• A S T : 2 5 •

1.4K 102 7

" WHAT? " soal Carl.

" Saya nak balik Malaysia. Majlis kahwin abang saya lagi dua hari je. Saya tak kira. Apa pun alasan awak, saya tetap nak balik hari ni! " balas aku, tetap dengan keputusanku.

Carl pandang wajah Rose lama sebelum dia terfikir akan sesuatu. Majlis yang dia perlu pergi itupun lagi dua hari. Abang dia ni kawan aku ke?

" Okay, we'll go back to your country today. But are you sure you want to go there by today, or more precisely, TONIGHT? Tak nak pergi esok? " Carl menyoal aku, menginginkan kepastian. Aku mengangguk yakin.

" Deal, Mr. Carl? "

" Deal. "

°°°°°

" LADIES and gentleman, please remain seated until the aircraft stop completely. The local time here is seven p.m. We hope that you've done a wonderful journey with us. Thank you. "

Pesawat peribadi milik Carl mula mendarat di lapangan terbang Kuala Lumpur 2 ( KLIA 2). Setelah pesawat ini betul-betul mendarat di atas landasan, terus aku mengambil bag bagasi milikku dan menanti Carl di luar pesawat.

Carl duduk di hadapan, bahagian yang paling mewah sekali dalam pesawat tu. Entah apa yang dia buat sampai lama sangat dalam tu akupun tak tahu.

Jadi ada kesempatan ni aku apa lagi, buka telefon bimbitlah! Nak call ibu aku dan Tasha. Maka tangan aku laju mencari nombar ibu aku dalam senarai kenalan dan butang untuk call ditekan.

" Assalamualaikum ibu. Ni anak ibu ni, Rose. " ucapku. Haih, rindu gila dengan ibu! Apalah agaknya ibu tengah buat sekarang ni?

" Waalaikumussalam. Anak ibu! Mana kamu pergi lama sangat? Kami dekat sini semua tunggu kamu, tahu tak? Risau betul ibu kalau kamu hilang. " aku tergelak kecil.

Comel aje ibu aku ni.

" Rose okay je la ibu. Ada lagi ni ha, hidup lagi, bu. Rose nak cakap yang Rose dah ada kat KL dah, tapi maybe akan lambatlah sebab Rose baru je sampai Malaysia. Ni pun baru je lepas landing flight ni. " ujarku lagi. Aku pasti yang riak wajah ibu ketika ini ialah riak wajah risau kerana ibu paling risau kalau apa-apa jadi dekat aku.

Yalah, anak last. Mestilah dimanjakan, kan?

Haha.

" Nak ibu datang ambil tak? Ibu dengan ayah boleh je ambil kamu dari airport. "

" Eh, tak apa-tak apa ibu. Rose okay je, boleh pergi sendiri. Apa-apa nanti Rose call ibu. Rose letak telefon dulu, ya? Assalamualaikum. "

" Waalaikumussalam. Hati-hati dekat sana. "

" Okay, bu. "

Panggilanku dengan ibuku tamat. Kepala aku tolehkan ke belakang bagi mencari Carl dan....

" Hi dear. "

Tiba-tiba sahaja Carl muncul dan mendekatkan wajahnya dengan wajahku lalu membuatkan aku terjerit kecil. Hampir-hampir sahaja aku jatuh ke atas lantai tapi sempat dia mengaut pinggangku dan menahanku daripada jatuh.

Aku pandang matanya. Dia juga pandang mataku, membuatkan aku terus terkaku tanpa suara.

Mata dia Ya Allah. Dari mata dia sampailah bibir dia, semuanya kelihatan sempurna sekali! Tiada cacat celanya di situ. Maskulin! Ya, kalau masuk majalah maskulin ni mesti cair terus gadis-gadis yang melihatnya.

Amo Sole Te [ I Love Only You ]Where stories live. Discover now