"Mama, siapa tu?", soal Farhah bila terlihat ada seorang lelaki berdiri di pagar rumah. Sebuah van turut ada bersama. Iza mengangkat bahu, tak tahu. Wan Arissa, Fudhla dan Wan Fariz masing masing memandang ke arah van tersebut. Kesemuanya balik ke rumah Iza, bonda tiada di rumah. Wan Razlan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan berkala.
Iza memberhentikan kereta sebelum turun.
"Ada apa encik?", soalnya berhati hati kerana banyak kejadian jenayah sejak akhir akhir ini. Apatah lagi lorong rumahnya sunyi."Saya cari Puan Rahiza Ismail. Ada kiriman untuk dia", ujar lelaki tersebut penuh sopan.
"Saya Rahiza Ismail", jawab Iza seolah pelik, ada kiriman untuknya.
Ceria muka lelaki tersebut mendengar jawapan tersebut. Lalu ditunjukkan sejambak bunga dan coklat pada Iza. Kemudian, diminta Iza menandatangani borang penerimaan.
Iza bingung kerana tiada butiran penghantarnya. Sementara anak anak riuh rendah bila melihat apa yang Iza dapat. Coklat menjadi habuan santapan mereka sesudah makan tengah hari.
Kad kecil yang turut terselit di celah celah 3 kuntum bunga mawar merah, Iza ambil dan baca setelah kesemua anak- anak dihantar ke sekolah agama, tertulis, ' i miss you'.
Terus Iza teringatkan Fakhrul yang menelefonnya semalam. Perbualan hanya berkisar tentang keluarga dan kerjanya. Isu kawin baru tak disebut langsung oleh Iza. Namun, nada suara Fakhrul saat menyebut rindu pada mereka anak beranak sangat menyentuh jiwanya.
Esoknya, lelaki yang sama menunggu pada waktu yang sama. Kali ini, 15 kuntum pula berserta kad "sorry, I cant stop loving you"
"Encik, siapa yang hantar sebenarnya ni?", tanya Iza curiga kerana kali kedua dia dapat bunga yang sama.
"Maaf, saya tak tau. Saya ni runner je", jawab lelaki tersebut tersenyum simpul.
"Pakcik, hari ni takde coklat?", tanya Farhah dari dalam kereta. Lelaki tersebut tersenyum mengeleng kepala.
Hari ketiga, runner lain pula menghantar 33 kuntum mawar merah baldu sedang kembang dengan sebekas coklat. Senyuman Farhah dan Fudhla meleret. Hanya Iza yang tak mampu tersenyum. Masih tiada sebarang klu akan pengirimnya. Kad terakhir "I can't stop thinking about you. I mean it". Ketiga tiga kad Iza simpan di dalam begnya. Khuatir jika terlepas pada orang lain, nescaya akan timbul isu panas.
"Banyaknya bunga. Awak buat business bunga pulak ke?", tanya Fakhrul sebaik dia melangkah masuk ke rumah setelah tiba dari Jakarta petang itu. Hati Iza berdebar, maknanya bukan Fakhrul yang menghantar. Memang selama ni tak pernah Fakhrul beri bunga, kenapalah dia boleh fikir Fakhrul yang hantar.
"Sayang...", bisik Fakhrul saat Iza hampir terlayang ke alam mimpi. Belakang Iza terasa dijalari jari jemari yang tentunya milik siapa lagi jika bukan Fakhrul. Iza tidak memberi apa apa reaksi. Matanya tertutup, badannya lesu setelah seharian sibuk.
Tengkuk Iza ditiup perlahan, sekadar untuk merangsangkan rasa sensual. Iza tetap membisu. Rambut Iza dielus dan dicium. Tubuh hangat Fakhrul seolah melekat di belakang Iza. Tangannya mula bermain di bahu turun ke lengan. Iza mengeliat menjauhkan diri seolah kurang selesa.
Fakhrul terhenti, "Sayang?".
Iza beralih memandang Fakhrul, matanya layu seolah mengantuk sangat."Maaf, saya cuti hari ni", ringkas jawapan Iza. Kemudian, Iza menutup semula matanya. Tubuhnya seakan lemah, terlalu penat pada hari pertama.
Fakhrul tersandar di kepala katil. Tangan Iza diambil dan diletakkan pada kelakiannya yang separa sedar.
"Awak, saya cuti. Saya penat. Faham tak?", ujar Iza kecewa, marah pun ada.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...