51

15K 496 508
                                    

"Takde pun Bonda bagitau I. Biar betul you ni". Terus Wan Razlan bercekak pinggang di depan pagar rumahnya tatkala Iza memberitahu rancangan hujung minggu dia dan bonda.

Wan Razlan pulang untuk makan tengahari, bertembung pula dengan Iza yang menghantar makanan ke rumahnya. Ini memang layanan khas, bonda yang minta Iza hantar sendiri. Untuk pesanan lain, ada runner uruskan.

" Memang betul la. Macam mana bonda nak bagitau, you tu keluar subuh balik malam. Bonda cakap tak sempat nak jumpa pun. Telefon tak syok kata dia. Boleh tak?", tanya Iza bila Wan Razlan menggaru kepala sebaik menanggalkan sarung tangannya.

"I sibuk kerja la, ada klien baru. Staffs buat masalah, business pun terkena tempias juga. Mmm.. Iza. Kan cikgu dah bawa diorang. Tak percaya dengan cikgu kalau begini caranya", jelas Wan Razlan tentang keraguannya.

"Bukan tak percaya. I risau je. Bonda pun sama. You tahu la aktiviti yang mereka akan buat kat situ agak lasak. Absailing la, flying fox, owling.. apa lagi tah".

"Ada fasilitator, petugas petugas yang bertauliah. Kenapa perlu risau?", bantah Wan Razlan.

"Kalau apa apa jadi senang, dekat nak pergi tengok. Ni kang, kita kat sini, diorang nun jauh sana. Perjalanan je dah berapa jam tu". Iza masih nak mempertahankan rancangannya.

"Apa ni, belum apa apa, dah fikir bukan bukan. Macam berdoa pula", rungut Wan Razlan, berkerut dahi menahan terik mentari.

"Eh, tak la. Ala Lan, bonda kata dia dah lama tak balik sana. Dah lama tak jumpa sedara mara", pujuk Iza menggunakan bonda sebagai penguat sebab untuk mengekori rombongan sekolah Farhah dan Fariz ke Terengganu.

"Tu yang sebenarnya kan? Alasan macam macam. Jauh la Iza. Berjam jam memandu. Naik flight je la. I belikan tiket".

Iza mengeleng, enggan.

"Tak nak la. Bonda kata nanti tak boleh beli barang banyak kalau naik flight", balas Iza spontan. Terus ditampar tampar mulutnya sebab terlepas cakap.

"Haaaa... i dah agak. Ini la tujuan sebenarnya kan? Perempuan, muda tua sama je feelnya". Akhirnya Wan Razlan ketawa besar.

Iza tersenyum, menahan dari terus ketawa. Bonda la sebenarnya beriya nak ikut rombongan tersebut. Katanya biarlah Fariz dan Fudhla naik bas kemudian beraktiviti di Eco Resort. Iza pula memandu ke sana membawa yang lain. Iza ok saja, cuti hujung minggu. Fakhrul pun tak pulang minggu ni, ke Jakarta untuk 2 minggu katanya. Wan Razlan yang menjadi masalah bonda, enggan melepaskan.

"Hujung minggu, last minutes, mana ada hotel atau homestay kosong. Lagi dua hari ni, dah lewat sangat". Wan Razlan terus memberi alasan untuk menghalang rancangan itu dari terus berlangsung.

"Bonda kata rumah sepupu dia ada. Dibuat homestay. Tak jauh juga dari rumah tok you".

"Haishh.. bila masa you dengan bonda plan ni? Ngam sungguh sekarang ye macam best friend", ujarnya sambil menjeling. Peluh menitik di dahi, dikesat dengan tapak tangan.

Iza mengenyit mata, ketawa bila melihat Wan Razlan seperti rela terpaksa menerima rancangan bonda. Mereka melangkah masuk apabila pintu pagar terbuka.

"Ok. I ikut sekali. I drive. Guna kereta I", kata Wan Razlan setelah membuat keputusan.

"What???". Berkerut dahi Iza mendengar keputusan itu.

"Apa?? Lan nak ikut juga?", tiba tiba bonda muncul entah dari mana. Iza dan bonda saling berpandangan. Wan Razlan mengangguk sambil mengangkat kening.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now