Dalam bilik aku tak ada siling okey? Tak ada kelas! Aku pasang tingkap lutsinar guna duit aku sendiri.

Bintang yang bertaburan di dada langit malam ini benar-benar menghangatkan hatiku. Tangan kanan dibawa ke belakang kepala membuatkan aku separuh terdongak.

I miss you.

"Arghhh!"

Aku mendengus kasar. Drama apa pulak dia buat malam-malam ni? Aku tidak mengendahkan jeritannya lalu menyambung anganku.

"Mama! Oh my God, apa dah jadi ni?! Mama! Wake up, ma!"

Oh, orang putih sungguh dia kejutkan mak dia.

Wait, kejutkan?!

It's hell. Tunggu la Alex anak dia main ketuk-ketuk ramadan dekat pintu bilik kau.

Tok! Tok! Tok!

Gila ganas! Tu pintu aku la oi!

"Alex! Alex! Alex! Apa kau buat dengan mak aku hah?!"

"Kau keluar sekarang Alex! Keluar!"

Huh, drama swasta episod 1000 dah kembali malam ni.

×××

"Helena."

Elena mengangkat wajah dari membelek fail syarikat. Wajah Izmeer terpampang di muka pintu pejabat peribadinya.

"Oh Meer, have a seat." Izmeer melangkah masuk lalu duduk di hadapan Elena.

"What brings you here, bro?" Fail-fail yang menimbun disusun rapi.

"Hun,"

Tangan Elena yang ligat bergerak menyusun fail terus terhenti. Nafas dhela perlahan.

"Shoot, Meer." Duduknya dibetulkan. Shawl yang dirasakan sedikit berkedut turut dibetulkan.

"Kau nak buat apa dengan budak tu?"

"You mean, Hairi?"

Izmeer mengangguk. Elena merengus perlahan.

"Aku nak tau, kenapa BD hantar dia untuk stalk aku. Aku tak rasa kali ni dia main-main. He wants to play with me."

Izmeer menyandarkan tubuhnya ke belakang kerusi. Mata kelabunya masih tajam menatap mata biru laut milik Elena.

"Maksud kau?"

"Dia nak satu nyawa daripada aku. Tapi, aku tak pasti dia nak nyawa siapa."

Elena berdiri lalu berjalan di sekitar pejabatnya. Dia berhenti di hadapan satu frame gambar. Frame itu dicapai.

"Dia tau pasal Alex?"

Dug.

Jantung Elena bagai terhenti seketika saat nama Alex disebut oleh Izmeer. Frame di tangan diteliti. Tulisan kecil di hujung gambar dibaca.

'My only one son, Alexander Nuhayl.'

"Dia tak boleh tau, Meer. He's in dangerous kalau dia tau yang anak Ian Hanafi masih hidup lepas 20 tahun dia bunuh uncle. Dia tak boleh tau." ujar Elena sambil menggenggam erat hujung frame tersebut.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now