Bab 8

1.7K 39 26
                                    


"KAU tak nak sembang dengan aku heh, sebab tu kau tak naik sini? Maklumlah aku bukan Helmi Sahak, macam Fatih Aman lagilah jauh. Kalau aku dia orang ka tentu kau tak nak berpisah kan..."

"Hotak kau Abu! Penting diri kau saja , aku ni sihat ke, sakit ke kau tak pernah nak ambil tahu kan?"

Jawab Aliza dengan suara bersahaja. Sambil tu dia buka tingkap kayu yang menghala ke hutan . Nak bagi udara segar masuk ke bilik . Dua hari tak naik sini . Emaknya memang tak kasi dia naik rumah bahagian atas jika dia disampuk hantu. Nanti bertambah-tambah kena sampuknya. Dia menurut saja sebab badannya pun letih, malas nak berlawan cakap dengan emaknya. Sementelah apa yang dikata Mak Nah betul belaka. Bilik ni memang bilik hantu-hantu berkumpul pun.

"Owh kau sakit ke?" Tanya Abu.

Aliza menoleh ke arah katil. Dia tak pernah lihat rupa sebenar Abu, dia cuma nampak imbas-imbas saja. Dia tahu Abu sedang mengunakan katil kesayangannya. Menyedap saja Si Abu ni.

"Kawan-kawan kau la yang selalu buat aku sakit!"

Abu gelak kuat. "Iya ke? Apa pasal aku tak tahu?"

"Itulah aku kata , kau hanya pentingkan diri sendiri. Masa aku sakit, kau sedap-sedap je guna tilam bantal aku kan? Kau tak balik pun kat pokok rumah kau tu... aku tahu."

"Hujan la darling Ija. Sejuk! Tempat kau selesa. Mewah."

"Heh...jin macam kau pun nak duduk tempat sedap-sedap? Bukankah tempat asal kau dari pokok-pokok dan hutan?"

"Ini jin zaman Iphone la Ija. Apa kelas nak baring atas dahan ?"

Aliza jeling. Letih la sembang dengan jin perasan ni. Bajet moden la sangat. Memang hantu-hantu ni ikut peredaran zaman eh? Nak tidur tempat sedap, nak naik motor bagai.

"Bangun la ! Aku nak baring tempat aku!" Aliza marahkan Abu. Mana tahan tilam bantal dilasak makhluk lain. Radang ingatkan kelakuan dia orang ni. Melampau. Semua nak tumpang.

"Yalah yalah... baringlah. Kau kan sakit kan? Kau kena rehat. Berdiri kat situ lama-lama bukan elok. Sejuk."

Abu bangun lalu bertukar tempat dengan Aliza. Abu bertenggek di birai tingkap, salah satu tempat kesukaannya juga selain dari katil Aliza. Sementara Aliza menepuk-nepuk dua biji bantal kekabunya sebelum meletakkan kepala di situ.

"Ija kau nak tidur dah ke?"

"Ha la, nak tidur la kalau dah terbaring di sini, bukan macam kau yang asyik nak berangan atas tilam bantal orang!"

"Alaaa... jangan la tidur lagi Ija, layan la aku dulu." Pinta Abu dengan suara mendayu.

"Tak kuasalah aku. Esok aku kerja pagi. Bos aku dah tukar giliran aku ke pagi. Balik malam-malam asyik kena ganggu dengan kawan-kawan kau aje. Dah la berat, busuk nak mampus pulak tu."

"Eei... aku bencilah pada anak dara tua tu. Suka masuk campur hal kau!

"Anak dara tua mana?" Terbeliak mata Aliza pandang arah tingkap.

"Bos kau la , siapa lagi anak dara yang tak kahwin? Kau kalau tak kahwin , aku seronok!"

"Apa hal pulak kau nak marah bos aku? Dia tak ada salah pada kau pun Abu! Malah dia paling baik layan aku. " Marah Aliza balik .

"Memanglah dia tak salah pada aku . Tapi aku memang tak suka perempuan tu. Dia selalu kawal kau macam-macam. Dia tu berkenan sangat kat kau. Kalau boleh dia nak kahwinkan kau dengan adik dia , kemudian dia jadikan kau kuli dia. Kau kan pandai masak. Dia suka makan , kasi perut dia buncit. Entah-entah banyak cacing dalam tu. Kau yang bodoh nanti , jadi tukang masak dia dan cacing-cacingnya. " Provok Abu.

"Hish...merapu jer kau ni Abu. Kalau pasal mengutuk manusia , serah kat kau ajelah ya. Semua kau tahu, semua kau betul. Aku ni, kenal adik dia pun tidak , macam mana nak kahwin? Merepek. Tak pernah terlintas di kepala aku nak kahwin dengan adik dia. Macam mana rupa pun aku tak tahu. "

"Kau tak percaya sudah. Dah jadi kuli dia nanti , baru kau tahu aku apa yang aku cakap ni betul." BalasAbu, mempertahankan tuduhannya.

"Aku rasalah Abu... lebih baik la kau pi jaga geng-geng kau dari asyik kacau hidup aku , supaya dia orang tak berpura-pura baik sebab nak menumpang aku, daripada kau nak busy body pasal Puan Shahida , pasal kerja aku, pasal periuk nasi aku. Apa kau ingat, aku ni boleh dapat duit ke kalau ikut cakap kau? Kau boleh bagi akut duit? Tak la kan? Kau tu pun menumpang tilam bantal aku sedar tak?"

"Mengungkit..."

"Mengungkitlah kalau benda betul. Apa untungnya ada kau? Ada kau tolong aku? Kawan-kawan kau buat jahat pada aku pun kau tak tolong."

" Alaa, Ija ...kawan-kawan aku tu ,bukannya buat jahat pada kau. Kami mengusik saja. Mengusik tu, tandanya kami suka dan sayang kau. Tak semua manusia kami usik. Yang kami suka aje tau. Kau bertuah!"

"Usik pala hotak kau Abu! Aku nyaris maut sebab terkejutkan kawan-kawan kau tahu tak? Tu kat bawah mak aku ... esok lusa mahu semput sebab mengheret aku yang berat ni. Sayang sangat la korang pada aku ya?" Sembur Aliza lagi.

"Jangan la marah-marah darling Ija. Kau marah tak comel. Chillex okey? Nanti aku kawtim dengan dia orang. Itupun yang sama suku la. Yang suku-suku bangsat tu aku tak campur. Aku kan jin high class punya. Memang tak campur yang bertanduk bagai tu. Dia orang tu kasta rendah."

"Ceh... tak habis-habis berlagak kau Abu! Geli telinga aku dengar. Kasta tinggi konon. Lantak kau lah!"

Aliza tarik selimut tutup seluruh tubuh dan mukanya. Di baca macam-macam ayat-ayat al-Quran dipesan Mak Nah. Ayat tiga Qul dia tak lupa baca. Itu yang dipesan bersungguh-sunngguh oleh Puan Shahida tadi, semasa bosnya telefon bertanya khabar.

Agaknya Abu sudah terbang ke pokok penginapannya. Panas la tu. Padan muka. Cakap pandai, habuk pun tak ada. Malam ni Aliza kasi ajar dengan ayat-ayat al-Quran. Biar Abu kesejukan atas pokok jawi tu. Jin berlagak!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 06, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JANGAN GANGGU JODOHKU!Where stories live. Discover now