Bab Enam

2.2K 54 7
                                          


ENCIKAMMAR hanya melihat saja mereka memunggah meja-meja tersebut. Terpaksa pula membawa meja itu naik ke tingkat 10. Mujurlah lif barang yang ada di belakang bangunan itu boleh memuatkan tiga meja untuk sekali perjalanan.

Dua orang lelaki datang menghampiri mereka.

"Encik Ray, nilah tuan punya kedai perabot tu."

Lelaki yang lebih kecil dan rendah, memberitahu.

Rayyaz pandang lelaki separuh umur yang masih lagi kacak. Teringat dia pernah bertemu dengan lelaki ini dengan cikgu Adham dahulu. Inilah rupanya kekasih perempuan itu. Patutlah perempuan tu suka kat lelaki tua ini, kacak dan juga masih gagah tubuh badannya. Bukannya lelaki tua yang tak ada stamina.

Masih sihat meskipun dimamah usia. Tak hairanlah perempuan itu mahukannya. Dunia akhir zaman. Nampaknya semua lelaki muda sudah kalah dengan lelaki tua. Lelaki muda macam dialah. Hai, Rayyaz kau cemburu ke? Hati kecilnya bertanya.

"Panggil saja Pak Cik Ammar," kata Encik Ammar seraya menghulurkan tangan, menyalami tangan Rayyaz.

"Ada kedai perabot aje ke? Tak ada galeri perabot?" tanya Rayyaz berbasa-basi.

"Hmm, pak cik tak mampu nak buat galeri."

Encik Ammar ketawa kecil.

Dia mengarahkan pekerjanya membawa masuk meja tersebut. Pembantu Rayyaz terus mengarahkan pekerja Encik Ammar meletakkan meja-meja tersebut di stesen yang tiada meja.

"Dah lama ke pak cik buat kerja ni?" tanya Rayyaz ketika mereka berdua sudah berada di dalam bilik pejabat Rayyaz.

"Lama dah. Bolehlah nak tampung hidup," ujarnya sambil tersenyum.

Encik Ammar pandang Rayyaz yang nampak tegas. Daripada cara bercakapnya pun dia sudah tahu anak muda ini tegas orangnya.

Mulut Rayyaz ingin saja bertanya, kekasih hatinya itu tidak meminta-mintakah? Perempuan begitu mesti kemahuannya tidak terjangkau dek akal.

"Pak cik nampak muda. Tentu ada perempuan sukakan pak cik."

Rayyaz sudah mula mengorek. Dia senyum penuh makna.

Encik Ammar ketawa kecil. Ramah pula Rayyaz yang tegas ini.

"Adalah juga. Tapi, tak boleh lawan Rayyaz yang terlebih kacak ni," balas Encik Ammar. Dia memuji Rayyaz.

Dia akui, Rayyaz ada ciri-ciri yang perempuan suka. Tinggi lampai, muka campuranpula walaupun terlindung dek jambangnya itu. Mesti ramai yang tergila-gilakannya.

Itu andaiannya.

"Mana ada pak cik. Pak cik rasanya yang ada," balas Rayyaz.

Belum pun sempat Encik Ammar membalas, pintu bilik pejabat Rayyaz ditolak oleh seseorang.

"Ray..."

Panjang panggilan itu. Seorang perempuan yang memakai blaus dan seluar slek masuk ke dalam pejabatnya.

"Ops, sorry. I ingatkan tak ada orang." Terus si perempuan menutup mulutnya.

"You ni tak reti nak ketuk pintu ke?"

Rayyaz jegilkan matanya.

"Kan pak cik dah kata. Mesti ada yang nakkan Rayyaz."

Encik Ammar senyum.

"I duduk diam-diam kat sini. You bincanglah. Tapikan, meja yang baru you tempah tu tak cantiklah rekaannya. Kenapa pula ada laci-laci kecil kat atas tu?Nampak pelik," katanya.

Kau Yang KutungguWhere stories live. Discover now