Part 1 - Kelab malam

5.5K 541 41
                                                  

Suasana yang bingit dan hingar bingar langsung tidak menghentikan perbuatan pengunjung di kelab malam terkemuka itu. Masing-masing masih leka menari dan melompat mengikut rentak muzik yang dimainkan di kelab malam eksklusif, Kota London itu.

Keadaan gelap yang diterangi kerlipan lampu neon bulat merancakkan lagi suasana. Ditambah pula dengan lagu remix yang dimainkan oleh DJ terkenal di pentas utama.

Wanita-wanita berpakaian seksi dan ketat ligat menari bersama pasangan masing-masing. Tubuh mereka meliang liuk ke kiri dan kanan. Ada juga yang melakukan 'projek' di situ tanpa segan silu. Malah berasa bangga dan seronok apabila diperlakukan sebegitu. Sudah menjadi budaya mereka apabila berkunjung ke situ.

Kebanyakan mereka datang ke situ adalah untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi. Tidak kira sama ada masalah hidup atau masalah pelajar. Dan mereka juga terdiri daripada anak-anak jutawan dan golongan kaya raya. Bagi mereka, tiada keseronokan yang dapat dicari selain berada di situ.

Di kelab malam itu juga menjadi tempat pengedaran pil-pil khayal atau lebih tepat dipanggil dadah. Pil-pil ini akan dijual secara berleluasa terutama kepada golongan muda. Bagi merasai kenikmatan sebenar dunia, mereka akan menelan 2 hingga 3 biji dalam satu masa. Sememangnya akan beralih masuk dalam alam fantasi yang dibina sendiri dalam fikiran mereka.

Di satu sudut, terdapat kawasan khas untuk golongan atasan. Bukan sebarangan orang boleh memasuki kawasan tersebut. Ruang privasi yang menempatkan sofa panjang dan meja kaca. Tersedia juga bar yang menempatkan minuman arak di situ. Semuanya serba serbi mewah.

Terdengar bunyi detingan kaca bertemu kaca. Kelihatan seorang lelaki semakin giat meneguk arak yang terhidang di depan mata. Arak yang disediakan pastinya paling mahal di kelab malam itu.

Cawan kecil yang kosong itu, dia isikan semula. Kemudian, dia meneguk lagi. Matanya terpejam rapat. Mabuk kesan daripada arak yang memasuki rongga tekak. Sudah lama dia berada di situ, minum keseorangan tanpa ditemani oleh pasangan ataupun rakan.

Pelanggan tetap kelab malam di situ, siapa yang tidak mengenali pemilik syarikat terkemuka di negara empat musim itu. Lelaki yang sempurna sama ada dari segi paras rupa atau kekayaan.  Tiada siapa yang dapat menandinginya. Dia boleh lakukan apa saja dengan kuasa yang dia miliki. Jejaka terhangat di pasaran ketika ini.

Hanya satu petikan jari, ramai wanita akan beratur untuk mendampinginya. Mereka sanggup menggadai apa saja demi bersama lelaki itu. Walau maruah sekalipun.

Dia bukan seorang playboy. Tetapi, bersama dengan wanita di atas katil mungkin lebih daripada 10 kali. Bukan dia yang meminta, tetapi mereka yang datang menyerahkan diri.

Tak pernah terlintas di fikiran untuk dia mendirikan rumah tangga. Dia tak perlukan semua itu. Dia sudah selesa dengan cara begini. Lagipun, dia sudah ada segalanya.

Cinta? Dia tak pernah rasa mencintai seorang wanita. Melainkan ibunya. Wanita yang sudah lama pergi  meninggalkannya dengan cara --

Arh ! Tidak mahu dia ingati lagi perkara itu.

Sedang dia ralit melayani perasaan, muncul seorang gadis berpakaian gaun merah paras paha, datang menghampiri kawasan VVIP yang ditempah eksklusif. Bukan sebarang orang boleh melangkah masuk ke kawasan itu. Nampaknya gadis itu memang sengaja menjolok sarang tebuan.

Randy menjeling sekilas. Langsung tidak berminat dengan gadis berambut perang itu. Dia masih meneruskan aktivitinya. Minum dan meneguk minuman itu hingga dia puas.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now