𝟐 - 𝐁𝐫𝐚𝐧𝐝 𝐍𝐞𝐰 𝐌𝐞

674 122 50
                                    

Agaknya, semua watak-watak dalam permainan video ni kacak bergaya dan cantik sangat ke?

MELISSA kembali semula di bilik yang tadinya dipenuhi oleh orang-orang yang tidak dikenali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MELISSA kembali semula di bilik yang tadinya dipenuhi oleh orang-orang yang tidak dikenali.

Tetapi yang peliknya hanya tinggal seorang lelaki kacak berketinggian dalam seratus tujuh puluh sentimeter yang berpakaian seperti seorang butler.

Umurnya dalam lingkungan lapan belas tahun itu berdiri di penjuru katil bersaiz Queen miliknya.

"Cik muda Veronica sudah bangun? Baguslah kalau begitu. Pemeriksaan yang doktor jalankan ke atas Cik muda menunjukkan reaksi positif.Hati saya kini lega bila cik muda sudah mula sedarkan diri "

Butler misteri tersebut melemparkan senyuman manis kepada Melissa.

Agak terpaku Melissa dibuatnya melihat senyuman yang indah di berikan kepadanya.

Melissa hanya mengangguk perlahan. Senyuman butler yang menjaganya sedari tadi di balas dengan janggal.

Pelik bila seseorang memanggilnya dengan panggilan 'cik muda' kerana selama ini dia cumalah gadis yang biasa-biasa.

Oh terlupa, dia sekarang ini merupakan Veronica Ivern. Puteri tunggal di kediaman Marquis Ivern III. Sebetulnya, dia perlu biasakan dirinya dengan panggilan 'cik muda' mulai saat ini. Tekadnya.

Supaya nanti dirinya tidak terasa canggung bila tiba-tiba dipanggil sebagai cik muda.

Tidak mahu kalau rahsia besarnya terbongkar yang dia sebenarnya bukan 'Veronica' tetapi Melissa. Perlu dia pastikan bahawa segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Seingatnya, butler yang berdiri di hadapannya merupakan butler peribadi 'Veronica' yang menjaga segala hal berkaitan dirinya.

Ingatan Melissa semasa dia bermain permainan video itu ada memberitahu profile nama-nama watak utama sehingga watak sampingan.

Tidak syak lagi, nama butler tersebut merupakan Charlie Treven .

'No wonder, I seems likes I've seen him somewhere', getusnya dalam hati.

Wajah lelaki muda yang mulai matang dihiasi sepasang mata berwarna biru cerah yang terpancar sinar kelembutan tatkala memandang Veronica seperti sang abang yang memandang adiknya.

Warna rambutnya hitam seperti arang.Rambut depannya yang kelihatan panjang sedikit menutupi kedua-dua belah matanya.

Agaknya, semua watak-watak dalam permainan video ni kacak bergaya dan cantik sangat ke? Ia merupakan sebuah kejutan budaya buat Melissa.

Ways To Survive As A Villainess[OG]Where stories live. Discover now