• A S T : 2 8 •

1.4K 94 14


[ mainkan bila sesuai dengan bacaan ) ]

KERETA Buggati Divo itu meluncur laju di atas jalan raya bersama bunyi enjin yang kuat. Bunyi enjin kereta ni memang memikat hati aku. Dah lama aku berangan-angan untuk membeli kereta sport seperti ini sekiranya aku sudah bekerja nanti namun Carl sungguh bertuah kerana mempunyai banyak kereta sport. Orang kaya, semua boleh dapat.

Seronok-seronok aku menikmati permandangan di luar kereta, kereta Carl tiba-tiba bergerak semakin perlahan dan perlahan. Air hujan pula mula menitik satu demi satu, sehingga menjadi hujan yang lebat.

  " What's wrong with you, babe? " kata Carl kepada kereta Buggati Divonya yang dia bahasakan sebagai ' Babe '. Aku pula sudah mula berkerut, menyimpan seribu tanda tanya.

   Takkanlah kereta mahal macam ni pun cepat rosak? Lainlah kereta aku, pakai kereta murah je.

Semakin Carl memandu ke tepi, semakin kereta ini perlahan dan akhirnya terhenti di tepi jalan. Nasib bukan tengah jalan. Carl memandang bacaan minyak pada keretanya.

   " Shit! Seriously they don't refill the tanks?! " marah Carl. Dia mengambil telefon pintarnya di dalam poket bajunya dan mula mendail nombor seseorang. Namun apabila melihat dia mengeluh kasar setelah itu, jelaslah bahawa panggilan tak diangkat ataupun tiada line.

   " Why? No line or unaccepted call? "

   " No line. "

Carl beralih dari posisinya yang sedang mengurut dahi dan memandang aku dengan mata sebuah... harapan?

   " Can you bare the rain? " soal Carl.

   " What? " soalku semula, kut dia salah cakap ke.

Kalau aku okay je cuma dia tulah. Nanti baju mahal dia tu kotor ke... Basah ke... Salahkan aku. Tak silap haribulan aku dah tak simbah Americano dah, aku simbah asid terus dekat baju dia tu.

   " The hotel is ten meter from here. Can you walk through it? "

Aku mengangguk.

   " Yes? "

Jaket sut pada tubuh Carl dibuka dan diberikan kepadaku manakala kasut hitamnya ditanggalkan dan juga diberikan kepadaku. Terpinga-pinga aku dibuatnya.

   " Wear it. Sakit nanti kalau pakai heels tu. " arahnya.

   " Are you going to wear heels? " soalku. Habis dia nak pakai apa? Memang pecah rekod Guinness kalau tekaanku betul.

Carl senyum sinis.

   " Do I look like I am a girl? No, right?  "

   " Habis tu awak nak pakai apa? "

   " Anything. Dah, let's go. " dan dia terus keluar dari kereta dengan pantas manakala aku juga melakukan perkara yang sama dengannya. Aku anggap jawapan dia ' anything ' tu adalah benda yang dia nak pakai di kaki.

Kami sama-sama berjalan laju merentasi hujan yang kian lebat. Kaki Carl aku pandang sekilas. Terkejut aku dibuatnya apabila melihat Carl yang hanya berkaki ayam berjalan di atas jalan tar. Tanpa apa-apa pelindung hujan pula tu! Rasa bersalah pula aku sebab dia terpaksa berbasah-basahan kerana meredah hujan padahal aku ni masih lagi kering kerana jaket sut yang diberikannya.

   " Carl! " kataku separuh menjerit oleh kerana bunyi hujan jatuh yang kuat, merintik-rintik deras di atas tanah.

   " What? "

Carl memandang aku sambil mengerutkan dahinya. Dia menyelak rambutnya yang basah ke belakang. Ya Allah, handsomenya dia bila rambut dia basah macam tu..! Air hujan yang jatuh dari rambut dia ke jawline dia tu...

Amo Sole Te [ I Love Only You ]Where stories live. Discover now