Azan subuh kedengaran sayup-sayup di hujung kampung. Kokokan ayam seakan sedang menjawab laungan mua'zin yang mengajak umat Islam mengerjakan salah satu rukun yang wajib itu. Namun masih ada manusia yang tidak mengendahkannya. Melayan keseronokan dunia di awal pagi lebih mengujakan daripada melunaskan suruhan Si Pencipta.
"Ayah, dah azan tu." Kartini cuba mencapai jam loceng yang menjerit nyaring di tepi katil. Hanya hujung jari sahaja berjaya menjangkau jam di atas meja. Jam terdiam sendiri kerana terjatuh ke lantai. Tangan yang cuba mendiamkan jam loceng telah dikunci pergerakannya oleh Arsyad.
"Sakitlah ayah..."
"Diam!"
Kedua-dua tangan Kartini dicengkam melekat ke katil. Arsyad belum puas. Dia perlukan 'sarapan pagi' sebelum keluar bekerja sebentar nanti.
"Argh!!!"
"Diamlah! Nanti adik kau dengar."
Agak keras bisikan Arsyad di telinga Kartini. Walaupun Karmila yang berada di bilik lain tidak menyedari apa yang sedang berlaku di bilik kakaknya, namun masih ada insan lain yang sedang menelinga. Siapa lagi kalau bukan Habsah.
Bunyi benda terjatuh di tingkat atas mengejutkan Habsah dari lena. Dalam keadaan mamai tangannya mengagau hingga ke sisi katil. Arsyad tiada di tempat tidur. Serta-merta mata Habsah terbuka luas. Kerusi roda yang sedia terletak di tepi katil ditarik rapat. Bersusah-payah dia bangun mengalihkan tubuh kurusnya ke kerusi roda.
"Abang..." Sengaja Habsah memanggil dengan suara yang kuat.
Perlahan-lahan Habsah menolak kerusi roda. Jam di dinding ditenung sebaik sahaja berjaya keluar dari bilik. Kemudian pandangannya beralih ke mata-mata tangga yang menuju ke tingkat atas.
"Abang..." Habsah memanggil lagi. Masih tiada jawapan. Tayar kerusi roda digenggam kemas. Mahu sahaja dia memijak mata-mata tangga itu untuk melihat anak-anak daranya di tingkat atas. Apakan daya keinginan itu hanya mampu disimpan di dalam hati.
"Kenapa mak?" Karmila menggonyoh-gonyoh mata yang masih mengantuk. Lain ditunggu lain pula yang muncul.
"Err, tak ada apa-apa. Mak nak kejutkan Kak Tini. Mila pergilah mandi. Dah dekat pukul enam ni." Habsah cuba berdalih.
Sebaik sahaja Karmila hilang dari pandangan Habsah ke ruang memasak untuk menjerang air. Dia tak sedap hati. Sudah terlalu lama kecurangan berlaku di depan mata. Rasa berdosa menimbun di dalam hati. Entah bilalah akan muncul keberanian yang luar biasa di dalam dirinya untuk mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh Arsyad? Lelaki itu sudah terlalu jauh tersasar. Kesempatan yang diambil sudah melebihi batas-batas kesabaran Habsah. Namun dia masih tidak berdaya. Bertindak bererti akan memberi kesusahan kepada Kartini untuk menanggung hidupnya pula nanti.
"Mak..." Bahunya disentuh lembut. Saat itu baru Habsah perasan air yang didalam cerek sudah melimpah. Kelam-kabut Habsah memulas kepala paip. Ketika dia sedang terkial-kial menutup cerek air, Kartini mengambil cerek di tangan Habsah lalu ditenggekkan di atas dapur.
"Ayah mana?" tanya Habsah.
Kesat rasa air liur di kerongkong ketika melihat Kartini memetik suis api di dapur. Habsah tak sepatutnya bertanya. Dia memang sedia maklum di mana Arsyad berada ketika ini.
"Mak nak makan apa pagi ni?"
Kartini terus ke peti sejuk. Ikan dan bahan-bahan masakan yang lain dikeluarkan. Bukan dia tak mahu menjawab soalan Habsah tadi. Tak perlu rasanya dia menjawab kerana jawapan yang diberi nanti pasti akan mengundang sebak di hati masing-masing. Kartini sudah lali dengan semua ini. Malah kadang-kadang membangkitkan rasa seronok pula.

YOU ARE READING
SERAKAH
Non-FictionKisah benar seorang bapa yang berhati binatang. Menjadikan nafsu sebagai raja yang memimpin akal fikiran yang waras. Sehinggakan sanggup menjadikan anak kandung sendiri sebagai pemuas nafsu. Isteri yang sakit dan sudah tidak berupaya dijadikan alasa...