Bab 6

1.7K 93 5


Di malam hari dirumah pakcik Tyqa, Tyqa sedang duduk diatas sofa yang berada diruang tamu sambil menunggu pakciknya pulang, mata Tyqa merenung tepat kearah jam yang berada diatas dinding berhampiran dengan TV. Jam menunjukkan pukul 12.50am. Walaupun dirinya berasa sangat mengantuk tapi Tyqa menahan diri daripada terlelap. Tyqa mengeluh kecil bila terkenangkan peristiwa pagi tadi.

" mereka kata tadi pakcik berhutang dekat boss mereka,kenapa pakcik sanggup berhutang dengan mereka?." kata Tyqa seorang diri sambil melihat kearah pintu.

  " mana pakcik nie?." kata Tyqa seorang diri lagi.

" tak akan malam nie pakcik tak balik rumah. " kata Tyqa lagi.

" huhuuu... " keluh Tyqa seorang diri sambil mata yang melihat kearah pintu.

" Ya Allah, engkau lindungi lah pakcik ku walau di mana dia berada Amin.. " doa Tyqa didalam hati.

Jam menunjukkan tepat pukul 2am, Tyqa masih lagi menunggu pakciknya diruang tamu sambil dia menguap kecil.

" mana pakcik nie?, dah pukul 2pagi nie, tak akan lah pakcik tak balik." kat Tyqa seorang diri.

" Ngntuknya.. " kata Tyqa sambil menguap kecil.

Akhirnya Tyqa tertidur jua diatas sofa diruang tamu, kerana dia terlalu mengantuk.

Jam menunjukkan pukul 5.30am, pakciknya masih juga belum pulang ke rumah. Tyqa tersedar daripada tidur dan dia terus meluruskan tangannya keatas untuk meregangkan tubuhnya yang keletihan. Mulutnya yang menguap segera ditutup dengan tapak tangannya. Matanya beralih kearah jam yang berada di dinging itu berhampiran dengan TV. Pukul 5.30am. Mudah benar dia terjaga.

Tyqa membetulkan tudung nya. Dan dia terus bangun dari sofa dan dia terus menuju masuk ke dalam biliknya dan dia terus mengambil tuala yang terletak dihujung katil untuk membersihkan dirinya. 

Kemudian dia terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan bersedia untuk solat subuh.

Lama dia menadah tangan memohon doa untuk kesejahteraan semua insan yang dia sayangi termasuklah arwah kedua ibubapanya.

Selesai menadah tangan memohon doa, tangan naik meraup mukanya yang basah dek kerana air mata. Biarlah dia menangis pada ketika nie, hanya dengan mengadu kepada Allah sahaja yang mampu menenangkan dirinya. Hanya Allah sahaja yang memahami segala keperitan yang Tyqa lalui ketika nie.

Selepas selesai semuanya Tyqa terus menuju ke muka pintu bilik, langkahnya terus diayunkan menuju ke dapur. Entah kenapa, tiba-tiba tekaknya terasa haus.

Tiba saja di dapur, langkah kaki Tyqa terus berhenti berhadapan dengan cawan. Lalu dia terus mengambil cawan tu dan terus menuang air yang berada didalam botol.

Selepas selesai minum dia terus membasuh cawan yang baru digunakan sementara tadi.

Selepas selesai membasuh cawan Tyqa terus menuju ke arah mesin basuh untuk menyidai pakaian. Selepas mengeluarkan pakaian dia terus menuju keluar rumah untuk menyidai pakaian. Sekarang Tyqa berada diluar rumah dia terus menyidai pakaian dengan berhati-hati. Selepas siap menyidai pakaian dia terus menuju masuk kedalam rumah untuk mula mengemas rumah.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.30am, tapi pakciknya masih belum pulang, Tyqa baru sahaja siap memgemas rumah. Tyqa terus merenung ke arah jam yang berada di dinding, sambil mengeluh kecil.

" huhh.. Mana lah pakcik nie. " kata Tyqa seorang diri.

" dari malam tadi tak balik ke rumah. " kata Tyqa lagi.

" Ya Allah jangan lah jadi apa-apa dekat pakcik. " kata Tyqa lagi.

" mana lah pakcik pergi nie? " kata Tyqa sambil matanya memandang kearah pintu.

Tiba-tiba perutnya berasa sangat lapar, Tyqa terus bangun dan dia terus menuju ke arah dapur untuk mengambil sekeping roti, selepas tiba didapur Tyqa terus mengambil sekeping roti dan dia terus menadah tangan untuk membaca doa makan, selepas selesai mengaminkan doa dia terus makan roti tu dengan pelahannya.












             #bersambung







#sorry lambat update.

#sis busy sikit huhu...

#macam mana dengan bab kali nie??

#selamat membaca sis ucapkan

#jangan lupa votes and follow sis @eyqahakita97

#nak tau sambungnya, nantykan sambungannya dari sis..

#okay yunk²

#byeeee...

What Husband Ku ketua Mafia😱( SLOW UPDATE ) #Wattys2018 & #Wattys2019Read this story for FREE!