Bab 12

1.9K 48 1
                                          

SAHID berdiri memeluk tubuhnya. Dia memerhatikan Alna yang sedang menanti untuk membayar sandwic di Subway. Selepas itu, Alna bergerak ke meja.

Sebaik saja Alna duduk, Sahid terus mendekatiAlna.

"Hai, Alna," tegur Sahid.

Dia nampak teragak-agak untuk menghampiri Alna. Tapi, disebabkan dia sudah terjumpa dengan Alna, dia cuba memberanikan diri.

Sejak kena hempuk dengan mangkuk di kepala oleh Alna dulu, dia tidak pernah berjumpa dengan Alna lagi. Alna pandai mengelakkan dirinya.

Baru saja mahu menggigit sandwic, suara yang menegurnya itu membuatkan Alna menutup mulutnya semula. Sandwic diletakkan di atas kertas pembalutnya semula.

Dia menjeling ke tepi. Mukanya berbara.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Alna jengkel.

Inilah orang yang paling dia tak mahu jumpa.

"Saya tak ikut awak. Ternampak awak kat sini aje," beritahu Sahid takut-takut.

Takut kalau sandwic yang ada di depan Alna naik ke mukanya. Sejak peristiwa dia membuat onar di hari pernikahan mereka, perangai samseng Alna terserlah.

"Kalau tak ikut, buat apa ganggu aku nak makan?"

Alna juih mulut. Selepas itu dia menggigit sandwic tersebut.

Perlahan-lahan Sahid tarik kerusi di depan Alna.

"Aku nak minta maaf sebab..."

"Stop! Aku tak nak dengar. Kau baru dapat anak, kan?"

"Apa kena-mengena dengan anak aku pulak?" tanya Sahid bagai orang bodoh.

Alna mendengus lalu membungkus semula sandwicnya itu. Dia bangun. Lagi lama dia berada di sini, rasanya makanan ini naik ke muka kacak Sahid.

Sahid membuntuti Alna.

Ah, ini memang gila. Alna berhenti mengejut.

"Kau tak malu ke?" Alna berpaling dengan muka bengis.

Sahid menunduk. Tapi, selepas itu Sahid pandang Alna kembali.

"Aku nak minta maaf. Kau maafkanlah aku. Aku tahu, aku salah sebab buat macam tu. Aku digoda oleh Mayuri."

Sahid menyalahkan isterinya sendiri.

"Amboi, pandai kau nak salahkan orang lain. Kau yang salah, kau tuduh bini kau pula. Jantan macam kau ni, memang tak patut ada dalam dunia. Menyemak saja."

Dengan muka berkerut, Alna membalas. Terlenggok-lenggok kepalanya ketika berkata.

"Al, sampai hati Al cakap macam tu..."

"Eh, sampai hatilah. Kau buat aku jadi sampai hati nak cakap yang buruk-buruk kat kau. Kau lupa ke? Mari aku nak ingatkan semula. Kau tinggalkan aku ketika kita nak kahwin, bukannya sehari atau seminggu sebelum tu,tapi beberapa jam saja lagi. Kau cakap aku sampai hati?Bodoh sangatlah kau ni!" jerkah Alna.

Sahid menarik tangan Alna ketika dia mahu melangkah. Ah, dia buat lagi.

Alna merentap tangannya daripada pegangan Sahid. Tiba-tiba saja kakinya terpelecok. Alna terus terjatuh. Mujur ada tangan yang menyambutnya dari belakang.

Pinggangnya dipeluk kejap.

Terkebil-kebil matanya memandang orang yang menolongnya itu. Muka penuh jambang dan mata itu juga tidak berkelip memandangnya. Alna cepat-cepat membetulkan badannya.

Kau Yang KutungguWhere stories live. Discover now