MDM | 16

63.8K 3.2K 225
                                    

Mukhris menumbuk kuat dinding dapur dengan penuh perasaan . Tida dihiraukan tangan dia yang mula merah dan rasa sakit . Airmata ditahan sedaya upaya . Ditumbuk berulang kali tanpa memikir kesakitan pada buku limanya .

Darah yang mengalir melalui celahan jari tidak dihiraukan . Janji dia dapat melepaskan perasaan dia . Dengan cara menyakitkan ini . Mujur saja kawasan dapur tiada orang . Kerana majlis sudah tamat beberapa jam lalu . Aktiviti mengemas pada keesokan hari .

" DARN YOU BITCH ! " carutnya kuat lalu dengan menendang segala perkakasan dapur yang berada berdekatannya .

Dia duduk mencangkung . Kepala didongak ke atas lalu mata dipejam rapat . Kedua tangan dirapatkan ke dahi . Urat-urat di lengan mula timbul .

Ain yang kebetulan masuk ke dapur tergamam . Dia segera meletakkan tray yang berisi lauk lebihan tetamu . Berjalan mendekati Mukhris .

Matanya terbeliak tatkala terpandang akan tangan lelaki itu . Bengkak dan pecah kulit lelaki itu . Ada beberapa titisan darah di atas lantai . Dengan perasaan takut dia mendekati lelaki itu .

" A-awak ok ? " soalnya gugup . Bahu lelaki itu disentuh dengan tangan mengeletar .

Pertama kali lelaki itu dilihat dalam keadaan berserabut begini . Selalunya dia melihat Mukhris dalam keadaan lelaki bergaduh di sekolah . Tidak pun ketika lelaki itu merokok tanpa perasaan bersalah di kawasan sekolah .

" Kau rasa ? " jawab Mukhris dalam nada tegang . Tangan dijatuhkan ke bawah . Mata helang itu memandang wajah takut Ain .

" Ka-kalau macam tu tak apalah . Saya pergi dulu . Maaf ganggu awak " kata Ain yang ingin beredar .

Tanpa sedar Mukhris memegang erat lengan gadis itu . Mujur saja berlapik dengan baju kurung . Tidaklah mereka bersentuhan .

" Duduk ! " arah Mukhris tegas . Nak tak nak , Ain duduk juga disebelah lelaki itu . Memandang lantai sambil memintal hujung baju kurungnya .

" Kalau awak nak luahkan perasaan awak saya sudi tadahkan telinga saya . Tak elok awak pendam lama-lama . Nanti sakit " nasihat gadis itu perlahan .

Mukhris senyum sinis . Buku limanya dipandang . Kesan darah mulai mengering walaupun tidak semua . Jika Dania tidak menghalang pasti lunyai dia membelasah Tengku Nabila tadi .

" Kau tahu , dulu aku lemah . Bukan macam kau tengok sekarang ni . Dulu aku senang dibuli . Kau percaya tak , ibu kandung aku sendiri pukul aku ? Disebabkan aku rosakkan pasu bunga kesayangan dia " dihujung ayat dia tergelak kecil .

Mengingati kembali detik-detik silam mereka dulu . Tanpa pengetahuan Encik Mazlan , dia dan Dania sering didera oleh Tengku Saleha . Dipukul dengan teruk sekali .

" Pelik kan ? Tapi aku tak melawan sebab aku tahu itu ibu aku . Setakat kena saterika panas dan disimbah air panas apalah sangat . Biasa je bagi aku . Dah lali sangat . Lebih dari tu aku pernah kena . Even kakak aku sendiri dia dia hampir jual pada kawan dia . Jadi hamba abdi pada lelaki kaya tu " luah Mukhris dengan senyuman hiba .

Ain tergamam . Tidak menjangka lelaki yang terlihat ceria itu mempunyai masa silam yang menyakitkan . Patutlah Mukhris makin memberontak . Lelaki itu dihantui oleh kisah silamnya .

" Sa-saya tak tahu macam tu sekali makcik buat pada awak dan kak Dania . Saya bersimpati pada awak " .

Mukhris tergelak sendiri . Ain menarik muka hairan . " Simpati ? Kau tak patut simpati pada aku . Budak bermasalah . Nakal . Kaki pukul . Perokok . Semua yang jahat memang sesuai pada aku . Bak kata kekasih kau kan ? " perli Mukhris .

Ain tertunduk . Terasa dengan perlian lelaki di sebelahnya . Ya , dulu dia biarkan saja Mukhris menjadi mangsa perlian guru-guru dan pelajar di sekolah itu . Lagi-lagi Raja Amsyar .

MR POPPA MAFIA (TAJUK ASAL: MR DADDY MAFIA | TERBIT 2021 | ARS •7•Where stories live. Discover now