CYKB:21

10K 451 16
                                    

"HAZEL tahu kan, tanggungjawab Hazel sekarang dah jatuh pada Harraz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HAZEL tahu kan, tanggungjawab Hazel sekarang dah jatuh pada Harraz. Apa-apa, Hazel kena tanya suami Hazel. Mom tak boleh nak beri kata putus kalau masalah macam ni." Cuma itu yang Puan Sri Fazura boleh kata selepas Kamilia Hazel meminta izinnya untuk keluar dengan Andra.

Selepas pulang dari klinik, Kamilia Hazel terus meminta izin Puan Sri Fazura untuk benarkan dia keluar tengok wayang dengan Andra.

Alhamdulillah, nasib baik tiada apa-apa implikasi pada tulang belakang mahupun punggungnya. Doktor kata, semuanya okey sahaja. Kamilia Hazel lega mendengarnya.

Nasib baik semuanya okey. kalau tidak... dia akan pastikan Ungku Harraz orang yang harus bertanggungjawab atas kesalahan lelaki itu sendiri.

"Hazel tahu mom. Tapi..."

"Hazel tanya Harraz eh?" Puan Sri Fazura tersenyum selepas menepuk-nepuk belakang tangan Kamilia Hazel yang menggenggam tangannya.

Tapi apakan daya, dia hanya berstatus ibu mentua kepada Kamilia Hazel dan untuk hal-hal begini, bukan menjadi tanggungjawabnya tapi tanggungjawab itu sudah jatuh pada Ungku Harraz.

Kamilia Hazel mengeluh. Dia memandang tingkat atas di mana selepas ini dia akan bersemuka dengan Ungku Harraz untuk meminta izin.

"Oi. Sabtu ni aku keluar dengan Andra," beritahu Kamilia Hazel sambil memandang Ungku Harraz yang sedang membelek telefon di atas katil.

Ungku Harraz terus laju memandang Kamilia Hazel yang duduk di sofa tak jauh dari katilnya.

"Apa?" Ungku Harraz kurang dengar.

"Aku cakap sekali aje," balas Kamilia Hazel.

Ungku Harraz menggelengkan kepala laju.

Sebenarnya dia dengar apa yang Kamilia Hazel cakap tetapi dia minta ulang supaya dia boleh pastikan apa yang dia dengar tu betul atau telinga dia yang ada masalah.

"Keluar dengan mamat poyo tu? Tak boleh," putus Ungku Harraz.

Memang taklah dia nak kasi Kamilia Hazel keluar dengan lelaki. Tak bertamadun langsung.

"Asal tak boleh pulak?" soal Kamilia Hazel sedikit tak puas hati dengan jawapan Ungku Harraz.

Rasanya, dia tak ada minta izin Ungku Harraz pun walaupun sebenarnya memang itulah niat dia pada awal tadi.

"Kau minta izin aku en." Ungku Harraz kembali menatap telefonnya tetapi dalam fikirannya memikirkan Kamilia Hazel dengan Andra Rifzal.

"Ada aku cakap aku nak minta izin?" Kamilia Hazel bertanya sambil mengangkat keningnya.

"Ah, aku still tak benarkan." Ungku Harraz sakit hati.

Apa yang si Andra tu buat sampai dah berani ajak isteri aku keluar bagai?

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now