Bab 10

2K 55 1
                                          

SEMUA waris pelajar sudah pun berada di padang, memberi sokongan kepada murid-murid sekolah yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara.

Alna mengenakan cermin mata hitam untuk menghalang cahaya matahari. Sejak tadi dia tidak putus-putus memberi semangat kepada anak-anak muridnya. Selepas penat melompat memberi sokongan, Alna duduk.

Tiba-tiba terasa ada cuitan di bahunya. Dia menoleh dan melihat Kayyisa sedang menyengih memandangnya.

Mulut Kayyisa memuncung ke hujung padang, di bawah pokok. Kelihatan seorang lelaki berdiri dengan kedua-dua belah tangannya berada di dalam poket seluar. Lelaki itu memakai kaca mata hitam.

"Maninred," kata Alna kerana lelaki itu memakai baju merah.

"Yalah.Tapi, kau tak perasan kemuka jambang tu?" tanya Kayyisa.

"Huh, malas aku nak fikir jambang-jambang ni. Kalau jambang ni asyik teringat dekat bapa saudara Adhamsaja. Macam mawas," cebik Alna.

Dia cukup sensitif dengan muka berjambang sekarang.

"Dialah tu," kata Kayyisa.

Alna kecilkan mata dengan dahi yang berkerut, mahu memastikan kata-kata Kayyisa.

"Buat apa dia datang?" tanya Alna pelik.

"Sokong Adhamlah kut. Kalau tak, kenapa dia jadi model di situ?" balas Kayyisa, menyengih.

Dah macam model majalah pula apabila lelaki itu berdiri di situ.

Ketika itu terdengar ada beberapa orang cikgu bujang sedang berbisik-bisik sambil menangkap gambar. Huh, pantang ada lelaki, mulalah tergedik-gedik,desis hati Alna.

Tiba-tiba Adham berlari ke arah Alna.

"Cikgu, Am dapat masuk akhir."

Adham terus memberitahu Alna meskipun dia tahu Alna sudah tahu.

Alna senyum kepada Adham.

"Tahniah Am. Cikgu selalu sokong Am," kata Alna.

"Pak Su Ray," panggil Adham ketika Rayyaz menghampirimereka.

Alna buat muka tak ada perasaan.

"Maaflah Am, pak su lambat. Ada hal sebelum datang sini," beritahu Rayyaz.

"Am tahu. Tapi, Am nampak pak su lepas Am menang tu."

Adham senyum kepada Rayyaz.

Alna yang sedang duduk tadi, bangun dan berdiri tegak.

"Am rehat dulu, cikgu nak pergi minum sekejap. Bawa pak su Am pergi minum kat dewan tu. Makanan pun disediakan," ujar Alna.

Rayyaz tidak bersuara, hanya melihat saja Alna berlalu. Adham menyuruhnya duduk sementara diaberlari ke dewan. Tidak lama selepas itu, Adham datang semula dengan air dan sepinggan bihun di tangannya.

"Kenapa susah-susah, Am?Pak Su Ray boleh ambil sendiri," kata Rayyaz.

Namun, tangannya mencapai juga pinggan dan cawan yang dibawa oleh Adham.

"Pak su datang sini pun dah cukup baik untuk Am. Kesian Am tak ada yang datang sokong."

Adham nampak sedih.

"Tu, ada cikgu kesayangan Am. Dia sokong Am aje."

Muncung mulut Rayyaz terarah kepada Alna.

"Memanglah dia sokong Am, tapi mana boleh hanya sokong Am saja. Cikgu pun ada anak murid lain. Nanti dia orang cakap cikgu pilih kasih pulak. Kesian cikgu," ujar Adham.

Rayyaz pandang dari kejauhan. Alna sedang memberi semangat kepada anak-anak muridnya. Di situ juga ada seorang guru lelaki yang sedang berdiri rapat dengannya.

Itu seorang lagi kaumnya yang suka mengambil kesempatan. Matanya boleh nampak apa yang ada dalam kepala cikgu lelaki itu. Bergesel-gesel bahu lagi.

"Am dah sedia? Dah nak mula ni," kata Alna.

Dia senyum kepada Adham. Alna buat Rayyaz macam tunggul di situ. Nak pandang muka Rayyazpun dia tak mahu. Mereka akan bertekak jika mula melayan. Tak boleh buat pasal dalam sekolah.

"Sebab itulah orang cakap, seorang perempuan perlu menutup aurat. Tak ada yang nak ambil kesempatan."

Suara garau Rayyaz bagai mahu memecahkan gegendang telinganya. Alna telan liur. Kalau bab aurat, dia tahu lelaki ini tujukan kepadanya. Hairan sungguh!

Alna mendengus. Sabarlah wahai hati. Ini di sekolah.

Tiba-tiba Rayyaz menarik tocang Alna menyebabkan kepala Alnaterdongak.

"Eh, awak main kasarlah," kata Alna

Dia terus berdiri tegak dan bercekak pinggang di depan lelaki berjambang itu. Hailah, mawas ni, memang nak kena.

"Menyampah tengok orang tak pakai tudung macam kau ni," jegil Rayyaz.

Bengang sungguh Rayyaz dengan kepala tidak bertutup Alna meskipun dia tahu, Alna sudah punya suami atau kekasih tuanya.

"Awak makan tebuan ke sebelum datang sini?"

Alna membalas jegilan lelaki itu.

Bukannya dia seorang saja guru Melayu yang tidak memakai tudung. Ada lagi tiga orang guru di dalam sekolah ini.

Alna terus berjalan pergi apabila Kayyisa menggamitnya. Lebih baik dia pergi sebelum perang mulut berlakuantara mereka berdua. Silap hari bulan, mereka berdua bergomol di dalam kawasan sekolah. Sakit hati betul dia melihat muka berjambang tersebut.

Dan selepas itu, mawas tersebut berdiri di tempat yang sama dengan gaya sama seperti tadi.

Alna menggelengkan kepala. Lebih baik tak payah datangkalau hanya berdiri macam patung di situ.

DItengahkesibukan Alna yang sedang memberi semangat kepada anak-anak muridnya, Kayyisa mencuitnya.

"Apanya!"

Alna agakterganggudengan cuitan itu. Dia memandang Kayyisa. Mengikuti muncung mulut Kayyisa. Keningnya bersambung apabila melihat si mawas sudah berdiri tegak di depan mereka.

Apa lagi yang dia ni nak?

"Dia tunggu kau pergi dekat dia tu..." Kayyisa berbisik.

Eh, siapa yang cari siapa? dengus Alna.

Semua mata memandang drama pendek itu apabila kedua-dua pelakonnya masih tidak bergerak.

Dengan dengusan yang keluar dari mulutnya, Alna menghampiri.

"Saya nak minta tolong awak bawa balik Adham. Tiba-tiba ada hal yang tak dapat dielakkan," beritahunya.

Entah betul atau tidak ada halnya, kerana matanya itu terlindung dek cermin mata hitamnya.

"Boleh."

Takkanlah dia nak cakap tak boleh, sebab Adham itu anak muridnya. Kalau jadi apa-apa dekat Adham, siapa yang susah?

"Awak pasti suami awak tak marah?" tanya Rayyaz.

Alna terdiam. Suami? Ah, dia mesti salah faham dengan abah. Dia senyum sambil menjawab.

"Dia okey aje."

Lantas Rayyaz berlalu.

Lantak kaulah nak fikir apa pun, desis hati Alna. Tak perlu nak beritahu itu hanya satu salah faham.

"Dia nak apa?" tanya Kayyisa menyibuk.

"Huh, dia suruh aku bawa balik Adham," balas Alna, terus berlalu pergi.

Kau Yang KutungguWhere stories live. Discover now