekali kulitnya melalui bahagian yang tidak tertutup dengan kain hitam itu. Aku terpegun.

“Asalamualaikumm..Awak yang deal dengan Ramesh tadikan?” Salam kedua diberi dengan lebih mendayu sebelum meminta kepastian pada ku.

“Waalaikumusalam… Ya.. Ya saya…” Jawab ku tergagap-gagap.

“OK.. Boleh saya duduk?” tanyanya dengan santun.

“Si..silalah..” terasa gagap ku makin menjadi-jadi.

“Awak dah makan?” Soalannya tiba-tiba mengingatkan ku pada Wahida yang sering mengingatkan ku untuk makan selepas balik dari kerja. Ketika itu aku sangat dihargai. Kini 3 bulan soalan sedemikian tidak ditanyakan pada ku. Soalan ringkas dari Raudah itu membuatkan hati ku berbunga-bunga.

“Awak.. saya tanya ni..” Sapa Raudah lagi membuatkan aku tersedar dari lamunan ku.

“Eh.. Sory-sory.. saya belum makan lagi.. tunggu awak la.. kita order makanan ya? Saya belanja..” Jawab ku pula.

“Maaf la awak.. Saya dah makan tadi.. memang tak biasa makan malam.. tapi saya teman awak makan boleh? Saya minum je..” jawabnya lembut. Hatiku benar-benar tertawan. Kelembutannya berkata-kata mencairkan hati ku.

Aku sememangnya agak lapar. Aku hanya memesan sepinggan spagetti untuk mengalas perut ku sedangkan Raudah pula memilih jus buah-buahan campuran untuk diminumnya. Sambil aku kami menanti pesanan kami siap, Raudah bijak mengajak ku bersembang. Sedikit sebanyak aku terasa sedikit relaks. Namun begitu, perbualan lebih memihak kesebelah pihak. Aku lebih banyak bercerita berbandingnya, sedangkan bila aku bertanya hal-hal mengenai latar belakangnya, Raudah bijak mengelak.

Mungkin kerana dia mahu menjaga privasinya, aku menghormatinya. Apa yang lebih penting, aku selesa bercerita dengannya. Setelah makanan ku dihidangkan bersama minumannya, aku mula menjamah makanan ku. Ada juga ku perlawanya untuk turut merasa makanan ku, namun tawaran ku ditolak sopan.

Sekali-sekala kami tetap berbual. Namun terasa sangat comel melihat Raudah menghirup air mengunakan straw dibalik niqabnya. Begitu sopan dan cermat. Aku sendiri tidak pasti kenapa aku tidak pernah merasa sebegini ketika keluar bersama Wahida. Mungkin kerana aku jarang mengamatinya ketika dia makan. Ntah la.

Sesudah makan, kami tetap bersembang-sembang ringan. Terasa gemuruh ku semakin reda. Aku sudah boleh berjenaka bersamanya. Hilai ketawanya yang sopan itu menyenangkan hatiku. Aku seakan lupa tujuan asal ku berjumpa dengannya saat itu. Tiba-tiba perasaan gemuruh ku menyerangku lagi apabila tangannya diletakaan diatas belakang tangan ku.

“Jom..?” ucapan ringkasnya membuatkan jantung ku berdengup laju.

Sisi Gelap Wanita BerhijabTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang