ai

1.6K 201 18
                                    


aku duduk di halaman rumahku untuk menunggu kepulangan namjoon dari sekolah .

lepas sahaja aku sampai ke rumah , aku bergegas pergi bilik dan tukar baju . aku ambil telefon ku dan berlari turun menuju ke halaman rumah .

" hoi tunggu siapa ? " aku mengurut dadaku . tak guna punya abang . buat aku terkejut je , aku hanya mengendahkan si yoongi .

yoongi duduk di sebelahku . aku memandangnya kemudian aku jeling . benci betul , sebab dia lah aku gaduh dengan namjoon pagi tadi . hmph !

" kau kenapa ? nak aku cucuk mata kau ? jeling-jeling . jadi juling aku tak tahu eh " ppak . bahu yoongi aku pukul . eyy geram betul aku .

" kau ah ni ! tengok aku dah gaduh dengan namjoon " aku memuncungkan bibir . yoongi pandang aku dengan muka kau-asal-bodo-aku-geli-tengok-muncung-kau

" eh aku pula . mungkin dia merajuk dengan kau tak ? yelah semalam aku nampak dia balik rumah muka masam je "

" eh serious ke ? lepastu ? " aku tertarik dengan cerita yoongi ni . mana tahu aku dapat maklumat serba sedikit kenapa dengan namjoon tu .

" aku tanya mana kau sebab kau kata nak lepak dengan dia " hmm itu betul .

" then dia cakap , kau dating dengan seokjin . so dia balik ah malas nak kacau . message dia pun kau tak reply kan ? " aku dating dengan seokjin ? hell no , dia tu kawan aku je . eyy siot punya namjoon

" sooooo kau dengan seokjin hm bercinta ke ? "

" wei mana ada . aku mana ada apa apa dengan dia . namjoon tu memandai je " aku pukul bahu yoongi sekali lagi . yoongi pandang aku dengan padangan yang tidak puas hati .

" jadi kenapa namjoon cakap seokjin lamar kau ? kau kata lamaran dia gempak lagi "

" eh fikir kalau lamaran dia gempak sekali pun aku kena terima lah ? lagipun aku dengan dia kawan je pun . aku mana suka dia . aku reject okay lamaran dia "

" kau tak bagitahu dia kenapa ? "

" kredit aku habis . heeee share kredit " aku peluk tangan yoongi sambil mata ku di kedip kedipkan beberapa kali .

" eyuw . no way . k bye . kau pujuk lah namjoon tu eh , aku nak tidur " yoongi tolak kepalaku ke belakang dan tarik tangan aku yang sedang memeluk tangannya

" yoongi tak guna "

jadi , mungkin namjoon marah kat aku sebab tak reply message dia . hmph itu pun nak marah .

akhirnya aku nampak namjoon . dengan pantas aku belari ke arahnya dan berdiri di hadapan namjoon . namjoon tersentak dan menjeling aku .

" kau kenapa ni gemuk ? aku terkejut lah bongok " kepalaku di ketuk perlahan . aku tersengih . tangannya aku peluk dan bawanya menuju ke taman .

" eh aku nak balik lah " dia cuba tarik tangannya . aku peluk dengan erat lagi . jangan fikit kau tinggi lampai , kau kuat ? no okay .

" dengar sini lah gila aku nak cakap apa " aku cubit pinggangnya . namjoon mengerang kesakitan . ha tahu sakit , hati aku lagi sakit bila kau tak nak layan aku . rasakan

❝ soulmate ❞ joon ; ✔Where stories live. Discover now