" t-tolong, Jihoon. Tolong— ugh! "

Jihoon tak sampai hati membiarkan aku sendirian. Daripada wajahnya, aku dah tahu. Tetapi dengan pantas dia terus mengeluarkan telefon nya lalu mendail nombor seseorang.

" Dokyeom-ah? Palli! "

" Woozi hyung, kau drive. " kunci van hitam tersebut dilemparkan ke arah pemuda yang rendah itu. Tergopoh-gapah pemuda itu ingin menangkapnya. Yoongi yang melihat saudaranya juga turut menyertai ekspedisi ini hanya mampu menepuk dahinya.

" jangan baling lah bodoh. " Woozi menjeling dan Dokyeom mengangkat kedua bahunya. Mereka semua kini memasuki ke dalam van itu lalu mengambil tempat duduk masing-masing. Dokyeom yang sedang duduk dibahagian penumpang di belakang mengeluarkan macbook nya lantas menghidupkan ia.

" okay, jadi aku ada benda nak beritahu korang tentang lubang kematian ini. " Dokyeom berkata dengan nada yang pantas. Woozi pula sudah menghidupkan enjin kereta dan disebelah Woozi terdapat Wonwoo. Wonwoo memandang ke arah Jungkook yang langsung tak perasan kewujudan nya itu. Dia berdecit. Hidung besar sangat ke sampai tak nampak dia kat hadapan ni?

Van tersebut mula bergerak. Woozi memandu kereta itu dengan kelajuan yang maksimum kerana itu memang stailnya membawa kereta dan kerana itulah Yoongi langsung tak memberikan dia peluang untuk bawa kereta.

" kalau korang lihat di dalam cctv ini, roh Hoseok sudah pun berubah ke seseorang yang lain. " Dokyeom berkata dengan jelas. Kelihatan ada rakaman cctv yang terpapar pada skrin macbooknya dan dalam rakaman tersebut terdapat susuk tubuh Hoseok yang sedang berjalan di bahagian koridor, tanpa sebarang eksperiasi wajah.

Dokyeom kemudian menekan beberapa butang dalam macbooknya menyebabkan rakaman cctv tersebut bertukar kepada seratus peratus berlainan. Kini, Hoseok yang berjalan di koridor itu tiada, sebaliknya seorang kanak-kanak perempuan yang berjalan di situ dengan berlumuran darah pada wajahnya.

Jimin menekup mulutnya menakala Seokjin mengeluh berat. Jungkook pula memandang ke arah rakaman itu dengan teliti; tak mahu meninggal apa-apa klu ataupun petanda begitu juga Yoongi.

" see? Jadi melalui sini kita tahu yang Hoseok langsung tak sedarkan diri sebenarnya. Dia dirasuk. " Dokyeom membuat kesimpulan. Dia zoom in ke arah wajah perempuan yang menggunakan tubuh Hoseok sebagai patungnya itu.

" dia ini, adalah budak perempuan yang sama kau orang nampak semasa di dalam lubang kematian itu. "

" tuhanku " Jimin menekup mulutnya sekali lagi dan dia melihat ke arah Seokjin. " adakah benda ini nyata? Kita tak bermimpi kan? " soalnya lagi dan Seokjin hanya mampu mendiamkan diri. Sejujurnya mereka semua mahukan ini menjadi mimpi dan bukan nya nyata.

" malangnya inilah realiti, Jimin. " Dokyeom menghadiahkan senyuman nya ke arah lelaki itu. Jimin hanya mendiamkan diri. Kemudian, Dokyeom memandang semula ke adah skrin macbook nya.

" not suprising. Tetapi apa yang dia mahukan? " soal Jungkook pula dan Dokyeom tersengih.

" aku teka yang dia mahu balas dendam. " kata Dokyeom lagi dan itu menyebabkan yang lain seribu kali ganda pelik dan tak faham langsung dengan jawapan pemuda itu.

Woozi membelok kereta tersebut pada kona yang tajam menyebabkan kereta itu tersenget sedikit ke tepi dan itu membuatkan mereka yang berada di dalam kereta itu hampir terjatuh.

" yah, Woozi. Kau nak kitorang mati ke ha? " Yoongi memarahinya daripada belakang dan dia sendiri dapat jangka yang lelaki bernama Woozi itu kini tersengih dengan kata-katanya itu.

" semua orang akan mati, hyung. "

" cibai betul. " Yoongi bercakap perlahan. Kalau tak kerana Dokyeom ini yang menyuruh lelaki itu memandu, sudah lama dia belasah budak itu secukup-cukupnya. Tak ada lesen, tapi nak memandu. Tuhanku.

" balas dendam? Kenapa? " soal Jimin pula. Jungkook yang berada di hadapan nya memikirkan sesuatu. Dia terkenangkan semula saat-saat dia, Taehyung, Namjoon dan Hoseok bertemu dengan budak perempuan itu.

Budak itulah yang tolong diri mereka mencari Jimin dan Yoongi.. tetapi kenapa?

" ianya tak masuk akal. Dia yang menolong kami untuk melepaskan Yoongi dan Jimin. " kata Jungkook lagi dan itu membuatkan Dokyeom memandang ke arahnya.

" oh iya? Jadi kau tak rasa pelik kenapa dia tiba-tiba sahaja menawarkan pertolongan? " Soal Dokyeom lagi dan itu membuatkan Jungkook terdiam.

" ceritakan pada aku, Jungkook. Semuanya. " Dokyeom memandang ke arah Jungkook. Wajahnya serius memandang lelaki itu. Jungkook menelan air liurnya.

" budak itu sering ganggu kami. Dia pernah menganggu aku dan Taehyung semasa kami sedang jalankan siasatan tentang lubang tersebut dan dia memberi amaran pada kami untuk keluar daripada lubang itu secepat yang mungkin. "

" ya.. yang itu aku tahu. Selain daripada itu? "

" dia mengigit lengan Taehyung dan... dia juga beritahu aku, Taehyung, Hoseok dan Namjoon yang dia berterima kasih sangat pada Taehyung kerana dengan mengigit tangan Taehyung, wajahnya pulih seperti manusia semula. Tetapi aku tak pasti apa yang dimaksudkan olehnya. "

Seokjin, Jimin dan Yoongi memandang Jungkook dengan mulut tercengang. Jungkook memandang mereka dengan pandangan yang pelik. " mende? " soalnya.

" ah, " Dokyeom mengetuk kepalanya. " kenapa kau tak pernah beritahu perkara ini? " soalnya lagi ke arah Jungkook. Lelaki itu nampak terpinga-pinga apabila melihat Dokyeom melakukan sedemikian.

" kenapa? "

" aku tak rasa roh budak perempuan ini yang merasuk Hoseok. " Dokyeom berkata dan itu sekali lagi membuatkan Jungkook pelik. Otaknya berbelit-belit.

" sebab, roh budak ini yang menyuruh korang keluar daripada lubang, dia juga bantu korang dan berterima kasih pada korang. Jadi ianya mustahil jika roh ini mahu berbalas dendam. Tambahan pula, wajahnya kembali pulih. Itu menandakan rohnya kembali suci dan tenang daripada menjadi roh yang tak tenang. " Dokyeom berkata. Jungkook mengangguk kan kepalanya berulang kali.

" ya. Benar. Jadi siapa— "

" ianya mungkin.. " Jimin menekup mulutnya. Dia memandang ke arah Yoongi yang wajahnya juga pucat lesi.

" syaitan untuk penyembahan itu. " 

Don't worry, di akhir story ini.. fy akan buat sebuah chapter untuk explaination bagi sesiapa yang tak faham ;)

hollow of the low. Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin