Bab 14

1.9K 43 4

Semilir mula menyapa lembut pipinya, rambut yang terjuntai di wajahnya diselitkan di tepi telinga. Pelbagai perasaan bercampur ketika ini. Kata-kata Adrian masih lagi berlegar di fikirannya. Sampai bila suaminya ingin berdendam dengan orang tuanya. Sebagai seorang isteri, dia perlu berbuat sesuatu, tapi jika suaminya masih berkeras, semua tidak ada guna.

Nadine melepaskan satu keluhan yang berat, dia melangkah setapak ke balkoni bilkinya namun langkahnya terhenti apabila ada tangan yang memeluk pinggangnya. Kehangatan tubuh dan bau dari orang yang memeluknya membuatkan dia tahu siapa orangnya.

" Sayang.. apa sayang buat di luar sejuk-sejuk ni? " Pelukan di pinggang isterinya dieratkan seperti tidak mahu dilepaskan. Bau rambut isterinya membuatkan dia terleka seketika.

" Sayang I'm sorry pasal tadi. Abang tak bermaksud nak tinggikan suara pada sayang. Abang tak boleh. I'm hurt. Abang kecewa dengan papa dan mama. Abang tak sangka selama ni mereka hanya anggap abang sebagai alat. " Nadine sedikit terkejut. Setitik air mata jatuh di bahu kanan Nadine. Tahulah Nadine bahawa Adrian menangis. Jarang sungguh Adrian menangis dihadapannya. Nadine memusingkan badannya menghadap Adrian. Adrian masih menunduk dengan air mata yang masih mengalir di pipi.

" Adrian..." Adrian tahu isterinya terasa dengan jawapan yang diberikan olehnya. Kerana inilah dia rasa sungguh bersalah.

Flashback

" Abang.. sayang nak jenguk mama boleh tak ?" dengan mimik muka yang dicomelkan. Nadine meminta izin untuk melawat mentuanya. Haraplah Adrian terpujuk dan benarkan dia jenguk mama dan papa. Yalah selama mereka kahwin, belum pernah lagi mereka ke rumah agam itu.

" No!.. buat apa sayang nak ke sana. They're not my parents anymore. Abang tak izinkan. " Tegas suara Adrian melarang Nadine menjenguk kedua orang tuanya. No! they're not my parents. I hate them!

" Abang.. sampai bila abang nak keraskan hati abang tak nak maafkan mama dengan papa?.. Lagipun mama dengan papa dah minta maaf. They deserve to be forgiven. Can you lower the ego? try to look at the good side of them. Mereka yang membesarkan abang sampai berjaya macam ni even they have own plan. But abang.."

" Stop Nadine.. Abang tak nak dengar awak bela mereka. They're a too much! dan awak tak ada hak nak masuk campur urusan ni. I can handle it. Tak payah nak tunjuk baik nak pulihkan hubungan ni. Between me and them, the end! remember that!.." Adrian meraup rambutnya ke belakang. Tanpa sedar kata-katanya tadi telah telah mengguris hati Nadine. Apa? Tak ada hak?.. Seriously Adrian? Seriously?

" Seriously abang? saya tak ada hak?... so apa gunanya saya sebagai isteri? Ohh I know, saya hanya tempat awak lepaskan nafsu ke, macam perempuan simpanan yang tak layak! Kalau itu yang awak nak, fine.. saya takkan masuk campur urusan awak lagi. Yahh awak dah besar. Setakat nasihat saya ni tak ada guna untuk awak. " Nadine mengelap air mata yang mengalir di pipi dan berlalu naik ke atas. Kecewa, sedih dan marah, itulah perasaannya ketika itu. Suami sendiri tidak mengaku haknya sebagai isteri? I can't believe. Huhh!

" Sayang " Adrian tidak sempat menghalang tangan Nadine dari terus berlalu. Dia seakan baru tersedar dengan kata-katanya sebentar tadi. Ya Allah! apa yang dah aku buat ni.... Isterinya pasti terluka dengan kata-katanya yang tidak suka Nadine masuk campur urusannya sedangkan Nadine isterinya.

End flashback

" Adrian, look at me..." Kedua tangan Nadine mengelap sisa air mata di pipi Adrian. Sepasang anak mata yang dipayungi alis lentik itu direnung lagi. Adrian membalas pandangan isterinya. Sungguh cantik ciptaaNya. Kenapa aku masih ingin membuatnya menangis, kecewa?

The beauty of woman must been seen from her eyes, because that is the doorway to her heart, the place where we love resides. - Audrey Heprun

" I'm sorry. Abang tak bersedia lagi nak berhadapan dengan mereka. Bagi abang masa, bila semua dah okay abang sendiri akan datang pada mereka. " rayu Adrian cuba untuk meminta pengertian dari Nadine.

" Sampai bila? sampai abang dah tak boleh melihat mereka lagi di dunia ni?.. Abang, sayang tak nak abang menyesal nanti. Kita taktau bila ajal akan menjemput mereka." Adrian meraih tangannya dan kemudian digenggam erat.

" Yahh I know. Bagi abang sikit masa lagi. I promise abang akan pulihkan keadaan. " jelas Adrian. Ya dia perlu pulihkan keadaan ini secepat mungkin. Dia taknak ada yang terseksa walaupun sebenarnya dia sungguh rindu akan kedua orang tuanya.

" Promise.. janji dengan sayang yang abang akan maafkan papa dengan mama?.." Nadine mengeluarkan jari kelingking tanda supaya Adrian berjanji dengannya.

" Yahh abang janji sayang. Abang janji.." Selepas itu, dia dapat merasakan Adrian menariknya ke dalam pelukan. Kehangatan tubuh suaminya itu membuatkan dia berasa selesa dan selamat.

------------------

Dari jauh, aku sudah Nampak kelibat seorang perempuan, atau dipanggil Fedeylen. Lambat-lambat aku melangkah memasuki kedai makan tempat yang dijanjikan olehnya. Entah apa yang diinginkan oleh perempuan itu. Jangan nak rampas laki aku sudah. Kalau betullah, aku sanggup nak bertampar-tamparan. Ek ?

Semakian dekat dengan tempat duduk wanita itu, aku dapat lihat mukanya yang angkuh, baju memang brand betul but kalau macam ni baik tak payah pakai baju. Terdedah sana, terdedah sini. Ya Allah! akhir zaman...

" Ehem.. Assalamualaikum.." aku memberi segaris senyuman kepadanya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

" Tak payah nak bersalam bagai. Sit! I nak discuss something dengan you. Jangan buang masa I."

Dia menjelingku tajam sambil berpeluk tubuh, huluranku langsung tidak disambut. Sombong gila perempuan ni! Wait! Dia kata apa? Jangan buang masa dia? Hello miss, siapa yang ajak siapa jumpa ni sebenarnya?.. Sakitnya hati!

" Okay, straight to the point. I nak you minta cerai kat Adrian. You tak layak untuk Ad. "

Woo, ni dah terlampau straight to the point betul. Dia nak aku minta cerai? Heh! Jangan harap.

" Wait, Miss. Apa hak awak nak suruh saya cerai dengan Ian? And who you are?." aku membalas pandangan tajamnya terhadap aku. Nak kisah apa. Dia tersenyum sinis.

" Hey perempuan kampung! you tau tak yang you ni tak layak nak bergandingan dengan Ad. Sebab? Sebab Ad memang tak suka. For your information, I'm Fedeylen Binti Dato' Akbar. Adrian's ex. "

Ekk! aku terkelu seketika. Bekas teman wanita Adrian?

" So I nak you jauhkan diri dari Ad or minta cerai dengan dia. As soon as posibbe. Kalau tak you tau apa yang I akan buat. I sanggup buat apa untuk dapatkan Ad. Take a noted. " Selepas melepaskan kata-kata itu, Fedeylen berlalu.

Tanpaku sedar, setitik air mataku jatuh. Betulkah? She? No.. No.. Tapi kalau betul kenapa dia nak rampas Ian dari aku sedangkan mereka dah takde apa-apa hubungan.

----------

" Get out!! " Panas sungguh hatinya melihat gerangan manusia dihadapannya ini. Apa lagi yang dia nak?

" You dah berubah sekarang. Dulu you tak macam ni. You lemah lembut. "

" I said get out! atau you nak I panggil guard supaya you keluar? " Adrian menghempas meja dengan tangannya.

" Fine ! I keluar. Tapi jangan harap you boleh bahagia Ad. I akan pastikan hidup you dan your wife takkan bahagia! " Dengan perasaan sebal, Fedeylen menuju ke pintu untuk keluar.

-----------

Nadine melepaskan keluhan berat. Benci nak ingat perbualannya dengan Fedeylen. Nadine buntu. Bagaimana kalau perempuan itu mengotakan apa yang dia katakan? Cerai dengan Adrian? Tak pernah sekalipun terlintas di fikirannya. Dia sayang Adrian. Sangat-sangat. Dia bukan mengahwini Adrian kerana rupa, pangkat dan harta. Dia mengahwini Adrian kerana Adrian.

Ya, kerana Adrian.

My Precious WifeWhere stories live. Discover now