Terima kasih atas sokongan readers semua. Peningkatan followers yang mendadak kerna cerita ini amat saya hargai.
Ketahuilah, cerita ini memang tidak seperti Yang Kedua mahupun Love.
Kisah ini tiada penghujung, saya yang inginkan ia begitu.
Memang tidak mahu ada hukum karma atau pengakhiran gula2 kapas ke atas setiap watak seperti kebiasaan cerita. Terlalu cliché dalam karya. Saya tahu ramai yang kecewa akan pengakhiran AKU ORANG KETIGA.Kisah ini kisah kehidupan seharian. Disekeliling kita, entah2 ada dikalangan kita yang sedang menempuhi masalah sebegini dalam hidup.
Kepada yang awal komen di bab terakhir, saya ada menerangkan kenapa dan bagaimana pengakhiran yang sepatutnya. Bila soalan yang sama diulang semula, saya rasa ini yang patut saya lakukan.
Persoalan Alina dan Taufik.
Ini sudah jelas mereka berpisah. Cuma ada yang bertanya adakah Taufik menghidap AIDS. 😓
Tidak. Cuma penyakit kelamin. 😌
Tapi isteri mana boleh bertahan bila tahu tentang aktiviti suami di belakangnya kan? Itupun mujur dapat diketahui walaupun agak memeritkan caranya.Persoalan Remy
Ya, Remy masih membataskan dirinya dengan Iza kerana hormatkan hubungan kekeluargaan mereka. Rasa bersalah dari awal masih menyelimuti dirinya. Dia masih mencari ruang dan peluang untuk mendekati Iza dan anak anak, tapi layanan dingin Iza membuatkan Remy terhenti. Apatah lagi Fakhrul tidak menyenanginya dari awal pernikahan mereka.
Persoalan Syazana
Readers dah tahu bagaimana luar dalam dia. Kelakuan dan sifatnya disebalik kerjaya hebat yang dipegang. Walaupun tiada karma keatasnya (didalam cerita ni), anda rasa orang sebegini akan tenang hidupnya setelah menyekutukan Allah? Adakah keberkatan rezeki dengan gaji bulanan yang diperolehi? Adakah kasih sayangnya terhadap Fakhrul benar benar tulus? Kemungkinan untuk dia insaf pasti ada. Segalanya telah disematkan pada bab terakhir wataknya wujud. Disitu juga, ada hint perjalanan hubungan dia dan Fakhrul seterusnya.
Persoalan Assyila
Watak sampingan di sisi Wan Razlan (melting sat 😅). Tak banyak input tentangnya tapi rata2 tahu dia careerwoman, mengejar impian hingga membelakangkan keluarga. Rasanya peristiwa malam Alina nampak Wan Razlan keluar bermotosikal dan 3 minggu Wan Razlan ke London, pulang tanpa berita Assyila cukup untuk menjelaskan apa status hubungan mereka😉😉.
Status Iza, Fakhrul dan Wan Razlan
- jelas dari awal Fakhrul enggan melepaskan Iza kerana masih cinta. Cintanya pada Iza tak pernah padam. Namun pasang surutnya paras cinta dalam perhubungan pasti ada. Sedangkan cinta Iza pada Fakhrul sudah mati.
-ya, Iza tak membuat apa2 tuntutan di mahkamah. Memang tiada kekurangan dari Fakhrul terhadapnya dan anak anak. Semuanya Fakhrul baiki, lengkap zahir dan batin. Cuma hatinya....
- hubungan terlarang dan perpisahan sementara antara Iza dan Wan Razlan.. adakah itu satu permulaan untuk satu hubungan ke satu aras yang lebih tinggi? Mereka sama sama serasi, punya keinginan dan cita cita yang sama. Saling melengkapi.
Terpulang pada anda sebagai pembaca untuk mengakhirkannya mengikut selera sendiri.
-❤adakah Fakhrul lembut hati dan bersetuju melepaskan Iza setelah Wan Razlan menunjukkan kesungguhan untuk memiliki Iza dan membahagiakan Iza sepertimana yang pernah Fakhrul impikan.
Atau
💕Wan Razlan dan Iza berhubungan sulit disebalik label 'rakan kongsi', dek keangkuhan Fakhrul yang masih ingin mencuba mempertahankan mahligai cinta pertamanya dan menggunakan alasan anak anak sebagai penghalang
Tepuk dada tanya selera.
Atau..
Apakata kita buat undian. Yang mana satu pilihan readers 😂😂------------------------------------
Haaaa.. rasa cam buat ulasan sastera pula.
Ketahuilah, jiwa manusia sangat rapuh. Di satu saat ada insan menemui jalan kebenaran dan di saat itu juga ada insan menemui sesuatu mengikut kata hati tanpa berlandaskan hukum agama. Pengisian jiwa harus sentiasa berterusan. Benar, pegangan kita tak sekuat mana, kadangkala tergelincir. Usahalah agar tak terus hanyut dibawa arus.
Nahkoda rumahtangga adalah kuncinya. Jadi lelaki, sila penuhi dada anda dengan ilmu rumahtangga dan agama bukan ilmu tumblr 😅, sebelum menggatal nak anak dara orang.
Jangan sesekali lepaskan semua pada isteri. Nescaya satu hari, isteri akan merasakan tanpamu, dia bisa mengharungi semua sendirian.
Isteri, usahlah berbangga dengan pangkat dan kedudukan yang ada. Sayangilah keluarga, kasihani anak anak. Semua yang ada, datang dari Yang Esa.
Tolak ansur dan komunikasi dua hala yang sihat penting dalam hubungan suami isteri. Ego dan keras kepala biarlah berpada.
Wahhh.. cenggitu pulak ending kali ni.
Harapnya ini dapat membantu readers semua.Keputusan di tangan anda.
Adios...
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...