Part 5 - Bau manis

3.4K 334 17
                                                  

Dia menghempas beg baju ke lantai tanda protes. Badannya dilayangkan ke atas tilam yang menjadi tempat dia beradu sejak kecil. Hilang segala mood untuk bergembira di hujung minggu. Tak sampai 10 minit dia berada di teratak kayu itu, terus kena 'serang' dek ibu saudaranya. Menyesal pula rasanya balik kampung. Hasratnya untuk melepaskan rindu kepada ayah tercinta retak seribu apabila disoal tentang bakal suami.

Faiha Jannah nama diberi. Seorang gadis yang dibesarkan oleh ayahnya sejak pemergian ibu tersayang. Hasil didikan seorang lelaki yang sabar dan tabah, dia akhirnya menjadi seorang gadis yang lemah lembut dan akur dengan kata orang tua.

Selama ini dia hanya mengikut rentak yang dimainkan oleh keluarganya. Terutama sekali Mak Long Jah, iaitu kakak kandung kepada ayahnya. Pernah dahulu dia hampir dijodohkan dengan Zahim, sepupu lelaki yang sebaya dengannya. Mujur saja Zahim sudah mempunyai pilihan sendiri dan mereka sudah pun selamat bernikah tahun lepas. Kini, perkara sama berulang kembali. Tetapi, kali ini dia perlu berdepan dengan perkara ini seorang diri.

Selendang merah jambu yang dililit di kepala masih belum ditanggalkan. Habis berkedut akibat dihenyak oleh tubuh itu. Siling bilik yang beratapkan zink direnung lama bersama hati yang bercampur baur. Banyak benda bermain di fikirannya tatkala ini.

Dia buntu. Sama ada mahu ikutkan hati atau mahu ikutkan saja kata ibu saudaranya. Selama ini Mak Long Jah banyak membantu ayah untuk membesarkannya dan adiknya. Dari segi makan pakai dan lain-lain. Mak Long Jah tak pernah berkira. Dia tahu Mak Long Jah inginkan yang terbaik buatnya. Semua calon yang dicari mesti berlatar belakangkan agama. Sesuai dengan Faiha Jannah yang bergelar ustazah.

Faiha Jannah bukanlah seorang gadis yang baran dan pemarah. Apatah lagi mahu melawan kehendak orang yang dia sayang. Sejak kecil lagi dia diajar untuk bersifat sopan santun dan mendengar kata meskipun dibesarkan oleh seorang ayah tanpa ibu tercinta. Dia tak tahu cara untuk memberontak kerana selama ini dia hanya ikutkan saja kata mereka.

Dia tahu, mereka mahukan yang terbaik buatnya. Tetapi, ini bukan caranya. Dia tahu yang mana yang baik dan yang buruk.

Bertambah panas hatinya apabila keputusannya dipersoalkan. Dia ada hak untuk memilih pasangan hidup. Dia tidak mahu mengahwini lelaki pilihan keluarga !

Ini bukan lagi zaman dulu kala. Perlu berkahwin atas pilihan keluarga. Sekarang ni semuanya sudah moden. Pemikiran juga haruslah seiring dengan pemodenan teknologi yang pesat membangun.

Dia tidak mahu dikahwinkan dengan lelaki itu. Lelaki bergelar ustaz di kampungnya. Lagipun lelaki itu sudah beristeri. Cuma isterinya disahkan mandul dan tidak dapat memberikan zuriat. Dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki seperti itu. Habis madu sepah dibuang ! Dasar lelaki tak guna.

Faiha tidak mahu menjadi orang ketiga dalam perkahwinan orang lain. Dia sanggup menjadi anak dara tua daripada merampas kebahagiaan mereka.

Dia tak faham. Dan tak akan pernah faham. Sudah terang terangan Ustaz Akil itu sudah beristeri, lagi mahu jodohkan dia dengan lelaki itu. Isteri Ustaz Akil itu terlalu baik orangnya. Sampaikan dia sendiri tak sanggup melihat air mata wanita itu jatuh kerananya.

Masih terngiang-ngiang kata-kata ibu saudaranya itu sebentar tadi.

"Kenapa Faa tolak lamaran Ustaz Akil lagi. Kesian tau Mak Long tengok dia. Dah masuk kali ketiga dia hantar rombongan meminang tau.. Faa tak kesian ke kat dia ?"

Mak Long tak pernah faham dan tak akan pernah faham. Ayah tak pernah memaksa untuk terima lelaki itu. Kenapa Mak Long yang melebih-lebih. Ini soal masa depannya. Yang menanggung nanti dia, bukannya Mak Long.

Faiha bukannya memberi harapan palsu. Sudah terang- terangan dia mengatakan TIDAK ! Tetapi, lelaki itu tetap tak faham. Katanya akan bersikap adil terhadap keduanya selepas berkahwin. Ditambah lagi berpoligami itu sunnah. Dan pelbagai lagi kata manis dan janji dilemparkan untuk memikat hati Faiha Jannah.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now