Bab 4: Dalam Diam

178 7 0

Arul mengangkat tangannya untuk cuba menumbuk Qrish tapi salah satu dari kawannya, Farhan menahan tangannya dan bisik.

"Arul, ramai orang tengok kita ni, tak gentlement la kalau pukul perempuan ,bro." Lepas Farhan cakap macam tu Arul memeriksa sekelilingnya, ramai murid tengah tengok dia disebabkan itu dia cakap kat Qrish.

"Kau bernasib baik, lain kali aku takkan lepaskan kau. faham!"

Arul pergi dari situ dengan geng dia kecuali Farhan. Dia tengok muka Qrish dan cakap dengan senyuman. "Nice one, kid." Farhan menggosok kepala Qrish lepas itu terus pergi.

Qrish kaku kerana tindakkan Farhan tadi. Dia tengah khayal tapi dikejutkan oleh Hani. "Eihh, Ok tak?"

Qrish jawab. "Huh? ohh.. okok ok sangat."

Sejak pergaduhan itu, Qrish selalu terserempak Arul dengan geng nya di sekolah dan dia selalu mengelak dirinya dari jumpa dengan 'mamat poyo tu'.

Seminggu sudah berlalu

"Ibu! saya pergi dulu." Qrish tengah pakai kasut sekolah.

Lepas kelas yang terakhir habis Qrish mengurut bahunya sendiri kerana keletihan tapi dia gembira sebab 'it's tidur time' untuk Qrish.

Sementara itu Tengku Zafril berada di station minyak dan didalam keretanya. "Manager Fariz, kat sini ada kedai tak? saya nak beli air ,saya haus."

Manager Fariz jawab soalan Tengku Zafril. " Ada kat depan tu, tuan nak saya belikan?"

"Tak payah saya boleh beli sendiri" Tengku Zafril keluar dari kereta itu dan pergi ke kedai tersebut.

Pada masa yang sama Adam, adik angkat Qrish ada didalam kedai itu tengah membeli minyak masak. Kedai di station minyak itu lah kedai yang paling dekat dengan rumah Qrish tinggal.

Semasa Adam ada di kaunter, pak cik kaunter tu tanya. "Adam, mana kakak kamu Qistina? biasanya dia yang datang beli barang. kamu tak sekolah ke?"

Tengku Zafril terdengar perbualan mereka dan nama Qistina menarik hatinya untuk mendengar lagi perbualan itu.

Adam jawab. "kakak kat sekolah. dia dapat tawaran masuk Adsya High School. saya bangun lewat jadi tak gi sekolah lah. Hehe."

Hati Tengku Zafril berkata. 'Qistina?... Adsya High School?... Takkan lah itu Qrish.'

Pakcik tu tanya lagi. "Eh, tu bukan sekolah untuk orang kaya ke?"

Lepas tu Tengku Zafril bayar barang yang ada ditangannya dan terus ke pintu untuk keluar.

Adam senyum dan jawab. "Memanglah tapi ada seorang wanita menolongnya. baikkan wanita tu."

'Wanita?..' perkataan itu membuat Tengku Zafril berhenti di hadapan pintu dan terus memanggil Adam. "Adik, abang nak cakap dengan adik sekejap boleh? diluar."

Mereka berdua keluar dari kedai itu. Tengku Zafril dan Adam duduk diatas kerusi yang berada didepan kedai tadi.

Tengku Zafril tanya. "Nama apa?"

"Adam"

"Ohh,abang nak tanya, kakak adik nama Qistina eh?"

"A'ah."

"Kakak kandung?"

"Tak, Ibu dan abah jumpa kakak depan rumah." jawab Adam.

"Abang nak tengok gambar kakak saya? Dulu kakak beri rantai berbentuk hati... Kat dalam rantai tu boleh letak gambar. Kakak pun ada rantai ni, cuma kakak punya warna emas saya punya warna silver." Panjang lebar Adam berkata

Mata Tengku Zafril mula berair tak sempat airmatanya mengalir Dia lap airmatanya dan cakap. "Kakak adik rambut panjang? ada tak tanda lahir dekat belakang leher dia?."

Adam menjawab dengan merasa pelik. "a'ah rambut kakak panjang tapi sekarang dia pakai rambut palsu tak tahu kenapa. tanda lahir tu apa? Adam pernah nampak ada macam bengkak dileher kakak tapi Adam tak pernah tanya kakak ,takut dia marah."

Tengku Zafril cakap. "Adam, abang tulis sesuatu nanti bagi kakak, ok?"

Dia ambil kertas dan pen yang selalu ada didalam coatnya dan tulis. Lepas dia tulis dia bagi Adam.

Adam tanya. "Nama abang apa? nanti kakak mesti tanya."

pertanyaan Adam membuat Tengku Zafril berfikir. 'Betul juga tu tapi takkan aku nak cakap aku yang bagi nanti mesti dia koyakkan kertas ni sebelum baca. errhhmm..'

Adam cakap. "Abang saya tak boleh lama nanti kakak balik dia cari saya, jadi saya pergi dulu. saya cakap kawan dia yang bagi."

Adam terus pergi meninggalkan Tengku Zafril bersendirian di situ memfikirkan tentang Qrish. Manager Fariz datang dan ajak Tengku Zafril pulang ke rumah.

Adam balik, orang pertama dia nampak adalah kakaknya. dia terus peluk kakaknya dan memberi surat Tengku Zafril tadi. "Kakak, kawan kakak kasi ni."

"Kawan?" Qrish jawab.

Qrish masuk biliknya dan campak surat itu diatas katil lepas itu dia terus mandi.

Qrish tak buka surat itu kerana dia lupa tentang surat itu.

Bila dia nak tidur baru perasan surat itu.

Dia duduk di atas katil dan buka surat itu dengan perlahan. Tengku Zafril tulis :

Qrish.. Ini abang Qrish. abang tahu orang yang menghantar surat ni adalah adik angkat Qrish.

Papa selalu sakit. Adik selalu menangis dan tak berteguran dengan sesiapapun. Kakak dah berhijrah ke UK. Kami semua rindukan Qrish.

Abang takkan paksa Qrish balik tapi dengan satu syarat Qrish jangan bergaduh dan jangan cakap siapa diri Qrish sebenarnya sebab abang tak nak orang tahu siapa Qrish dan kalau wartawan tahu ianya akan membahayakan Qrish dan membahayakan syarikat papa.

Kalau orang pukul Qrish, jangan pukul balik, tahan.

Ingat tak? Abang pernah ajarkan cara menahan sakit masa kita dalam kelas silat hari tu. Abang akan perhatikan Qrish dari jauh dan dalam diam.

Abang sayang Qrish.

Air mata Qrish mula mengalir, Qrish menangis tak berhenti-henti.

Betapa Agungnya Cinta KitaRead this story for FREE!