Bab 7.2 - Orang Asing

914 91 15
                                    

DINA memerhatikan Diha yang sedang leka melayan Hakeem bermain di ruang tamu. Dalam pada itu mindanya ligat berfikir. Cuba mencari sesuatu yang munasabah untuk dijadikan paksi bagi meleraikan keraguan yang sejak dari awal gagal diusir.

"Kak ...."

Diha menoleh. Senyum.

"Dina dah fikir banyak kali. Still, this doesn't make any sense," luahnya.

Diha mengangkat Hakeem lalu meletakkan si kecil di dalam playpen. Perlahan langkah diatur merapati Dina.

"Apa yang tak make any sense?" Lembut dia bertanya.

"Sekarang ni akak bersetuju untuk berkahwin dengan orang asing. Tak dapat agak hati budi dia macam mana. Betullah dia suami Kak Marsha. Tapi, Dina hairanlah. Kak Marsha tak pernah beritahu pun Ariyyan tu suami dia. Kenapa, eh? Lagi satu ... akak rasa Kak Marsha tahu tak yang akak ni peminat ARJUNA. Die-hard fan lagu-lagu Ariyyan?"

"Entahlah," balas Diha ringkas sambil menjungkit bahu. Tatkala dilihat Dina masih menunggu bicara lanjutnya, dia menyambung, "Mungkin Marsha ada sebab sendiri. Akak tak pastilah, dik."

Diam.

"Well, to look from the bright sight, itukan Ariyyan ARJUNA. Bukanlah akak tak kenal dia langsung," gurau Diha cuba membendung kebimbangan si adik.

"Mana sama, kak! Kita kenal dia sebagai artis je. Tak lebih daripada itu. Apa yang kita nampak atas pentas tak semestinya menunjukkan siapa diri dia yang sebenar. Eh, tapi favourite band akak ni dah tak popular kan? Diorang dah tak ada album baru kan?"

"Semuanya terhenti selepas Marsha meninggal. Ariyyan dah tak buat lagu lagi. Nak menyanyi pun macam dah tak minat," balas Diha. Lantas fikirannya terbawa-bawa mengingati lelaki itu. Tampang mukanya. Suara, tutur dan bahasa tubuh.

"So, akak setuju nak kahwin dengan dia semata-mata nak tunaikan permintaan Marsha?"

"Partly, yes. Akak terhutang budi pada arwah Marsha. Lagipun akak dah janji nak tolong dia. Mainly, akak sendiri terpanggil nak bantu Ariyyan supaya dia boleh bangkit semula. Akak nak dia kembali seperti dulu. Teruskan hidup walau tanpa isteri kesayangan. Hasilkan lagu-lagu indah yang boleh sentuh hati ramai orang," jelas Diha.

Dina tidak membalas apa-apa. Membiarkan sahaja kakaknya terus berkata-kata.

"Muzik dah jadi sebahagian besar daripada diri Ariyyan. Sebahagian lagi dunianya dengan Marsha. Dia dah kehilangan Marsha. Sekurang-kurangnya akak boleh usaha agar dia tidak kehilangan semua yang bermakna dalam hidupnya," tambah Diha lagi.

Dina melepaskan keluhan kecil. Dia sedar lagu-lagu ARJUNA ciptaan Ariyyan banyak memainkan peranan dalam kehidupan Diha. Mendengar lagu-lagu Ariyyan merupakan aktiviti masa senggangnya. Koleksi lagu itu jugalah yang menjadi coping mechanism Diha jika dia tertekan atau tatkala hati dirundung sunyi.

Diha tidak pandai mengekspresikan kemarahan atau kekecewaan. Orangnya jenis lebih suka mengalah, berdiam dan memendam perasaan. Tetapi, semenjak kecil Diha memang suka mendengar muzik. Mungkin terikut-ikut dengan minat arwah ayah mereka. Setiap kali dimarahi ibu atau ayah, Diha tidak melawan. Jika tersinggung, Diha diam membungkam. Kakaknya itu akan masuk ke dalam bilik dan memasang radio. Duduk mengurung diri sehingga perasaannya terubat. Barulah akan nampak kelibatnya selepas itu.

Minatnya terhadap ARJUNA hanya pada muzik yang dibawakan oleh mereka. Lebih tepat lagi, Diha serasi dengan lagu-lagu ciptaan Ariyyan. Kebanyakan lagu berentak balada yang dinyanyikan oleh Ariyyan menjadi kegemaran kakaknya yang berjiwa lembut itu. Namun, minat Diha tidaklah terbawa-bawa hingga ingin mengambil tahu tentang cerita atau gosip kehidupan mereka di luar. Jika diikutkan, logik juga Diha tidak tahu-menahu tentang hubungan Ariyyan dan Marsha.

Lelaki Langit Bumi (Terbit E-book)Where stories live. Discover now