BAB 25 🗻

5.7K 130 3
                                    

baru saja tadi ia menerima panggilan syhera mengatakan dia di rumah dan baik baik sahaja .

Siapa yang culik syhera ? Kalau betul dia nak syhera , kenapa dia tak bawak lari je bini aku tu .

Danish menghubungi orang buahnya untuk mencari siapa yang berani menculik syhera .

" hello . Aku nak kau cari siapa yang jemput syhera tadi ".

Setelah habis memberi kerja , danish menyambung pemanduannya .

" Takda siapa yang boleh bocorkan rahsia aku , dan rancangan aku yang bodoh tu , aku akan cari kau sampai dapat . Kau dah masuk campur urusan aku "

...............

Danish balik dan saat ia keluar dari kereta . Dia melihat syhera yang sedang tersenyum manis menunggunya di hadapan pintu .

Senyuman itu sama seperti senyuman Aria , setiap dia pulang dari kerja . Mesti Aria akan menunggunya di hadapan rumah untuk makan malam bersama bibik dan menjemputnya masuk dengan senyuman itu .

Kenapa semua ini sama , semua mirip .lupakan danish ! Dia adalah adik kepada Aria .

Danish berjalan ke arah syhera .syhera mengambil tangan danish disalamnya lalu diciumnya .

" maaf sebab buat nish risau , syhera patutnya lebih hati hati dan kenal anak buah abang dengan baik " .syhera minta maaf ".

" tiada apa yang lebih penting selain syhera balik dengan selamat . Nish takut sangat .nish pikir syhera nak tinggalkan nish .janji dengan nish tau jangan tinggalkan nish lagi ".

" syhera janji ".- kata syehra lalu mereka berpelukan masuk ke rumah .

...........

Makan malam berjalan lancar sahaja tanpa ada apa apa percakapan , hanya bunyi sudu sahaja yang berlaga dengan pinggan .

Setelah selesai makan malam . Syhera duduk di luar sambil termenung memikirkan kata kata lelaki yang cuba menculiknya tadi .

Benar aku mengenali Aria Syahirah . Tapi aku tidak tahu seperti apa wajahnya .danish pula hanya menceritakan tentang Aria Syahirah tanpa memberi tunjuk seperti apa wajah arwah Aria .

Sebab apa danish bersungguh sungguh ingin menjadikan dia isteri , mesti ade sebab dan ada kaitan dengan arwah aria . Sejak berkahwin dengan danish . Danish banyak berubah dan apa yang dia buat semua ikhlas tanpa sebarang lakonan .perlu ke tanya nish ?

Apabila syhera bangun ia terkejut danish berada di belakangnya .

" sayang nak pergi mana ? Macam kelam kabut je .ok tak ni ?.

Apa dia panggil aku sayang ke ? Aku tak pekak lah .please lah berhenti jadi romantik , aku ni dahlah jenis cepat cair .

" nish datang dari mana ? Tiba tiba je ada kat belakang ! Macam jembalang dah ".

" datang dari hati sayang lah , sekarang mesti pikirkan nish kan ,sebabtu nish muncul ."

" perasaan je awak ni " .

" jangan marah"

.................

Karlisa P.O.V

" so perempuan tu taktahu apa apa pasal Aria Syahirah lah."

" dia cuma tahu pasal nama dengan hanya digelar bekas kekasih danish raykal sahaja ."

" ouh so dia takpernah nampak wajah aria lah " .

" yer Cik Merlisa , kami dah tanya dia tadi , dia hanya tahu nama sahaja " .

" bodohlah danish tu , dulu nak kakak dia , sekarang nak adik pulak , macam takde perempuan lain je ".

....................

DANISH P.OV.

Kenapa syhera tiba tiba nak sangat tengok gambar Aria Syahirah ni , sebelum ni okeyh je . Nasib aku dah letak semua gambar Aria bersamanya di bilik larangan itu .

Flashback .

" kenapa susah sangat nak tunjuk gambar Aria Syahirah " ada apa dengan dia sampai nish tak bagi syhera tengok ".

" kita tak perlu gaduh pasal orang yang dah tak ada , Aria Syahirah hanya kisah silam nish , dan itu hak nish sama ada nak tunjuk ke tak wajah Aria Syahirah " .

" tapi syhera pun ade hak untuk ambil tahu pasal Aria Syahirah " ..

" Tak !! Syhera tiada hak untuk ambil tahu semua hal berkaitan Aria Syahirah " .

" okey kalau macam tu !!! Nish pun tiada hak untuk ambil tahu semua pasal Syhera ".

" syhera isteri Nish dan nish ada hak untuk tau..."

" No!! Kalau syhera takde hak nak tahu pasal arwah aria , nish pun takda hak nak tahu pasal syhera " .

Danish duduk di kerusinya , dan memicit dahinya , kenapalah Syhera nak sangat tengok wajah Aria , memang dia berhak tahu sebab itu adalah kakaknya , tapi belum masanya lagi . Dan semalam adalah pergaduhan besar bagi mereka berdua.

Mylove Syahera [C]Where stories live. Discover now