31: Mystery Girl (v)

620 53 15
                                    

Beberapa kali Iefa, Clara dan Affi berbalas-balas pandangan. Setiap seorang lain-lain maksud pandangan mereka.

Clara: Serius lah mamat ni abang aku yang patutnya dah umur 60 lebih?

Affi: Rileks ah korang. Tu mak aku, Clara adik aku. Ada masalah?

Iefa: Ah sudah... macam mana nak amik bayaran ni? Kalau dia perempuan, aku boleh buat, ni masalahnya...perempuan TUA!! Takkan aku nak 'buat' untuk ambik bayaran kot?

Segalanya dibicarakan secara telepati. Suasana senyap sahaja selama beberapa minit sebelum Makcik Elis memecah suasana. "Macam mana? Boleh tunaikan hajat makcik?" Soal Makcik Elis, memandang satu per satu wajah mereka bersilih ganti, walaupun kabur di lensa matanya.

Suasana senyap lagi.

[Takpayah pelik kenapa suasana asyik senyap je. Kau cuba pikir kalau korang kat kasut diorang, agak-agak kau nak cakap apa pada Makcik Elis? Apa makcik tu akan respon kalau tau anak dia ada je depan mata dia? Lagi terkejut, anak dia yang sepatutnya dah tua bangka elok muda belia depan dia. Amacam? Kau nak cakap apa? Bak mai sini idea.]

"Uh...mak...makcik..." Affi buka mulut akhirnya. Clara dan Iefa menoleh memandang Affi dan memberi pandangan bagaikan bertanya "Apa kau nak cakap hah? Kau punya otak tu bukannya betul sangat.."

Dan Affi membalas dengan pandangan, "Hei lebih baik aku come out dengan satu jalan daripada senyap saja. Kalau pelan aku hancur, korang backup la. Payah sangat pun."

"Ya?" Sahut Makcik Elis. "Kalau mak... ehem.. makcik dapat jumpa anak makcik mesti makcik nak tengok rupa dia dengan jelas, kan?" Soal Affi.

Makcik Elis mengangguk. Iefa menyiku lengan Affi, lalu berbisik, "Woi kau nak buat apa ni?" Soal Iefa separa geram. "Kau tengok je la" Balas Affi.

"Mari saya pulihkan katarak makcik tu." Affi melangkah menghampiri kerusi roda Makcik Elis. "Ah tak perlu! Makcik tak mahu jumpa doktor!! Makcik tak mahu mata makcik dibedah!!" Makcik Elis menggawang-gawang tangan di udara, meracau. "Tak.. tak... makcik. Tak perlu ke doktor pun. Saya boleh pulihkan sekarang jugak. Makcik bertenang, ya..." Affi melutut di hadapan Makcik Elis.

"Tutup mata, makcik.." arah Affi lembut. Makcik Elis menurut. Affi tekapkan tapak tangannya di kelopak mata Makcik Elis. Perlahan-lahan cahaya biru halus kelihatan di celahan tangan Affi. Sesaat dua kemudian, Affi jauhkan tangannya dari kelopak mata Makcik Elis.

"Bukak mata, makcik..." arah Affi.

Perlahan-lahan, Makcik Elis membuka mata lalu pemandangan yang tadinya kabur, kini jelas di lensa mata. Makcik Elis tidak percaya. Matanya melilau memandang sekeliling. Rumah mewah yang didiami ditatap penuh nikmat setelah 20 tahun tidak mengecap nikmat itu.

Pandangan matanya dilorotkan pula memerhati anak-anak belia di hadapannya.

Anak perempuannya, Clara, setia berada di sisi kerusi rodanya. Berambut putih sepertinya. Berwajah cantik dan manis senyumannya. Anak ini yang dia lahirkan ketika umurnya sudah mencapai 50 tahun. Anak yang kedua dia kandungkan. Anak yang mereka kata tidak akan mampu hidup lama kerana dilahirkan tak cukup bulan. Anak yang dikatakan akan hidup kesedihan kerana mempunyai ibu yang mempunyai jarang umur yang berjauhan.

Clara dipeluk erat oleh Makcik Elis. Dia tidak pernah dapat melihat wajah Clara secara jelas sejak Clara lahir kerana Makcik Elis sudah menghidap katarak sejak sebelum kelahiran Clara lagi. Wajah anggun anak itu ditatap penuh kasih.

Kemudian dia beralih memandang seorang gadis berpakaian gaun hitam. Juga punya rambut hitam panjang separas pinggang. Punyai mata yang bundar, alis elok terbentuk, dan anak mata merah kecoklatan. Kulitnya putih pucat. Secara keseluruhannya, gadis itu tampak indah dipandang.

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now