01

12.6K 1.6K 538
                                    

Kisstagram-jjk feat bangtan

[Seducer Pilihan] : Kim Taehyung

Innocent Seducer.

------

Sila nyatakan rating anda di penghujung bab

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sila nyatakan rating anda di penghujung bab. ;)

💌

Aku gadis bernama Chae Yoo Min. Tiada lelaki sebagai pelengkap hidup di sisi. Hidup aku hanya berfokus kepada rumah sewa ini dan sebuah telefon pintar yang sememangnya sunyi tanpa sebarang notifikasi.

Khabar angin mengenai aplikasi atas talian baru yang dinamakan 'Kisstagram' benar-benar mencuit hatiku. Tipulah jika aku katakan aku tidak berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Senarai jejaka pilihan hati menjadi tatapan mataku yang nakal. Bibirku mengucap perkataan kagum dengan rupa paras mereka yang sangat kacak.

Dari mana datang aplikasi ini? Tetiba aje nak muncul.

Aku tidak berfikir panjang. Jari telunjuk ku menekan secara bebas mana-mana lelaki yang tersedia.

Ala, cuba je kan. Aku jamin aku tidak berpeluang memandangkan pengunjung aplikasi ini pun sudah mencecah angka juta.

"Mende ah innocent seducer? Tekan je lah. Hihihi."

Saat butang enter ditekan, kelopak mataku terpejam spontan. Hembusan angin yang mendarat di permukaan leher dan wajah memaksa aku untuk melihat semula pemandangan sekeliling.

"Termenung apa lagi Yoon Min? Kita ada baki lagi sejam untuk study bersama. Jangan berangan wahai sahabat."ujar lelaki itu penuh semangat.

Mataku terbeliak luas akibat suasana drastik yang berubah. Aku syak aplikasi ini pasti ada kuasa magis.

Asalnya aku ada di bilik, sekarang aku berada di perpustakaan bersama longgokan buku di meja.

Wajah lelaki yang begitu mirip dengan innocent seducer yang aku pilih wujud di hadapan mata.

"K-kim Taehyung?"

---

Kim Taehyung tergelak kecil apabila namanya diseru oleh Chae Yoo Min. Gadis keliru itu belum dapat menafsir jelas keadaan yang berlaku di sekelilingnya.

Yoo Min berpura-pura membaca buku tatkala mata mereka berdua bertemu. Taehyung bangun serta-merta dari tempat duduk. Matanya menghantar isyarat agar gadis itu mengikutinya.

"Jom...kita cari buku bersama?"

---
Bau-bau buku menarik minat aku untuk ikuti jejak langkah kaki Taehyung untuk mencari buku.

Apa sahaja kejutan yang akan diberi olehnya sebentar lagi menyebabkan hati aku bertambah resah.

Aku tertanya-tanya keistimewaan yang dimiliki oleh Kim Taehyung.

Muka suci, nerd dan kacak. Pakej lengkap dengan fizikal yang menggoda.

Belum sempat aku mengagumi keindahan setiap inci wajah lelaki tersebut, dia menarik tanganku untuk masuk ke dalam rak buku yang terselindung.

"Buku atau aku yang kau pilih?"soalnya dalam nada suara serak.

Kau tawarkan aku dua pilihan yang sukar wahai lelaki penggoda.

"B-buku?"ujarku sekadar bergurau. Mata Taehyung berubah riak. Anak mata sucinya bertukar nakal.

Bahuku ditariknya lembut sehingga batang hidung kami sama-sama bertemu.

"Pilihan yang kurang bijak Yoo Min."

Hampir bibir aku dan dia bersatu. Aku meletakkan sebuah buku sebagai penghadang. Debaran yang menggila di dada memaksa aku untuk mengelak serangan lelaki ini.

"Uh huh, Yoo Min comel lah. Takpe aku mengusik je tadi. Aku dah jumpa buku yang aku nak. Marilah pulang ke meja belajar semula."

Hati aku mengucap perkataan lega kerana ayat balasan yang diberi oleh Kim Taehyung.

Baru beberapa tapak kaki aku beredar dari rak buku tersebut, pinggangku dirangkul pantas oleh seseorang dari arah belakang.

Tubuh badanku ditolak rapat ke rak buku. Jari telunjuknya diletakkan di bibir aku.

"Siapa benarkan Yoo Min lari macam tu aje?"

Cermin mata besar ditanggalkannya. Wajah Taehyung memberi gambaran kepada aku tentang sesuatu.

"Dah kenyang dengan buku. Kali ini, kenyang dengan kasih sayang juga."

Buku-buku yang berada di dalam genggaman tangannya jatuh bertaburan di atas lantai. Bibir Taehyung mendarat di bibirku tanpa sebarang izin.

Oh patutlah dia digelar si penggoda yang inesen. Luarannya nerd, dalamannya dia simpan si daddy.

-TBC-

A/N:

Omg.hahahahahahahaah.

Bab pertama agak panjang disebabkan ianya baru permulaan cerita. Bab selepas ini pendek seperti biasa.

Cerita ini hanya sekadar percubaan. Saya cuba dahulu teruskan.

---

Rating untuk si

Innocent Seducer ?

🏊


[C] Kisstagram | BTSWhere stories live. Discover now