1

21K 1.7K 140
                                    

Mr Sexy |JJK
Bab 1

Aku, Shin Jae Hee. Seorang wanita yang tiada arah tuju.

Tiada keluarga.

Tiada kawan-kawan.

Aku tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Hujung skirt paras punggung yang terlalu singkat membuatkan aku terkial-kial untuk menutup kawasan tubuh yang terdedah.

Air liur yang ditelan terasa tersekat di kerongkong. Pandangan liar lelaki-lelaki di kelab malam itu semakin membuatkan aku takut.

Perasaan gelabah terus menguasai diri.

Demi desakan untuk membalas dendam atas kematian kakak sulungku, aku nekad untuk menjejakkan kaki ke kelab malam bernama Hongdae tersebut.

Di sebalik keriuhan dan kebingitan irama muzik yang memenuhi sekeliling kelab malam Hongdae tersebut, pandangan aku terhenti ke arah seorang lelaki yang sedang sibuk berfoya-foya di sudut paling hujung.

"Akhirnya, aku berjumpa juga dengan kau. L-lelaki durjana."

Tutur kataku teramat perlahan. Kaki aku yang tersarung kemas stilletto berwarna merah terus melangkah dengan penuh menggoda ke arah sasaran yang diidamkan.

Dia. Lelaki yang menjadi punca kematian kakak sulungku.

----

Jeon Jungkook adalah sasaran utama Shin Jae Hee.

Lelaki itu membiarkan badannya mengikut rentak muzik yang kedengaran bingit.

Bibir seksi milik lelaki kasanova itu semakin liar dan nakal menyentuh pipi milik pelayan di kelab malam itu.

Hati lelakinya bersorak riang. Keseronokan yang dinikmatinya ketika itu membuatkan Jungkook tidak sedar akan kedatangan seorang wanita dari arah belakang.

Bahu Jungkook dirempuh kasar oleh seseorang. Jungkook segera menoleh kepalanya.

Seorang wanita cantik berkasut stiletto merah sedang berpaut di bahunya. Dengan tindakan yang laju, dia menarik wanita itu ke dakapannya.

Mata Jungkook memerhati dan meneliti wajah wanita tersebut.

"Kau okay ke? Cik..?"

Wanita itu tersenyum manis ke arah Jungkook. Sengaja dia mendekatkan badan dengan lebih rapat ke arah lelaki itu.

Ji Hae tersenyum puas dalam hati. Langkah kecil untuk membalas dendam sudah berjaya dilakukan.

"Saya Shin Ji Hae. Can i know this handsome guy name?"

Begitu bijak Shin Ji Hae mengatur rancangan untuk membalas dendam.

Dia tidak sedar dia sudahpun melangkah masuk tanpa rela ke kandang harimau.

🎲
A/N: Harap chapter 1 ni tak hambar lah guys.

Silakan untuk menekan likes, dan komen.


[C] Mr Sexy | JJKWhere stories live. Discover now