"Dah balik ye.. seronok main pasir?", sapa Iza saat Wan Arissa memeluknya. Sementara Fudhla berpegangan tangan dengan bonda menuruni tangga ke dapur.
"Lan dah balik?", tanya bonda. Iza sedang menuang teh tarik yang Wan Razlan bungkus ke dalam teko mengangguk, "mandi kot. Letak kuih terus masuk bilik air".
"Memang tak mandi dari tadi dia tu. Sejuk katanya", balas bonda menarik kerusi sebelum duduk.
"Fudhla, Arissa pergi basuh tangan. Tadi main pasir kan?", arah Iza. Keduanya mengangguk. Mangkuk berisi air Iza suakan pada bonda.
"Siapa sampai dulu, Lan ke Iza?"
"Saya sampai dulu. Lan baru je sampai tu", jawab Iza menghulurkan cawan berisi air teh tarik kepada bonda. Kedua puteri sibuk mengambil tempat masing masing.
"Ye? Dah sejuk air ni", komen bonda. Iza terhenti seketika.
"Air tu tadi, Lan bungkus dulu. Lepas tu terjumpa kawan satu asrama dulu. Rupanya dia pindah sini. Lama pula berbual. Tu yang dah sejuk air tu". Lan menjawab sebaik keluar dari bilik air. Matanya mengerling sekilas pada Iza.
"Sejuk ye? Iza panaskan semula la", ujar Iza memberi cadangan, terus dibuat tanpa mendapat persetujuan.
"Ni kuih apa? Sedap", soal Fudhla dengan mata bercahaya, seolah merasa sesuatu yang baru.
"Ni kuih Paung. Inti ikan. Yang ni Pulut Lepa. Inti ikan juga. Cuba Fudhla rasa karipap ni. Inti apa?", kata bonda memberi karipap kepada Fudhla yang baru habis mengunyah Kuih Paung.
"Eh.. inti ikan la. Sedapnya. Selalu kan inti kentang", jawab Fudhla seolah terkejut.
"Orang sini memang banyak makan ikan. Tu sebab cerdik cerdik belaka. Fudhla dengan Arissa kalau nak cerdik dan bijak kena selalu makan ikan, jangan makan jajan. Makan keropok lekor boleh".
"Bukan cerdik je tapi kacak, cantik. Semualah. Tengok abah, betul tak?".
Fudhla dan Arissa ketawa besar dengan kata kata Wan Razlan. Iza diam mengunyah pulut lepa yang dari tadi tak habis habis. Fikirannya seolah melayang, hanya jasad tertinggal di situ.
😮😮😮
"Iza".
Wan Razlan menghalang Iza dari terus masuk ke bilik. Seharian dia cuba membuat Iza pandang padanya, namun gagal. Malah waktu menziarahi rumah sanak saudara, Iza enggan ikut sama. Katanya segan kerana tiada kena mengena. Fudhla dan Wan Arissa menemaninya di rumah. Berkilat kulit kedua duanya, seronok bermain di pantai.
Langkah Iza terhenti, mata mereka bertentangan. Pandangan Iza penuh dengan seribu pertanyaan.
"Jangan macam ni. Nanti bonda syak. Anak anak pun", bisik Wan Razlan. Risau seandainya bonda yang berada dalam bilik masih belum tidur. Fudhla dan Wan Arissa menonton televisyen sambil bermain UNO di ruang tamu.
"I....". Iza cuba meluahkan sesuatu tapi gagal mencari perkataan, seolah kamus katanya hilang.
Tangan iza diambil dan diletakkan sesuatu di telapak tangan sebelum digenggam. "I yang salah. I minta maaf. Take this".
Iza menelan air liur, nafasnya laju saat Wan Razlan menyentuhnya sekali lagi. Genggaman tadi dibuka, terus matanya beralih memandang lelaki di hadapannya.
"Telan sekarang". Iza mengangguk, memahami arahan. Pantas dia menelan dan meneguk air dari botol air yang dipegangnya.
"Iza makan apa tu?"
Terus Iza terbatuk kuat, hampir tersembur air ke muka Wan Razlan. Terkejut dengan suara bonda. Wan Razlan yang masih berdiri di tempat yang sama, beralih kedudukannya ke arah bonda yang berdiri di pintu bilik pertama.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...