Chapter 5

23 0 0
                                    

Safarin duduk di sebelah Jaehyun yang sedang menonton perlawanan bola sepak yang disiarkan di televisyen.

"Chagi. Are you ok?" Soal Jaehyun bila dia perasan yang riak wajah Safarin tak ceria seperti selalu.

Safarin tersenyum. "Saya ok je. Cuma rasa pening sikit." Balas Safarin lalu melentokkan kepalanya di bahu kiri Jaehyun.

Tiba-tiba Jaehyun tersenyum-senyum. Kemudian dia sentuh perut Safarin. "Dah ada isi ke?" Gurau Jaehyun.

Seraya itu Safarin mencubit perlahan lengan Jaehyun.

Kemudian mereka berdua ketawa.

"Oppa. Malam ni jadi ke kita nak pergi tengok wayang?" Soal Safarin dengan penuh berharap. Sebenarnya dah lama dia teringin nak pergi tengok wayang dengan Jaehyun, tapi asyik tak jadi je.

Jaehyun memandang Safarin. "Mestilah jadi. Kan oppa dah janji nak bawa chagi." Balas Jaehyun.

"Tapi kan oppa. Cerita apa ye yang best sekarang ni?" Soal Safarin.

"Apa kata kita tengok cerita hantu." Jaehyun memberikan cadangan yang buat Safarin besarkan matanya.

"Oppa. Saya tak berani lah tengok cerita hantu." Safarin merungut.

"Tak apa. Kalau chagi takut, boleh peluk oppa. Lagipun bukan haram pun kalau chagi peluk oppa." Usik Jaehyun yang kemudiannya memeluk bahu Safarin.

Perlawanan bola sepak di tv dah tak dihiraukan lagi. Sekarang tumpuannya diberikan kepada Safarin si isteri yang tercinta.

"Ei oppa. Nanti ada yang menyampah bila tengok kita bersweet dalam panggung wayang." Kata Safarin dalam nada geram.

"Haha. Dyeorang bukan menyampah. Tapi dyeorang cemburu tengok kita mesra sangat." Balas Jaehyun.

Kemudian mereka sambung tengok perlawanan bola sepak.

Malam itu seperti yang dijanjikan oleh Jaehyun, mereka berdua pergi ke panggung wayang. Sepanjang filem itu ditayangkan, Safarin tak lepas2 pegang tangan Jaehyun. Kemudian kadang2 dia sengaja lentokkan kepala di bahu Jaehyun.

Sebenarnya Safarin tak takut pun tengok filem seram. Tapi saja je dia nak buat macam tu. Sebab dari tadi ada je perempuan gatal yang pandang Jaehyun sampai tak berkelip mata.

Bila Safarin bermanja dengan Jaehyun, perempuan-perempuan tu buat muka tak suka.

****

Jaehyun keluar dari cafe. Dia ditugaskan untuk pergi beli beberapa bahan masakan yang telah habis.

Mulanya Safarin nak ikut, tapi Jaehyun halang sebab cuaca hari tu agak panas. Dia risaukan Safarin. Sebab Safarin agak sensitif dengan cuaca panas. Akhirnya Safarin mengalah dan benarkan Jaehyun pergi sendirian.

Sedang Jaehyun berjalan, tiba2 ada orang pegang bahu dia dari belakang. Kemudian dia toleh ke belakang untuk lihat siapa orang itu.

"Hai." Seorang perempuan menyapa Jaehyun. Dia lah yang pegang bahu Jaehyun tadi.

"Oh. Hai. Awak. Perempuan hari itu." Jaehyun masih ingat lagi siapa perempuan itu. Perempuan tu lah yang cuba goda dia dekat cafe tempoh hari. Tapi dia tak tahu apa-apa maklumat pasal perempuan itu dan dia tak teringin pun nak ambil tahu.

"Awak sorang je ke? Mana bini awak?" Soal perempuan itu dalam nada menggoda. Dia sengaja nak letakkan tangannya di atas bahu Jaehyun.

Tapi dengan cepat Jaehyun elak supaya tak ada orang salah faham.

Akibat tindakan itu, perempuan tu mendengus perlahan.

"Isteri saya ada di cafe. Dia tengah siapkan kerja dia." Balas Jaehyun selamba.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 05, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jodoh Mr. Jung Jaehyun (Slow Update)Where stories live. Discover now