Rasa macam baru semalam aku kenal dengan lelaki bernama Airil ini. Kini, aku sudah sah bergelar isteri kepada lelaki itu. Sukar untuk aku percaya yang aku kahwin dengan dia sebab kena tangkap basah dengan Daddy dia sendiri.
Like.. What?
Tapi itu tak penting, yang paling mustahak sekarang adalah aku kena berhenti kerja atau boleh dikatakan 'aku dibuang kerja'. Airil yang paksa aku untuk berhenti, dia kata tak nak sebarang spekulasi berlaku antara pekerja-pekerja yang lain.
Dia kata 'aku dekat office tak sama dengan aku dekat rumah'. Okey, seram jugak lah dengar ayat dia tu. Tapi, apa perbezaan dia? Duduk dekat office orang panggil Airil jugak, takde lak orang kat rumah ni panggil dia Airila?
Okey, aku dah ter mengutuk laki sendiri dah ni.
Aku penat, seharian melayan tetamu. Baru boleh rehat kejap. Aku duduk di sofa sambil melepaskan keluhan berat. Letih layan orang, jemput pun kawan-kawan Daddy je. Majlis nak kata hebat, boleh la sebab ramai jugak yang datang.
Malam tiba, aku pulak tak tahu nak buat apa. "Aisya, penat je Mumny tengok ni. Pergi masuk bilik, rehat dulu." kata Datin Aina yang sudah pun menjadi ibu mertuaku. Aku pandang wajah Mummy sebelum mengukir senyuman.
"Nanti Aisya naik dengan Airil je la, Aisya tak tahu bilik dia dekat mana." Mummy hanya mengangguk dan berlalu pergi ke luar rumah. Aku kembali bersandar di kepala sofa. Airil muncul dan mengambil tempat di sebelahku. Bahuku dipegang kedua tangannya.
"Penat ke sayang?" soalnya lembut. Aku menganggukkan kepala sahaja. Siapa tak penat, dari tadi aku berdiri. Sekarang ni je baru boleh duduk, rehat sikit. Aku memandangnya yang sedang tersenyum ke arahku. Ha, dia nak apa ni?
"Jom kita naik." ajaknya dan menarik tanganku. Aku hanya menuruti langkahnya sampai ke dalam bilik. Katil adalah tempat pertama aku tuju, aku baring di katil sehinggalah kakiku disepak oleh Airil. Aku mengangkat kepala memandangnya.
"Mandi dulu lah." arahnya sambil membuang jam di tangannya lalu diletakkan di atas meja solek. "Nanti saya mandi, kejappp je." suaraku meleret. Aku baru nak rehatkan diri atas katil yang empuk ni, dah kena halau.
"Okey kalau kau tak nak mandi, aku join." katanya dan turut baring di sebelahku sambil menghadapku. "Kita takyah mandi." sambungnya lagi sambil mengukir senyuman yang penuh dengan makna tersirat. Laju aku bangun apabila mukanya menghampiri mukaku.
Aku merengus geram dan mula masuk ke bilik air. Setelah selesai, aku teragak-agak ingin keluar dari bilik air ini sebab aku tak bawak baju masuk dalam tadi. Aku lupa! Nak lari dari dia punya pasal. Aku mengambil bathrobe dan memakainya.
Apesal singkat sangat ni?!
Pintu bilik air itu aku buka perlahan-lahan dan melilau memerhati keadaan sekeliling. Apabila rasa dah selamat, aku mula melangkah keluar.
"Bah!"
"Ahh!" badanku hampir terjatuh namun sempat disambut oleh Airil. Aku memukul dadanya. "Jahat!" bentakku. Dia hanya ketawa dan menyelak sedikit rambutku. Pelukan di pinggangku dikemaskan. Matanya tak lepas dari memandangku.
"Padan muka!" katanya dan menolak aku ke tepi. Ceh, dia tolak camtu je lepas dah buat hati aku tak keruan tadi?
Aku cepat-cepat melangkah ke almari dan memakai baju lengkap. Karang tak sempat pakai baju, naya aku. Aku menuju ke katil lalu mengambil novel untuk dibaca. Bunyi pintu dari bilik air itu menandakan bahawa Airil keluar dari bilik air.
"Aisya.." panggilnya. Aku mengangkat muka dan terkejut melihat mukanya yang begitu hampir denganku. Dia mula melingkarkan tangannya di pinggangku dan mula menindihku. Rambutku dikuak ke belakang manakala tangannya yang satu lagi masih memeluk pinggangku.
Tangannya kini membuka dua butang baju teratasku. Aku sudah tidak mampu bergerak, bulu romaku meremang. "Ap.. Apa yang awak nak?" soalku gagap. Dia mencium dahiku lama dan bangun dari menindihku. Aku juga turut bangun dan memerhatinya yang sedang menuju ke almari.
Pakai baju mungkin.
Kemudian dia berjalan semula ke arahku. Badannya ditundukkan bagi menyamai kedudukanku. Butang bajuku yang dibuka olehnya tadi dipasang semula. Aku menelan air liur perit.
"Jom, Mummy dengan Daddy kata ada benda nak bincang." katanya lalu mengenggam tanganku.
Ish dia ni, hampir terkeluar jantung ni.
Aku mengikutnya dan kami mula turun ke bawah. Kelihatan Mummy dan Daddy sedang berbual-bual sambil menonton tv.
"Turun pun pengantin baru." tegur Azri iaitu abang kepada Airil. Nama keluarga mereka semua mula dengan huruf A la, baru aku perasan. Mungkin memang sudah dirancang sebab senang nak letak nama yang bermula dengan huruf A? Siapa tahu.
Eh nama aku pun. Nampak sangat penulis tiada nama yang unik boleh diberi. Erm.
Aku duduk di sofa bersebelahan dengan Airil yang masih lagi mengenggam tanganku. Mummy dan Daddy juga kini memandang ke arah kami. Aku menundukkan kepala, awkward dengan suasana baru. Yelah, ni dah macam duduk dalam mahkamah ni.
"Esok Airil boleh dah duduk rumah kosong tu semula, bawak Aisya." kata Daddy memulakan bicara. Airil hanya mengangguk dan mengambil sekeping biskut lalu dimakan. Dia berpaling ke arahku, aku mengangkat kening.
Tanpa bertanya aku, dia menyuapkan atau dalam erti kata lain dia menyumbatkan biskut ke dalam mulutku dan bakinya dimakan. Aku memandangnya tajam dan dia hanya mengenyitkan mata. Perlahan-lahan aku mengunyah biskut yang 'disumbat' olehnya.
"Aisya, jom ikut Mummy sekejap." Mummy bangun dan menarik tanganku. Aku mengikutinya ke taman belakang rumah dan kami duduk di atas buaian. Mummy memegang tanganku lalu aku memandangnya pelik.
"Mummy gembira dapat menantu macam Aisya. Aisya jaga Airil baik-baik tau, Airil tu nampak je dingin tapi sebenarnya dia tu manja sangat. Aisya kenal-kenal dia dulu, nanti lama-lama biasalah. Percaya dekat dia tau?" jelas Mummy. Aku mengangguk dan tersenyum.
Bestnya perasaan ada seorang ibu.
Bunyi ranting kayu menyentakkan kami. Aku berpaling ke belakang dan kelihatan Airil yang sedang mengintip kami di belakang dinding. Pandai.
"Ya Allah, budak bertuah ni!" marah Mummy. Airil menggaru kepalanya dan memandangku. "Airil nak ambil Aisya balik je Mummy." katanya. Mummy memukul bahunya kuat dan dia mengaduh kesakitan.
"Mummy nak pinjam isteri dia pun tak boleh. Pergilah ambil sana, Mummy dah siap pinjam." rengus Mummy geram dan berlalu masuk ke dalam rumah. Aku berdiri di hadapan Airil sambil menahan tawa.
"Suka la gelakkan orang. Duduk dekat luar!" katanya dan ingin menutup pintu dapur. Aku sempat untuk menahannya. "Awakk jangan laa." dia ni mainkan aku lah pulak.
"Airil, kenapa buat Aisya macam tu?" Mummy entah muncul dari mana datang menarik telinga Airil. Aku meluru masuk ke dalam dan meninggalkan Airil yang sedang meronta minta dilepaskan.
Aku naik ke bilik dan selubung di dalam selimut. Mengantuk lah.
Pinggangku ditarik dari belakang dan menyebabkan badanku berpusing menghadapnya. Airil senyum dan mencium dahiku. "Goodnight." katanya lalu memelukku. Aku juga turut terlena di dalam dakapannya.
Maaf typo. 🙆

YOU ARE READING
Ma Sweet Mafia!
Random"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafia yang terlampau sweet. Enjoy! Special thanks to karmadahlia for this beautiful cover 🖤 update: ce...