Bab Sembilan

2K 48 1
                                                  


ENCIKAMMAR duduk di pangkin di bawah rumah. Emaknya itu sedang meraut mengkuang untuk dibuat tikar. Walaupun sudah berusia 70 tahun, tapi emaknya masih lagi kuat membuat kerja.

"Kamu tak nak cari bini baru ke?" tanya Tok Ah kepada Encik Ammar.

"Am selesa macam ni mak. Payah nak cari teman serupa dengan arwah," jelasnya.

Masih lagi tidak mampu merubah cinta untuk orang lain. Meskipun terlalu cinta, jika berkahwin, dia mesti melupakan cinta untuk arwah isterinya. Dia pastinya akan memberi cinta kepada orang yang masih hidup.

"Dah lama arwah pergi. Dia pun nak kamu bahagia dengan orang lain."

"Tak apalah, mak. Kalau mak kahwin lain, Am kahwin juga," usik Encik Ammar kepada emaknya.

Tok Ah memukul Encik Ammar dengan mengkuang yang sudah dirautnya. Encik Ammar ketawa.

"Minggu lepas cucu arwah Tok Ham datang. Pasal rumah kat air terjun tu. Dia nak beli tanah dan juga rumah tu. Nak buat mini resort katanya," beritahu Tok Ah.

"Habis tu, mak nak jual ke?" tanya Encik Ammar.

"Haisy, nak jual apanya. Kamu dah lupa tanah tu bukan milik mak. Milik budak yang duduk memancing kat bendang tu."

Muncung mulutnya ditalakan kepada Alna.

"Lupa pula Am, mak."

Encik Ammar sengih.Sudah pastinyaAlna tidak akan menjualnya. Dia sayang sungguh dengan rumah tradisional tersebut.

Itulah susahnya orang zaman dahulu. Buat rumah, separuh atas tanah sendiri dan separuh lagi atas tanah orang lain. Susahnya zaman sekaranglah.

Kononnya waktu itu mereka mahu bersama-sama bercuti di situ. Dahulu okey lagi, tapi sekarang bila sudah bertukar tangan kepada cucu, tentulah banyak yang mereka mahu lakukan.

"Alna tak tahu lagi, kan?" tanya Encik Ammar.

"Belum. Mak takut dia mengamuk, sebab tu mak tak cakap lagi. Nanti tak pasal-pasal dia pergi cari cucu arwah Tok Hamtu. Mak takut benar kalau Alna mengamuk," ujarnya sambil senyum.

Encik Ammar ketawa kecil. Rupanya emaknya juga takut dengan amukan Alna. Kalau tak kena gaya, mahu makan penampar dengan Alna.

Kadang-kadang dia bimbang jika Alna mengamuk dengan anak muridnya. Sudahlah zaman sekarang tak boleh langsung nak jentik anak orang. Terus tular di Facebook.

Tengoklah kes Cikgu Azizan baru-baru ini. Menegur kerana anak muridnya menghisap gam di dalam kawasan sekolah, tapi ditangkap polis kerana didakwa oleh ibu dan bapa anak muridnya.

"Nantilah mak beritahu dia. Biar dia puas memancing dulu."

Tok Ah senyum. Dia bangun sambil membawa mengkuang yang diraut itu ke tengah laman untuk dijemur bersama dengan mengkuang lain yang sudah hampir layu.

"Banyak dapat ikan, Alna?" tanya Tok Ah.

Alna mengalihkan pandangan matanya daripada tali kailnya.

"Hmm, bolehlah tok. Malam ni kita buat asam pedas ya. Lama dah tok tak buat asam pedas. Rasanya dah sepuluh ekor ikan puyu. Ikan melompat-lompat dalam bendang, tapi kurang pula makan umpan," rungut Alna.

"Ada harinya, ikan nak makan umpan. Tak apalah, sepuluh ekor tu pun dah banyak untuk kita bertiga," ujar Tok Ah sambil membelek tong minyak yang sudah ditebuk di tepinya untuk memudahkan memasukkan ikan ke dalam tong minyak itu.

"Besar-besar juga ni. Tok tak tahu pun dalam bendang ni ada ikan. Kalau tak, dah lama tok letak kail dalam bendang ni," balas Tok Ah.

"Itu namanya rezeki Alna, tok."

Alna ketawa kecil.

Tok Ah masuk ke dalam rumah dan keluar semula dengan besen dan juga pisau di tangan.

"Tok nak siang ikan kat sini ke?" tanya Alna.

"Yalah, cepat sikit kita boleh makan," ujarnya sambil tersenyum. Air di dalam tongdibuang.

Setelah kering airnya, ikan itu dituang ke dalam besen yang dibawanya. Senang kerja. Nanti kalau Alna dapat ikan terus disiangnya.

BERTAMBAH nasi Alna dan abahnya malam itu. Sudah lama mereka tidak merasa masakan asam pedas ikan air tawar Tok Ah.

"Kalau hari-hari Alna duduk kampung, mesti Alna gemuk."

Alna ketawa.

"Gemuk pun tak apa. Sedap mata tok tengok Alna. Ini tak, kurus kering macam orang tak cukup makan," balas Tok Ah.

Dia pandang badan Alna.

"Haisy, tok ni. Badan Alna macam model ni tok cakap kurus kering. Payah betul nak dapat saiz badan macam ni. Orang bodoh aje tak suka badan macam ni."

Alna ketawa kecil.

"Tapi, saiz badan yang cantik tak mampu nak buatseorang lelaki terus berada di sisi," sambungAlna, tertunduk.

Tiba-tiba dia teringatkan bekas tunangnya.

Tok Ah berhenti menyuap makanan. Jika diikutkan hati yang marah kerana Sahid curang, sudah lama Tok Ah bawa parang, mengamuk di rumah Sahid. Kasihan kepada satu-satunya cucu kesayangannya.

"Lelaki macam tu, tak berbaloi. Allah tak balas apa yang dia buat hari ni,mungkin Allah tunggu masa yang sesuai," kata Tok Ah, cuba menyedapkan hati cucu kesayangannya.

"Mungkin juga."

Encik Ammar hanya diam sajamendengar bicara cucu dan nenek itu. Dia sudah puas mengamuk selepas tahu hal itu. Bayangkan sebelum majlis berlangsung, Sahid datang beritahu dia kena tangkap basah.

Jika diikutkan hati yang sakit, sudah dilanyaknyaSahid. Tapi, itu cara orang tak bertamadun. Akhirnya majlis perkahwinan tersebut terpaksa dibatalkan dan diganti dengan majlis kesyukuran.

Kau Yang KutungguWhere stories live. Discover now