"Erm orang kata rezeki jangan di tolak so yeah." Jawab Irwina berlagak selamba.

Stay chic Irwina. Chic and cool.

"Nice. I'll wait for you here till you finished your shift." Kata Jun Wei kemudian terus dia berjalan ke meja yang berada di sebelah rak buku.

Dia mencapai satu buku dan duduk di kerusi membaca. Irwina memerhati Jun Wei dari meja kaunter.

Haih kalau dah handsome tu baca buku pun nampak macam modelling. Ish ni yang rasa nak cair kat sini juga ni... eh get back to work Irwina!

***

MONX Holdings

"Anyone? Do you have any idea on how should we expand our business in the Middle East?" soal Afif. Mereka mengadakan menyuarat untuk berbincang mengenai pasaran di Timur Tengah.

Semua yang hadir masih mendiamkan diri. Afif mula rasa stress.

Lama dia diam.

"We will end the meeting here. Esok pastikan masing-masing ada idea untuk dibentangkan. Faham?" soal Afif.

Laju mereka semua mengangguk. Tiada yang berani untuk menjawab. Akhir-akhir ini mood Afif tidak baik. Dah berapa orang kena sound sebab buat kerja tak betul. Paling teruk si Sofia lah. Nasib Sofia lah kena menghadap perangai Afif yang gila tu lepas Irwina resign.

Afif bangun dari kerusinya dan berjalan naik ke biliknya di tingkat 8 bersama Sofia yang mengekorinya dari belakang.

"Make me a coffee." Pinta Afif sebaik mereka masuk ke bilik pejabat Afif. Sofia mengangguk dan laju dia menghilang ke pantry.

Afif duduk di kerusinya.

Kalau Irwina ada dulu sebaik habis meeting, terus tersedia kopi aku atas meja. Tak payah aku nak minta-minta.

Afif mengeluh. Nampaknya Sofia masih belum mengerti habit dia yang satu ini - setiap kali habis meeting, dia wajib minum kopi. Dia pun tak tahu sejak bila, tapi itu sudah jadi habit dirinya. Dan Irwina adalah orang yang tahu tentang itu.

"Boss, your coffee." Sofia meletakkan secawan kopi di hadapan Afif.

Dia melihat cawan kopi itu. Kemudian dia mengeluh.

"Is that instant coffee?" soal Afif. Perlahan Sofia mengangguk.

Duhhh dia lupa lagi...

Afif mengeluh berat.

"I don't drink instant coffee for your information. I only drink fresh brewed coffee. I think we have that machine in the pantry wasn't it?" soal Afif monotone. Sofia menahan air matanya sambil mengangguk.

"Ah I'll just get the coffee outside. I'm going home straight from that. So you also can go home too after this." Afif bangun dan mencapai kot serta beg kerjanya. Dia berjalan melepasi Sofia dan keluar dari bilik itu.

Kak Irwina tolonglah balik urus boss ni!!! Boleh jadi gila aku layan boss macam ni! Sofia sudah menangis di dalam hati.

***

D'Book Cafe

Afif memarkir keretanya di parking. Kata Kim, kopi disini sedap. Inilah hari pertama dia datang ke cafe ini.

Saat dia melangkah masuk ke cafe, dia berpapasan dengan satu pasangan yang baru keluar dari cafe itu. Tidak sengaja bahunya terlanggar dengan bahu wanita itu.

"Sorry!" laju dan perlahan wanita itu berkata kerana dia masih focus bercakap dengan lelaki yang bersamanya saat itu. Afif berhenti dan memandang perempuan itu.

My Crazy Boss ✅Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon