Prologue

2K 129 28
                                        

Batu-batu yang dibaling oleh kanak-kanak sebayanya itu telah menyebabkan badannya luka dan berdarah. Tubuhnya penuh parut dan lebam yang masih ungu. Dia berjalan dengan lemah ke arah gua yang tidak jauh dari kampung tempat tinggalnya. Gua yang kini menjadi rumah baru buatnya.

Penduduk kampung telah menghalaunya keluar. Orang dewasa memukulnya tanpa sebab. Seolah-olah sengaja mahu melepaskan geram. Dia yang malang menjadi tempat melempias kan amarah semua orang. Tangannya dipandang sayu. Kukunya semua telah dicabut.Masih berdarah. Kuku kakinya juga dipotong dan dicabut oleh penduduk kampung. Tak apa, akan tumbuh semula juga nanti.

Mereka menderanya dengan sangat kejam. Rambutnya yang panjang melepasi bahu itu kelihatan kusut dan serabut. Daun kering melekat di celah rambutnya. Langit Diyu yang sentiasa malam itu direnung tanpa sebarang perasaan. Gelap gelita. Cuma ada cahaya-cahaya kecil yang sekali sekala datang menerangi.

Sakit? Dia sudah tidak merasakan semua itu. Dia sudah biasa. Sejak bila dia diseksa begitu? Dia sudah lupa. Semuanya bagai telah sebati dengan kehidupan. Gua kecil itu menjadi tempat pelindung setianya. Siapa dirinya? Dia tidak tahu. Sehingga kini menjadi tanda tanya.

Kenapa dia dilahirkan? Siapa ibubapanya? Apa namanya? Tak tahu. Dia tak tahu. Tapi semua penduduk kampung memanggilnya sebagai Shen An Luan, yang memberi makna 'dalam kekacauan'. Seperti hidupnya, penuh kacau dan malapetaka.

Namun begitu, anak-anak di kampung itu turut menggelarkannya sebagai Hei Long. Naga hitam. Dia tak pasti mengapa mereka memanggilnya begitu. Ejekan? Entah la. Tapi sebodoh-bodoh dia yang tidak pernah menerima pendidikan itu juga tahu tentang naga.

Di Dunia Kegelapan, antara mahkluk yang mendiami adalah naga dan disimbolkan sebagai pembawa malapetaka kepada penduduk Diyu. Ini kerana naga asalnya dari kayangan dan salah satu dari magical beasts. Naga dikatakan mempunyai kuasa suci yang boleh menghapuskan penduduk Diyu.

Bagi penduduk Diyu, jika mereka digelar naga maka ianya adalah satu penghinaan. Dia yang digelar Hei Long sejak kecil telah terbiasa dengan  penghinaan itu. Baginya, Hei Long sudah menjadi seperti nama buatnya. Sudah lali didengar. Sudah tidak ada sebarang perasaan.

Sedang dia berteduh di dalam guanya, matanya terpandang akan seorang lelaki yang sangat cantik. Macam patung yang diukir sempurna. Bagai semua kasih sayang dan cinta telah dicurahkan hanya untuk lelaki tersebut. Rupanya membuatkan semua orang terpaku. Sayapnya dikibaskan saat dia terbang turun dari langit.

Dia hanya memerhati. Lelaki itu mendarat berhampiran dengan gua tempat dia berteduh. Saat itu, dia dapat melihat lebih jelas wajah si lelaki. Pada kepalanya, ada dua tanduk kecil namun sedikit pun tidak mencacatkan rupanya yang elok lagi sempurna. Bajunya yang berwarna ungu pekat itu sangat menarik pandangan mata.

Di Diyu, cuma ada seorang saja yang akan kelihatan begitu cantik dengan tanduk di kepala. Pakaian berwarna ungu gelap itu, cuma seorang saja yang memakainya dengan begitu bergaya. Demon Lord, Lan Zhong Yi. Mulutnya sedikit terbuka apabila menyedari tentang identiti lelaki tersebut.

Apa yang pemerintah Dunia Kegelapan buat di kampung terpencil macam ni? Untuk apa?

Lan Zhong Yi mengeluarkan sesuatu dari dalam poket bajunya. Sehelai bulu pelepah hitam. Dia mendarat disitu pun adalah kerana dia mendapat sedikit respons daripada bulu pelepah yang telah lama diam umpama sudah lama mati. Perlahan-lahan bulu itu terapung dan terbang ke arah si kecil di dalam gua sebelum mendarat di atas hidungnya.

"Achoo!!" dia terbersin.

Bulu pelepah tadi terapung dan seketika kemudian hilang meresap ke dalam tubuhnya. Lan Zhong Yi memandang ke arah di mana bulu pelepah tadi menghilang. Anak kecil di dalam gua itu dipandang dengan wajah yang tidak ada sebarang reaksi. Kakinya melangkah mendekati si kecil. Untuk fikir budak kecil yang comot itu adalah orang yang dia cari selama ini, tak masuk akal betul.

"Demon Lord?" soal si kecil sebelum cepat-cepat melutut dan menyembah ke atas tanah.

"Bangun, anakku." ujar Zhong Yi dengan mendatar tanpa intonasi. Semua orang sudah biasa dengan pemerintah Diyu yang berupa patung bernyawa itu.

Lantas si kecil terus menurut arahan. Dia bangun dari terus menyembah di atas tanah namun kakinya masih terus melutut.

"Heilong, bangun." sekali lagi Zhong Yi memberikan arahan.

Heilong. Pemerintah Diyu itu turut memanggilnya Heilong.

"Kenapa? Kau patut berbangga kerana kau adalah dari golongan naga, mahkluk yang suci. Naga dikatakan sudah pupus, tapi untuk fikir akan ada yang muncul selepas berjuta tahun.." Zhong Yi bersuara apabila perasan akan riak wajah si kecil yang nampak kecewa.

"Naga? Tapi semua orang tak sukakan naga." dia mencebik.

"Dah tentu. Kerana makhluk Diyu sangat takut dengan naga yang suci. Bagi mereka kau boleh bunuh mereka bila-bila masa saja." balas Zhong Yi.

"Kenapa? Kita tak mahu bunuh sesiapa." Heilong masih berasa sedih.

Zhong Yi tak pandai pujuk. Dia yang tidak punya perasaan macam orang lain tidak faham kenapa naga kecil itu berasa sedih. Tapi satu perkara dia faham adalah si kecil tidak boleh terus tinggal di gua itu.

"Mari, ikut aku balik." ajak Zhong Yi sambil menghulurkan tangan.

"Eh?" Heilong terkejut.

"Tak mahu?" Zhong Yi masih menanti tangannya disambut.

"Nak!" Heilong lantas tersenyum. Dia tak pasti kenapa pemerintah Diyu itu mahu membawanya pulang namun dia gembira. Sangat gembira. Tangan yang dihulur itu dicapai oleh tangannya yang halus.

Zhong Yi kemudiannya membawa naga kecil itu terbang menuju ke istananya.

"Ah.. XiHua mesti mengamuk lagi bila aku buat sesuatu tanpa pengetahuan dia.." rungut Zhong Yi di tengah jalan.

Heilong di dalam dukungannya itu telah pun tertidur lena.

*********************************

Author's note:

Hello readers! Author's here.. Thanks for reading. This is going to be the last book for this series. (^O^)/

The Demon Hunter (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang