• A S T : 1 8 •

1.5K 110 2

CARL mengambil briefcasenya yang terletak di atas almari dan membawa keluar file-file kerjanya. Komputer jenama Apple di atas meja dibuka. Dia ketawa terbahak-bahak seorang diri.

Dari perjalanan balik sampailah ke rumah, dia tahan aje ketawanya sebab nak maintain macho depan Rose. Sekarang baru boleh melepaskan segala gelak ketawa yang terpendam dalam hati.

Flashback

" Shut up you, liar! "

Carl ketawa besar. Dia memang sengaja memberhentikan kereta mengejut sebenarnya. Nak-nak lagi apabila melihat muka Rose yang dipenuhi aiskrim, lagi galaklah Carl ketawa namun cepat-cepat dia kawal. Control macho. Dia kembali fokus kepada pemanduannya.

   " Awak ni kan—Eee, memang nak rasa penyepak tangan saya eh? " marah Rose kegeraman. Dia menunjukkan sebelah tangannya kepada Carl gaya penampar. Sebelah tangan lagi sibuk mencari tisu atau benda yang boleh digunakan untuk mengelap mukanya. Mamat beku ni ketawa pun maskulin.

   " Emm, boleh juga. Sedap tak penampar tu? Ada perisa kasih sayang tak? " ujar Carl lagi sambil tersenyum senget. Dia meletakkan jarinya di bibirnya sambil sikunya disandarkan pada pintu kereta manakala sebelah tangannya lagi memegang stereng.

Rose pula tayang eyes rolling 360 darjah sambil ketap bibirnya. Geram! 

   " Eh, sedap! Sedap sangat! Tapi maaflah ya, perisa KASIH SAYANG tak ada, perisa untuk MASUK KUBUR ada. Ada mahu? " perli Rose.

Carl hanya senyum senget. Tersentap pula. Maklumlah, lelaki yang perempuan keliling pinggang macam dia ni kan banyak dosa.

Lain pula ceritanya dengan Rose. Dia senyum sinis setelah melihat Carl berdiam diri. Sentaplah tu! *gelak jahat* Dia fokuskan pula kepada tisu yang dia sibuk cari dari tadi tapi tak muncul-muncul.

Amo Sole Te [ I Love Only You ]Where stories live. Discover now